Biasanya bila dihidangkan dengan menu kerabu, jadi berselera nak makan. Pasti bertambah nanti. Buat penggemar kerabu kena cuba buatnya, bahan-bahan yang digunakan sangat simple. Resipi yang dikongsikan oleh Rohana Benjamin membuka selera sesiapa saja.
Kerabu Telur Masin
Bahan-bahan:
2 biji telur masin ( rebus) 1 genggam ikan bilis ( goreng) 8 tangkai cili padi ( hiris) ½ biji bawang besar( hiris) 2 biji bawang merah ( hiris) 4 biji limau kasturi ( ambil jus)
Ads
Cara membuat:
1.Kupas telur masin, kemudian hiris atau potong.
Ads
2.Sediakan bekas untuk meletakkan semua bahan. 3. Gaul sebati. Siap untuk dihidang.
Sedapnya kalau dapat makan kerabu. Ratah macam tu je dah membuka selera. Anda suka sajian kerabu mudah ni? Ha..Ada beberapa resipi mudah yang boleh anda cuba. Sesekali makan lauksimple macam ni, memang buka selera. Jom cuba!
BAHAN A ( DIHIRIS):
BAHAN B ( DITUMBUK):
BAHAN C:
CARA MEMASAK: 1.Campurkan semua bahan A, B dan isi ikan. Gaul rata. Kuantiti bahan A & B ikut citarasa masing-masing. 2.Perasakan dengan garam secukupnya. 3. Kerabu mudah dan sedap ini sedia untuk dinikmati.
INFO: Belimbing buluh bila dah jadi kerabu, rasanya tidak masam pun.
CARA MEMASAK: 1.Hiris jantung pisang yang dah empuk tadi. 2.Satukan bawang besar dan lada hitam yang telah ditumbuk bersama isi ikan. Tumbuk sekali lagi hingga lumat. 3.Campurkan bahan tumbuk, bawang hiris, cili potong, garam, perasa, kerisik dan santan ke dalam bekas berisi hirisan jantung pisang. Gaul rata. 4.Akhir seklai, perahkan limau nipis. 5.Untuk elak kerabu cepat basi, boleh didihkan sekejap di dalam kuali. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk. Keluarkan bila hendak dimakan sahaja.
CARA MEMASAK: 1.Sardin dilecek dan digaul dulu dengan limau nipis. 2.Kemudian, tambahkan bahan-bahan lain ( jumlah ikut citarasa). Gaul rata. 3.Sedia untuk dihidangkan.
INFO: Kalau ada bunga kantan dan kacang panjang, boleh gaulkan sekali.
CARA MEMASAK: 1.Tuang bahan kisar ke dalam bekas besar. 2.Seterusnya masukkan kerisik, jus limau nipis, santan, garam, gula dan perasa secukupnya. 3.Kemudian masukkan bawang besar, perut, pucuk paku dan tauge. Gaul rata. 4.Rasa dan jika ada kurang, tambah ikut selera anda.
INFO: Kuantiti bahan di atas kena pandai ubah ikut berapa banyak kerabu yang nak dibuat.
1.Satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata. Kuantiti ikut jumlah kerang dan pucuk paku yang digunakan. 2.Jika suka rasa kerabu yang lebih menyerlah, lebihkan jus limau dan garam. 3.Sedia untuk dinikmati.
Apa menu yang membuka selera? Bila ada peluang balik kampung sempena mengundi bolehlah buat menu rare sikit. Kerabu bunga kantan ikan bilis ni makan dengan nasi panas-panas memang tak cukup sepinggan nasi. Bahan-bahan pun tidak renyah untuk membuatnya.
KERABU BUNGA KANTAN IKAN BILIS
Bahan-bahan: Ikan bilis Bunga kantan Serai Tomato Bawang besar Cili Lemon ( boleh gantikan dengan limau nipis ) Sos ikan Garam
Cara membuat: 1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing. 2. Masukkan bunga kantan, serai, tomato, bawang besar, cili, sos ikan, perahan lemon dan garam dalam mangkuk dan gaul rata. 3. Masukkan ikan bilis dalam mangkuk tadi dan gaul rata. Tip: garam jangan letak banyak sebab ikan bilis dan sos ikan dah masin.
Kerabu pucuk ubi ini memang selalu kita jumpa dalam hidangan nasi ambeng, dan tak dinafikan ia antara lauk sampingan yang menambah selera. Malah kalau diratah lagi sedap. Dengan rasa lemak kelapa parut selain pedas cili, kerabu ini kalau buat sikit memang tak puas makan.
Seikat pucuk daun ubi
1 sudu kecil soda bikarbonat
Sedikit garam
Segenggam taugeh
½ biji kelapa parut
Garam dan gula secukupnya
Segenggam buah cekur
Segenggam bilis
Bawang merah
4–5 tangkai cili
Daun cekur
Kacang panjang
1. Didihkan air. Masukkan pucuk ubi bersama soda bikarbonat dan sedikit garam. Rebus hingga pucuk ubi lembut.
2. Tapis dan perah air dari pucuk ubi.
3. Goreng bilis dan bawang hingga layu, kemudian tumbuk bersama cili dan buah cekur.
4. Sangai kelapa parut bersama bahan tumbuk tadi tanpa minyak menggunakan api kecil. Tujuannya supaya kerabu tidak cepat basi dan boleh tahan lama.
5. Apabila kelapa sudah agak kering, masukkan pucuk ubi, kacang panjang, taugeh dan daun cekur yang dihiris halus. Gaul hingga sebati.
Kebab street food menjadi antara makanan jalanan paling popular di lebih 100 negara. Ketahui sebab popularitinya, jenis kebab terkenal serta tip menghasilkan daging kebab homemade yang lembut, juicy dan berempah.