Ada setengah kek, bila dah lemak, manis berkrim pasti rasa muak kan. Tapi bila ada ramuan buah-buahan pasti kurang rasa muaknya. Malahan tak cukup sekeping, pasti nak tambah lagi. Rasa citrus dan manis buah menyebabkan kek lebih seronok dinikmati.
Di Aidiladha ini 3 resipi istimewa dari Dill Cakes Ni pasti menggembirakan tetamu yang berkunjung ke rumah.
Jom semak resipinya…
1.KEK KEJU BLUEBERI
BAHAN-BAHAN :
1 kg krim keju | pilih krim keju sebenar
2/3 tin susu pekat
1 cawan krim putar @ whipping cream.
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan pai blueberi filling | boleh didapati dari kedai kek/bakeri
Bahan dasar kerak :
250 gm biskut marie
125 gm mentega | dicairkan
CARA MEMASAK: Dasar kerak :
1. Hancurkan biskut marie. Kemudian cairkan mentega.
2. Gaulkan biskut yang telah dihancurkan dengan mentega yang telah dicairkan.
3. Masukkan ke dalam tin pembakar berukuran bulat berukuran 25 sm .
4. Tekan adunan supaya padat. Masukkan sebentar dalam peti sejuk supaya ianya supaya membentuk dasar yang padat. Krim keju :
1. Keluarkan krim keju 20 -30 minit sebelum digunakan.
2. Putar krim keju, susu dan krim putar hingga sebati.
3. Masukkan sedikit pai blueberi, gaulkan.
4.Tuangkan adunan dalam tin pembakar yang berisi biskut tadi.
5. Panaskan oven dan bakar dalam oven dengan suhu 170 darjah celcius selama 2 ½ jam.
6. Keluarkan dan bila sejuk masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari tin pembakar.
7. Hias kek dengan inti/filling blueberi di atasnya jika suka.
Ads
Saiz hidangan : 1 tin pembakar bulat bergaris pusat 25 sm Waktu memasak: 3-4 jam Cara Memasak : Bakar dengan teknik water bath (letakkan tin atas bekas berisi air) Keistimewaan : Buah blueberi mengatasi rasa muak keju.
INFO : Sedap dimakan sejuk dari peti ais.
2. KEK BLACK FOREST
BAHAN-BAHAN :
Bahan-bahan diayak (bahan kering) :
227 gm tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh krim tartar
1 cawan air
1 cawan minyak jagung
1 ½ tin susu cair
2 biji telur
Bahan inti :
350 gm @ 1 tin buah blueberi
3 sudu makan inti pai blueberi ‘filling’ (boleh didapati dari kedai kek/bakeri)
1 sudu makan tepung jagung | diayaj
500 ml krim putar @ whipping cream
Ceri merah dan hitam secukupnya untuk hiasan
CARA MEMASAK :
1. Masukkan semua bahan-bahan kering kedalam bekas dan gaul rata.
2. Masukkan telur, minyak, air dan susu cair dan kacau rata
3. Tuang adunan dalam loyang bulat saiz 22.9 sm.
4. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170-180 darjah celcius selama 60 minit atau sehingga masak.
Sirap blueberi :
5. Dalam mangkuk yang lain pukul krim putar hingga kental.
6. Toskan buah blueberi dalam tin, airnya diasingkan.
7. Campurkan air blueberi tadi dengan gula dan tepung jagung. Masak dengan api yang perlahan hingga pekat dan sejukkan.
8. Setelah kek sejuk potong kek kepada 3 bahagian.
9. Lapisan pertama letakkan sirap blueberi tadi.
10. Sapu atasnya whipping cream yang telah diputar. Letak inti atau blueberi filling di atasnya.
11. Ulamg langkah untuk lapisan kedua dan ketiga.
12. Hias di atasnya dengan whipping cream dan juga buah ceri merah/hitam.
Saiz hidangan : 1 tin pembakar bulat 22.9 sm Waktu memasak : 1 jam Jenis masakan : Inti blueberi menghasilkan rasa buah blueberi asli Keistimewaan: Kek klasik yang terkenal zaman berzaman,kaya dengan rasa buah
INFO : Jangan putar whipping cream terlalu laju atau lama, ia akan menyebabkan krim terlalu pekat dan payah untuk disapu.
2 sudu teh parutan kulit oren
(Putar kesemua bahan hingga kembang dan berkrim halus)
CARA MEMASAK :
1. Putar mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu.
2. Masukkan tepung yang diayak dengan serbuk penaik sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
3. Akhir sekali masukkan parutan kulit oren. Kacau sebati.
4. Tuang ke dalam acuan tin pembakar segi empat saiz 17.8 sm x 17.8 sm yang telah digriskan dengan mentega dan ditabur sedikit tepung.
5. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga masak.
6. Hiaskan dengan adunan fresh cream dan hiaskan hirisan oren jika suka.
Ads
Saiz hidangan: 1 tin pembakar segi empat ukuran 17.8 sm x 17.8 sm Waktu memasak: 45 minit Keistimewaan: Jus oren dan parutan kulit oren menghasilkan aroma yang segar harum
INFO :Fresh cream biasanya dijual dalam bentuk beku. Nyahbekukannya semalaman atau seharian di bahagian bawah peti sejuk jika ingin menggunakannya esok hari.
*(Putarkan krim keju dan pes lemon hingga lembut. Dalam bekas ‘mixer’ yang lain putarkan whipping cream hingga kental. Satukan dua adunan ini, kaup balik rata. Masukkan dalam beg piping)
Ads
*Buah-buahn beri secukupnya untuk hiasan atas kek
CARA MEMASAK :
1 .Panaskan oven suhu 150 darjah celcius dan dan sediakan acuan kek 2 biji ukuran 20 sm yang dialas dengan kertas kek.
2. Ayak bahan bertanda *sehingga 3 kali supaya kek jadi gebu dan ketepikan.
3. Putar mentega, gula dan golden syrup hingga kembang dan gebu.
4. Masukan telor satu persatu sambil diputar perlahan dan masukkan esen vanila.
5. Masukkan kek dan kaup balik dengan senduk hingga sebati.
6. Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian dan ratakan ke dalam 2 tin kek tadi dan bakar selama 30 minit dengan suhu 170 darjah celcius.
CARA MENYUSUN DAN MENGHIAS KEK :
1. Kek yang sudah sejuk potong bahagian atasnya yang keras. Jadikan permukaan yang rata.
2. Letakkan satu keping kek atas lapik kek dan paipkan krim (vanilla cream cheese tadi di atasnya).
3. Kemudian letakkan jam strawberi tadi.
4. Tutup dengan keeping kek yang satu lagi.
5. Ulang proses yang sama
6. Akhir sekali hiaskan kek dengan buah-buahan beri yang segar
7. Anda boleh juga ayakkan gula icing di atas buah-buahan tadi.
8. Sejukkan kek dan sapu jem diatas sebiji kek dan lapiskan dgn sebiji lagi kek.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat bersaiz 20.3 sm Waktu memasak: 30 minit Keistimewaan: Kek yang cantik dengan variasi beri dan lazat dengan krim keju
INFO : Selain menggunakan krim keju, anda boleh juga menggunakan Swiss datau French meringue butter cream. Semua pun sedap rasanya.
RESEPI : TERIMA KASIH : DILL CAKES, APARTMENT SRI NUANG, JLN GUNUNG NUANG U 11/37, TAMAN BUKIT BANDARAYA, SHAH ALAM. FB IG:fadzilmdsalleh. http://dill-cakes.blogspot.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bagi mendapatkan kek marble yang sedap, kita perlu gunakan mentega yang best. Hasilnya kek marble jadi sangat berlemak dan manis sesuai dengan cita rasa orang ramai. Kek marble boleh dianggap sebagai kek orang lama kerana telah lama diminati oleh orang terdahulu.
Mak-mak kita dulu selalu buat kek marble. Kek ini sangat sedap dan ada yang suka memakannya dengan mencelupkannya ke dalam teh o panas. Macam-macam style orang makan kek ni. Jom try buat.
KEK MARBLE
BAHAN-BAHAN
1 cawan mentega
3/4 cawan gula kastor
3 biji telur ayam gred B
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
1 sudu besar serbuk penaik (diayak)
3 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko.
CARA MEMBUAT
1. Pukul mentega dan gula kastor selama 10 minit. Masukkan telur ayam satu persatu sambil pukul perlahan.
2. Masukkan esen vanila, tepung gandum dan serbuk penaik.
3. Guna kaedah kaup balik dan masukkan susu pekat manis. Gaul hingga sebati semua bahan.
4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Adunan pertama warna asal. Adunan kedua letak serbuk koko.
5. Sapu marjerin pada loyang saiz 6 inci atau 7 inci. Lapik dengan kertas minyak.
6. Ambil satu senduk adunan dan letak di tengah-tengah loyang. Tidak perlu ratakan.
7. Ambil pula satu senduk adunan koko. Tindih di tengah adunan pertama tadi. Tidak perlu ratakan juga.
8. Ulang sehingga habis adunan.
9. Panaskan oven pada suhu 170 darjah dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Gunakan api atas dan bawah.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Cantiknya Agar-Agar Marble perkongsian saudari Mut Tam ni. Menurut beliau, manisan yang diringkan resipinya mengikut cara sendiri ini mempunyai rasa yang tidak manis dan teksturnya juga lembut. Memang sangat sedap. Ha…Apa lagi? Peminat Agar-Agar Marble boleh cuba resipi ni.
Pewarna merah secukupnya – boleh gantikan dengan sirap – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air hingga mendidih. Kemudian masukkan agar-agar dan gula. Didih lagi sampai semua bahan larut. Kecilkan api.
2. Pecahkan telur di dalam bekas dan campurkan dengan susu cair. Kacau sebati dan masukkan ke dalam periuk agar-agar tadi.
3.Masukkan esen vanilla. Kacau sebati sehingga mendidih. Tutup api. Alihkan campuran agar-agar dalam bekas atau loyang.
4. Dalam bekas lain, ambil 1 senduk adunan dan masukkan serbuk coklat atau milo. (empunya resipi letak lebih serbuk koko kerana suka rasa sedikit pahit)
5. Ulang langkah yang sama bagi pewarna merah/sirap. (empunya resipi suka guna sirap kerana bagi efek seakan bandung pada agar-agar & rasa lebih sedap)
6. Sudu adunan berwarna ke dalam adunan agar-agar secara berselang-seli (kok dan merah). Lorek.
7. Lorek corak pada agar-agar dan sejukkan.
8. Bila sudah mengeras, Agar-Agar Marble sedia untuk dipotong dan dinikmati.
INFO: Untuk sukatan cawan, empunya resipi guna cawan plastik Ikea.
Sedapnya Ikan Bakar Rica Manado perkongsian resipi dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ni. Nampak membuka selera. Istimewanya resipi ini, anda tidak perlu menggunakan arang untuk membakarnya. Cukup sekadar menggunakan kuali leper tapi rasa dan aromanya seakan dimasak menggunakan bara.
Menurut beliau lagi, Ikan Bakar Sambal Rica ini berasal dari Manado, Sulawesi. Biasanya dibakar atas bara api. Kemudian sambalnya di sapu atas ikan setelah ikan siap dibakar. Cumanya kali ini beliau berkongsi cara lebih mudah untuk menyediakan sajian sedap ini. Bakar atas kuali sahaja.Sesuai sangat cuba masak untuk makan tengahari nanti. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI IKAN BAKAR RICA MANADO SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1 ekor ikan siakap 5 biji bawang merah – beli online disini 2 ulas bawang putih – beli online disini 2 batang serai 2 inci kunyit 1 inci halia 2 sudu besar cili kisar – beli online disini 2 helai daun limau purut 1 keping asam gelugor – beli online disini 1 biji limau nipis Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan dan belah perutnya. Belah isi ikan di kanan dan kiri tulang tengah, kemudian keluarkan tulang tersebut. IA bertujuan supaya ikan kelihatan cantik dan isi cepat masak.
2. Untuk menyediakan bumbu (perencah) ikan bakar, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, serai dan cili kisar dikisar halus.
3. Tumis bahan kisar. Berbeza dengan ikan bakar sambal yang biasanya warna merah. ikan bakar ini akan berwarna kuning atau jingga. Tapi sejujurnya, rasa hidangan ini tidak berapa beza dari ikan bakar sambal.
4. Masukkan asam gelugor, garam, gula dan daun limau purut. Jika suka, boleh tambahkan belacan. Tumis sampai bahan-bahan masak sempurna. Kemudian sejukkan seketika.
5. Lumurkan bumbu pada ikan. Oleh kerana kita bakar atas kuali, susah nak sapu ikan bila ikan dah masak. Ia akan hancur kalau kita balik-balikkan banyak kali. Jadi empunya resipi lumur bumbu pada ikan terlebih dahulu.
6. Kemudian terbalikkan ikan dan lumurkan bumbu pada bahagian luar pula. Boleh alas ikan dengan daun pisang atau daun kunyit agar ikan tak melekat pada kuali. (empunya resipi guna kuali non-stick)
7. Bila masak nanti, ikan tidak akan diterbalikkan. Masak belah bawah sahaja. Untuk pastikan ikan ini masak sekata tanpa hangus, kena bakar dengan api kecil atau sederhana.
8. Tutup kuali. Jika ada tanda-tanda nak hangit, jangan panik. Buka penutup, masukkan 1 senduk air, gerak-gerakkan kuali agar air turun ke bawah daun. Tutup semula dan masak sampai air tadi kering.
9. Hasil Ikan Bakar Rica Manado yang telah siap dimasak. Tidak hangus, tidak melekat dan masak sempurna. Sedia untuk dinikmati.
INFO:
Boleh hias dengan hirisan limau dan bawang jeruk. Ikan bakar ini memang sedap makan dengan benda masam.
Rasa Ikan bakar ini tak berapa pedas. Bau daun pisang membangkitkan selera. Daun pisang yang hangus di tepi-tepi tu menyumbang kepada aroma smokiness (bau bakar). Itu penting!
Cara simpan cili padi ini sesuai untuk yang selalu beli tapi akhirnya terbiar lembik dan busuk dalam peti ais.Kaedah menyimpan cili padi perkongsian Mazeline...