Kek marble kayu ini semakin jadi ikutan sejak kebelakangan ini. Ramai yang berkongsi hasil kek mereka dengan pelbagai nama, ada yang panggil kek kayu cengal, kek kayu jati atau kek marble kayu.
Apa pun namanya, tarikan utama kek ini terletak pada coraknya yang seakan tekstur kayu semula jadi. Bukan sahaja cantik dipandang, kek ini juga lembut, gebu dan enak dimakan.
Ia sesuai dijadikan hidangan minum petang atau pun untuk meraikan tetamu. Kalau anda nak cuba buat sendiri di rumah, jom ikuti perkongsian resipi daripada Jum Daily ini.
160gm mentega (dicairkan)
6 biji telur gred A/B
170gm gula kastor (boleh kurangkan jika suka kurang manis)
30gm ovalet
¼ cawan susu segar (fresh milk)
230gm tepung naik sendiri (jenama Blue Key disyorkan)
1 sudu teh creamy vanila
Emulco Dark Chocolate / Coffee secukupnya
1. Satukan semua bahan kecuali mentega cair ke dalam mangkuk.
2. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan gebu.
3. Masukkan mentega cair, kaup balik hingga sebati.
4. Masukkan emulco (dark chocolate atau coffee) secukupnya, kaup balik 3 kali sahaja supaya corak cantik.
4. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8 x 8 x 3 yang telah disapu mentega. Susun adunan secara selari untuk dapatkan kesan corak kayu.
5. Bakar pada suhu 135°C selama 80 minit atau hingga masak (bergantung pada oven masing-masing).
6. Angkat dan keluarkan dari loyang. Sejukkan seketika sebelum dipotong.
Kredit resipi & foto: Jum Daily
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA