Kek Karamel Pandan & Keladi Sedap Untuk Minum Petang

Share

Nampak macam susah nak menyediakan kek caramel ni, tapi percayalah tidaklah susah sangat. Dah nak makan kenalah usaha.Sedap ni makan ketika sejuk. Kalau nak cuba dikongsikan resipinya.

Kek karamel Pandan & Keladi

Cara buat karamel:

1.Masuk 4 sudu makan gula dalam periuk.Masak sekejap hingga gula jadi cair dan perang.Api jangan garang sangat.

2.Bila gula dah cair keperangan. Masuk 1 sudu besar air panasKacau perlahan-lahan hingga rata.

3.Tutup api.Tuang dalam loyang dan ratakan(loyang 8 inci).Ketepikan dulu.

Untuk puding:

200ml susu segar

2 sudu besar susu pekat-beli online di sini

Masak sekejap, suam-suam kuku cukup. Tak perlu didih.

Dalam bekas lain,pecahkan

2 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla-beli online di sini

Pukul dahulu telur

Kemudian tuang ke dalam susu tadi.Kacau rata.

Tapis masuk ke dalam loyang karamel tadi.Ketepikan dulu

 

Untuk kek:

5 biji telur. Asingkan putih dan kuning.

Mula dengan kuning telur dahulu.

40g gula kastor-beli online di sini

Esen vanilla

Pukul hingga telur nampak berbuih dan gula larut

Masuk 50ml susu segar

40ml minyak jagung

Kacau sebati

Ayak

100g tepung naik sendiri

Masuk sikit-sikit dalam adunan.Kacau hingga sebati. Ketepikan dulu.

 

Untuk putih telur(meringue):

 

Mix putih telur hingga berbuih. Masukkan sikit-sikit 80g gula halus.

Mix hingga jadi meringue dan bertanduk

(Bila tonggeng mangkuk,adunan tu tak jatuh)

Bila dah siap.Masuk sikit-sikit meringue ke dalam kuning telur tadi.

Kaup balik hingga sebati

Bahagi 2 atau 3 bahagian sama banyak.

Ikut cita rasa, nak letak perisa keladi ke,warna pelangi ke atau pandan ke. boleh je letak pewarna sikit dalam tu.

Boleh la mula melapis

Untuk keladi saya bahagi 2 bahagian

Esen keladi.titis warna ungu sikit

Warna asal,kalau ada pewarna putih titiskan sikit

Ambil loyang karamel tadi.

Letak 1 sudu besar bahagian keladi

Kemudian 1 sudu besar bahagian asal.

Buat secara berselang seli hingga habis.Jangan risau.kek tu tak kan tenggelam.

Panaskan oven 160 darjah.Dalam loyang lain isikan air panas jangan penuh. ¼ saja dari loyang(waterbath).

Masuk loyang kek ke dalam loyang yang berisi air panas.

Masuk ke dalam oven.Bakar selama 45 minit

Dah sejuk baru keluarkan dari loyang.

Kredit: Iedaa Jahaya

http://www.rasa.my/petua-buat-kuih-kole-kacang-sedap-cepat-masak-resipi-guna-cawan-je/

IKLAN