Kek Lapis Kukus Masam Manis, Cantiknya Bak Pelangi

Share

Siapa suka asam Haw Flakes ini? Boleh cuba resipi kek lapis kukus masam manis yang sedap. Adunan kek gebu warna-warni yang dilapiskan asam masam yang menarik mata.yang memandang.


.

Sudahlah cantik berwarna warni, keenakan rasanya beri kepuasan kepada mereka yang menikmatinya. Jom semak resipi perkongsian dari Lieya Saad ini.

KEK LAPIS KUKUS MASAM MANIS


.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 Biji telur (sejukkn dalam peti sejuk)
  • 2 cawan tepung kek
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 100ml minyak masak
  • 150ml susu cair
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar ovellate
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Pewarna pilihan
  • Asam Haw Flakes secukupnya

.

CARA MEMASAK:

  1. Putar telur, gula, ovellate dan serbuk penaik sampai kembang.
  2. Selepas itu masukkan vanilla dan pukul seketika.
  3. Masukkan minyak dan pukul sebati.
  4. Akhir sekali masukkan tepung kek yang diselang seli dengan susu cair. Kacau hingga sebati.
  5. Bahagikan kpd 2 atau 3 bahagian dan warnakan ikut warna kesukaan anda.
  6. Panaskn kukusan & sapukan loyang dengan minyak
  7. Ambil 5 sudu besar adunan ratakan dan susun asam.
  8. Kukus selama 5 atau 7 minit. Lapiskn lagi warna yang berlainan susun asam dan ulang sehingga habis.
  9. Untuk lapisan terakhir biar kukus lama sikit supaya kek betul-betul masak.

.

Info: Pastikan kek betul-betul sejuk untuk dapat hasil yang cantik bila dipotong.

Kredit: Lieya Saad

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

RESIPI NI PUN SEDAP :

BOLEH JUGA CUBA RESIPI DALAM VIDEO INI :

 

IKLAN