Anda penggemar Kek Oren? Jika ya, anda tentu suka dengan resipi perkongsian saudari Tg Khuzanika ini. Kenapa? Lain sangat ke dengan resipi Kek Oren yang lain? Jom kami cerita.

Resipi yang dikongsi ni sangat istimewa kerana ianya sangat simple dan tidak menggunakan banyak bahan tapi rasanya sangat sedap dan mudah disediakan. Jika makan, tak terasa muak.

Menggunakan jus oren segar dan juga parutan kulit oren yang wangi, menjadikan kek ini sangat enak sekali. Bila makan, tergigit parutan kulit oren. Sangat enak.

Jadi jomlah cuba buat kek ni. Bagi yang baru pertama kali nak cuba pun tiada masalah. Mudah sahaja caranya. Pasti elok kejadiannya. Selamat mencuba!

RESIPI KEK OREN SEDAP, MUDAH & TAK MUAK BILA MAKAN

Kek Oren Ni Bila Makan Rasa Tak Muak, Resipi Mudah Patutlah Ramai Suka

BAHAN-BAHAN:
3 biji telur gred A
2 cawan tepung kek beli online disini
1/2 sudu teh baking powder (ayak 2@3 kali dengan tepung kek) beli online disini
3/4 cawan gula pasir beli online disini
1 biji oren sunkist (buang kulit & kisar. Jika tak ada masa, perah ambil jus)
3 sudu makan sunquick ( campurkan dengan perahan sunkist tadi, jadikan 1/2 cawan) beli online disini
1 cawan minyak (boleh juga guna mentega – cairkan dan sukat 1 cawan)
2 biji parutan kulit oren (ambil bahagian kuning sahaja)
Sedikit garam
1 penutup esen vanilla beli online disini
Pewarna kuning secukupnya – kalau nak letak beli online disini
Kek Oren Ni Bila Makan Rasa Tak Muak, Resipi Mudah Patutlah Ramai Suka
CARA MEMASAK:
1.Pukul telur dengan gula sampai kembang dan putih.
2.Kemudian masukkan esen vanilla.
3. Masukkan campuran oren sunquick dan juga garam. Pukul lagi hingga sebati.
4.Seterusnya masukkan minyak. Pukul lagi hingga rata dan sebati.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul guna mixer pada kelajuan rendah.
Kek Oren Ni Bila Makan Rasa Tak Muak, Resipi Mudah Patutlah Ramai Suka6. Masukkan juga parutan kulit oren. Adun hingga sebati dan tiada ketulan tepung.
7.Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah dioles mentega.
Kek Oren Ni Bila Makan Rasa Tak Muak, Resipi Mudah Patutlah Ramai Suka8.Bakar pada suhu 170C selama 40 minit hingga 1 jam. Masa mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing.

Kek Oren Ni Bila Makan Rasa Tak Muak, Resipi Mudah Patutlah Ramai Suka

IKLAN

Kredit resipi & foto: Tg Khuzanika

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN

IKLAN

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI