Beri Kelainan Yang Enak Kari Ikan Sardin Gan Murunggai

Share

Ubah sardin tin dengan cara masakan India tambah pelbagai bahan seperti rempah kari, sayur-sayuran, kacang muchai dan sebagainya.

KARI IKAN SARDIN GAN MURUNGGAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin besar sardin
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih- dihiris
  • 2 inci halia- ditumbuk halus
  • Cili hijau @ Cili Merah
  • 2 tangkai daun kari
  • Tomato
  • Lobak merah
  • Kentang
  • Kacang muchai
  • Murunggai
  • Asam Jawa
  • Mix spices
  • Garam

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak.

 

2. Tumis mix spices. Tambahkan daun kari, bawang putih dan halia.

 

3. Masukkan bawang besar dan cili hijau.

 

4. Masukkan tomato.

 

5. Tambahkan murunggai, kentang dann lobak merah.

 

6. Masukkan serbuk kunyit dan serbuk kari ayam atau ikan.

 

7. Gaul Semua dan tambah air sedikit.

 

8. Biar mendidih sehingga hilang bau kari.

 

9. Tambah air secukup dan biar 5-7 minit.

 

10. Masukkan air asam jawa.

 

11. Masukkan ikan sardin yang suda bersih dan perasakan dengan sedikit garam.

 

12. Akhir sekali masukkan kacang muchai dan biar 2-3 minit.

 

13. Sudah siap dan boleh dihidangkan. Boleh makan dengan nasi putih, roti canai, chappati dan lain.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Nalini Raman Kamachi

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

 

IKLAN