Kek coklat kukus ini tak kurang sedapnya berbanding jika dibakar. Ia cukup mudah, lembut dan sedap.
Lagi menarik, tak perlu nak bakar, hanya guna pengukus je. So, bagi yang tak ada oven, jangan susah hati. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Noriza Awang Hamat ini ye. Selamat mencuba.
Dalam satu mangkuk, masukkan bahan yang dikisar berselang seli dengan tepung yang telah diayak terlebih dahulu. Nak lebih mudah, kisar semua bagi sebati.
Sapu mentega pada loyang terlebih dahulu dan curahkan adunan yang dikisar tadi.
Panaskan air kukusan terlebih dahulu. Kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.
Untuk topping, satukan semua bahan dalam satu mangkuk dan masak secara ‘double boiler”. Kemudian tuang ke atas kek. Boleh hias dengan badam di atasnya kalau suka. Siap!
Kek Span Keladi Gebu perkongsian saudari T-hah T-hah ini nampak sangat menggoda. Selain warnanya yang menarik, treksturnya yang lembut dan gebu membuatkan rasa tak sabar untuk menjamah. Bgi penggemar Kek Span, anda harus cuba resipi ini. Pasti puas hati dengan rasa serta hasilnya.
CARA MEMBUAT KEK SPAN KELADI GEBU
BAHAN MERINGUE: 6 biji putih telur A @ B 3/4 cawan gula kastor (kalau gula pasir guna 1/2 cawan sahaja) – beli online disini 1 sudu teh cream of tartar (boleh ganti 1 sudu besar jus lemon) – beli online disini
1.Untuk membuat Meringue, pastikan bekas adunan bersih dari air @ minyak. Mula-mula pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian, masukkan cream of tartar. Pukul lagi dengan medium speed. 2. Masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 peringkat sambil pukul dengan high speed hingga stiff peak (bertanduk). Bila diterbalikkan bekas adunan tak jatuh. Ketepikan. 3. Untuk kek, satukan kuning telur, santan, minyak, yam emulco atau perisa keladi. Pukul lagi dengan medium speed dalam 3-4 minit hingga kembang. 4. Masukkan tepung dan pukul sekejap saja dalam 1 minit. 5. Masukkan meringue sedikit demi sedikit secara 3 peringkat sambil kaup balikkan dari bawah ke atas perlahan-lahan hingga sebati. 6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian di campur dengan pewarna unggu & satu lagi di campur dengan pewarna putih. Kalau tak ada, boleh di biarkan kosong saja atau boleh nak warnakan dengan warna lain. 7. Panaskan ketuhar pada suhu 150°c selama 10 minit guna api bawah. 8. Sapu loyang 9 inci dengan marjerin & alas dengan baking paper di bawah & tepi loyang. 9. Sudukan adunan putih sebanyak 4 sudu besar di tengah-tengah loyang. 10. Kemudian sudukan pula adunan ungu di atasnya. Jangan di kacau. 11. Ulang lagi langkah yang sama hingga habis. Di akhirnya, sudukan 3 sudu, kemudian 2 sudu & atas sekali 1 sudu. 12. Tutup bahagian atas dengan adunan unggu. Kemudian, campur sedikit lagi pewarna ungu supaya lebih terang. 13. Tompok-tompokkan dengan sudu, ambil lidi kecil, tarik di tengah tompok tu menjadi bentuk love/daun. 14. Hentakkan sedikit loyang supaya tiada rongga udara/lubang setelah dibakar nanti. 15. Masukkan loyang kek ke dalam loyang yang lebih besar. Isi air panas hingga 1/4 dari loyang kek. Teknik ni ialah “water bath”. 16. Bakar pada suhu 150°c selama 1 jam di rak tengah menggunakan api bawah dulu. 17. Kemudian, 5 minit lagi bakar api atas sahaja di rak paling bawah hingga sedikit keperangan di atasnya. 18. Bila cucuk dengan lidi ia bersih bermakna kek sudah masak. 19. Sebaik keluar dari ketuhar, terus terbalikkan kek ke atas jaring & terbalikkan semula ke atas. 20. Potong kek dan sedia dihidangkan.
Kek gulung bukan hanya rasanya sedap malah cara menggulung kek yang cantik tanpa pecah menjadikan bentuknya tampil menarik. Suhu amat penting bila membuat kek gulung. Jangan gulung kek semasa ia panas atau bila sudah terlalu lama dibiarkan sejuk. Kek gulung boleh tahan lama jika di freezer, 1-2 bulan tetapi jika di fridge biasa dalam semingga sahaja boleh bertahan. Jom lihat cara-cara membuatnya .
BAHAN-BAHAN :
*Telur gred A akan menghasilkan kek lebih lembut
*gula halus pon boleh asal bukan gula batu
p/s: Sukatan cawan sebaiknya guna cawan yang digunakan sukat untuk buat kek. Dan guna sukatan dari penimbang adalah lebih baik.
Ramai peminat kek perisa pandan. Kek keju pula memang sedap dan disukai ramai. Kali ini RASA kongsikan resipi kek pandan cheese leleh daripada Iyana Razali. Melalui gambar yang dikongsikan nampak sedap sungguh kek ini. Boleh cuba buat. Resipinya pun tak susah sangat.
CARA MEMBUAT KEK
1. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
2. Campur semua bahan kisar dan kisar sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam satu bekas.
3. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder tadi.
4. Gaul sebati. Kemudian masukkan minyak masak. Kacau secara kaup balik sahaja.
5. Panaskan oven 160°C. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper dan bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak.
BAHAN TOPPING
250 gram cream cheese
1/2 cawan susu pekat manis (BELI DI SINI)
1/4 cawan susu cair
CARA MEMBUAT TOPPING
1. Campur sebati semua bahan.
2. Tuang ke atas kek dan tabur cheese parut.
Ketahui cara potong bawang putih yang betul dan bagaimana setiap potongan mengubah rasa, aroma dan watak masakan. Panduan lengkap untuk hasil masakan lebih sedap dan beraroma.