Kari Masala Kacang Bendi. Wangi Semerbak Baunya

Share

Kari masala kacang bendi. Wangi semerbak baunya bila masak. Aromanya pun dah boleh buat perut lapar. Tentu ramai yang suka masakan India kan? Ia penuh aroma dan rempah ratus.

Menurut puan Azy Cullen yang berkongsi resipi ini, dia mendapat inspirasi memasak kari masala kacang bendi ini setelah menonton youtube Grandpa Channel. Ternyata memang sedap. 

Kari Masala Kacang Bendi

Bahan-bahan:

10 batang bendi (potong dua)

2 biji tomato (cincang halus)

1labu bawang merah Bombay (cincang halus)

3 biji bawang kecil (cincang halus) – boleh beli online di sini

1 sudu besar garam masala – boleh beli online di sini

5 biji cili api hijau (potong serong) 

1 sudu besar jintan putih

1/2 inci halia (ditumbuk halus) – boleh beli online di sini

1sudu besar serbuk ketumbar 

Daun ketumbar (hiris halus)

1sudu besar serbuk jintan putih – boleh beli online di sini

Daun kari – boleh beli online di sini

1sudu besar serbuk cili – boleh beli online di sini

Sedikit garam – boleh beli online di sini

1sudu kecil serbuk kunyit – boleh beli online di sini

Minyak masak – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Panaskan minyak, goreng sekejap bendi dan angkat. Toskan.

Kemudian tumiskan jintan putih, bawang merah, cili hijau, halia yang ditumbuk. Kacau sehingga naik bau.

Setelah itu, masukkan tomato yang dicincang halus, masukkan serbuk kunyit, garam,garam marsala, serbuk jintan, serbuk ketumbar dan masukkan serbuk cili, tumis sehingga pecah minyak.

Kemudian masukkan bendi yang dah digoreng tadi. Masukkan sedikit air biar sampai menidih. Akhir sekali masukkan daun kari dan daun ketumbar. Siap! Makan dengan nasi putih panas. 

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN