Kek Marble Jelita. Kek Sedap & Gebu Boleh Masak 3 Cara.

Share

Sedapnya Kek Marble Jelita Ayu ni. Nampak sangat gebu. Kalau buat untuk minum petang, memang best. Bagi anda yang tercari-cari resipi kek yang mudah, sedap dan tak renyah, resipi perkongsian saudari Ariana Sofia Ahmad ni antara yang terbaik. Cubalah. Istimewa resipi ni boleh dimasak dengan tiga cara iaitu bakar ( bahagian atas nampak cantik, bakar biasa dan kukus.

CARA MASAK KEK MARBLE JELITA AYU

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji telur (gred B)
  • 1 1/4 cawan gula kastor
  • 1 cawan mentega
  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu makan ovallete
  • 1sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh cream of tartar
  • 4 sudu makan susu pekat
  • 5 sudu makan susu segar

CARA MEMASAK:

1. Pukul mentega dan gula hingga gebu dan menjadi putih.

2. Pastikan adunan jadi putih macam ni. Gebu je teksturnya.

3. Masukkan ovalette, telur dan esen vanilla sekaligus. Boleh juga masukkan telur satu persatu.

4. Pukul hingga sebati dan adunan jadi licin serta tidak berketul. Pastikan adunan tidak terlampau cair pula.

5. Kemudian ayak tepung naik sendiri, soda bikarbonat, baking powder dan cream of tartar. Campur sebati. Jika nak adun tepung sedikit demi sedikit masa mengadun adunan pun boleh.

6. Bila adunan sebati, masukkan susu pekat manis dan susu segar.

7. Pukul lagi hingga adunan sebati dan licin seperti tekstur dalam gambar.

8. Bahagikan adunan kepada 4 bekas. 3 bekas dengan kuantiti sama banyak dan 1 bekas lagi kuantitinya lebih sedikit.

9. Tambahkan pewarna ilihan pada ketiga-tiga bekas. Satu bekas ( kuantiti banyak) dibiarkan tanpa warna.

10. Ambil loyang bersaiz 8 inci. Lapik dengan baking paper dan oles sekeliling loyang dengan mentega atau marjerin. Kemudian tuang adunan berwarna secara berselang seli.

11. Lorek guna lidi mengikut kreativiti masing-masing.

12. Tuang pula adunan kosong diatas permukaan supaya menutup semua corak tadi. Tinggalkan sedikit adunan untuk membuat corak di bahagian atas.

13. Warnakan lebihan adunan tadi dengan beberapa warna. Warna mestilah lebih terang berbanding warna di bahagian bawah.

14. Lorek ikut kreativiti masing-masing. Bakar kek pada suhu 130C selama 1 jam 20 minit. Letak di bahagian tray paling bawah. Selepas bakar kek selama 45 minit, letak aluminium foil di atas loyang supaya permukaan atas kek tidak hangit.

15. Bila kek dah masak, terbalikkan atas redai. Penting supaya kek tidak mendap.

16. Lepas 5 -10 minit, betulkan kembali kedudukan kek.

17. Hasil kek yang telah siap dimasak. Sangat sedap dan gebu.

Ada 3 Tips Cara Bakar atau Kukus

1. Bakar (Warna atas nampak cantik)
130°c selama 1 jam 20 minit. Selepas 45 minit tutup loyang bahagian atas dengan aluminium foil. Guna api atas bawah. Tray bawah sekali.

2. Bakar biasa ( Gelap sikit bahagian atas)
150°c selama 50 minit. Guna api atas bawah dan tray bahagian tengah.

3. Kukus (wrap loyang)
Selama 50 minit @ sehingga masak.

Kredit resipi & foto: Ariana Sofia Ahmad

 

Tercari-cari MIXER baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.

 

Nak lebih banyak resipi KEK mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN