Kek marble kayu ini semakin jadi ikutan sejak kebelakangan ini. Ramai yang berkongsi hasil kek mereka dengan pelbagai nama, ada yang panggil kek kayu cengal, kek kayu jati atau kek marble kayu.

Apa pun namanya, tarikan utama kek ini terletak pada coraknya yang seakan tekstur kayu semula jadi. Bukan sahaja cantik dipandang, kek ini juga lembut, gebu dan enak dimakan.

Ia sesuai dijadikan hidangan minum petang atau pun untuk meraikan tetamu. Kalau anda nak cuba buat sendiri di rumah, jom ikuti perkongsian resipi daripada Jum Daily ini.

Ads

Resipi Kek Kayu Marle

Bahan-Bahan 

160gm mentega (dicairkan)
6 biji telur gred A/B
170gm gula kastor (boleh kurangkan jika suka kurang manis)
30gm ovalet
¼ cawan susu segar (fresh milk)
230gm tepung naik sendiri (jenama Blue Key disyorkan)
1 sudu teh creamy vanila
Emulco Dark Chocolate / Coffee secukupnya

Kek Marble Kayu Gebu & Moist, Resipi Paling Senang Ikut Yang Ini

Cara Penyediaan Kek Marble Kayu

1. Satukan semua bahan kecuali mentega cair ke dalam mangkuk.

2. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan gebu.

3. Masukkan mentega cair, kaup balik hingga sebati.

4. Masukkan emulco (dark chocolate atau coffee) secukupnya, kaup balik 3 kali sahaja supaya corak cantik.

Ads

4. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8 x 8 x 3 yang telah disapu mentega. Susun adunan secara selari untuk dapatkan kesan corak kayu.

5. Bakar pada suhu 135°C selama 80 minit atau hingga masak (bergantung pada oven masing-masing).

6. Angkat dan keluarkan dari loyang. Sejukkan seketika sebelum dipotong.

Ads

Tip Ekstra

  • Kalau nak corak lebih menyerlah, gunakan emulco dark chocolate dan coffee sekali.
  • Elakkan kaup balik terlalu lama selepas masuk emulco, nanti corak kayu tak menjadi.
  • Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu untuk hasil bakar yang sekata.

Kredit resipi & foto: Jum Daily

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Langgan Rasa
IMPIANA

Dapatkan resipi, cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!

Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI