Kari masala kacang bendi. Wangi semerbak baunya bila masak. Aromanya pun dah boleh buat perut lapar. Tentu ramai yang suka masakan India kan? Ia penuh aroma dan rempah ratus.
Menurut puan Azy Cullen yang berkongsi resipi ini, dia mendapat inspirasi memasak kari masala kacang bendi ini setelah menonton youtube Grandpa Channel. Ternyata memang sedap.
Panaskan minyak, goreng sekejap bendi dan angkat. Toskan.
Kemudian tumiskan jintan putih, bawang merah, cili hijau, halia yang ditumbuk. Kacau sehingga naik bau.
Setelah itu, masukkan tomato yang dicincang halus, masukkan serbuk kunyit, garam,garam marsala, serbuk jintan, serbuk ketumbar dan masukkan serbuk cili, tumis sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan bendi yang dah digoreng tadi. Masukkan sedikit air biar sampai menidih. Akhir sekali masukkan daun kari dan daun ketumbar. Siap! Makan dengan nasi putih panas.
Bila makan di restoran Mamak, hidangan Peria Goreng Crispy pastinya antara yang wajib diambil dan dinikmati. Tak lengkap tanpanya. Nikmati pula bersama nasi dan kari, waduh, memang enak tak terkata.
Bagi anda yang nak cuba saudari Sheena Supramaniam ada kongsikan resipinya. Lihatlah masakannya tu Nampak sangat sedap. Rupanya mudah je nak masak Peria Goreng Crispy ni.
Bahan-bahannya tidak banyak. Malah memang sedia ada di rumah. Istimewanya beliau juga kongsikan tip supaya peria ni kekal rangup sampai ke malam. Wow… Bolehlah cuba kan? Jom lihat cara-caranya.
CARA MEMASAK:
1.Ambil peria dan hiris nipis. Kemudian cuci dan rendam dalam air garam selama 20 minit. Kemudian bilas lagi sekali.
2.Letak dalam mangkuk dan masukkan garam dengan secukupnya. Kacau sebati.
3. Kemudian masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk lada putih dan jintan manis. Gaul sebati sekali lagi. Biarkan selama 30 minit.
4. Bila cukup masa, masukkan tepung jagung dan juga tepung beras. Gaul hingga semu bahan bersalut rata.
5.Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali. Biarkan hingga minyak betul-betul panas.
6.Bila minyak sudah benar-benar panas, tukar api kepada sederhana besar dan masukkan peria. Ini adalah tip untuk dapatkan peria yang betul-betul rangup dan tahan lama.
7. Bila sudah masak, angkat dan toskan minyaknya.
8.Sejukkan peria terlebih dhulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
NOTA:Pastikan peria betul-betul sejuk baru disimpan dalam bekas. Boleh tahan rangup sampai malam. Jangan simpan peri yang masih panas waima suam sekalipun. Nanti ia akan jadi lemau.
RASA berikan idea untuk korang masak lauk sahur. Simple je tapi sedap. Tak perlu lauk lain dah. Lauk kentang dan bilis berlada ni boleh dikatakan sebagai lauk legend yang mudah nak disediakan. Goreng je kentang dan ikan bilis kemudian tumis dengan bawang dan lada.
KENTANG DAN BILIS BERLADA
kentang berlada.
BAHAN-BAHAN
100 gram ikan bilis (digoreng garing)
3 biji ubi kentang (dipotong baji dan digoreng)
3 sudu makan minyak masak (untuk menumis)
1/2 sudu teh garam
100 gram cili merah (dikisar)
50 gram cili padi merah (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
1 helai limau purut (dikisar)
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan garam. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Enaknya bila menjamah masakan air tangan bonda. Sementelah lagi bila sajian yang disajikan adalah masakan kampung yang sememangnya menjadi idaman anak-anak tatkala berada di perantauan. Biarpun resipi trending bertukar ganti, gulai lemak cili padi, asam rebus daging, dan opor nangka ibu tetap jadi pilihan . Untuk membangkitkan nostalgia, Bonda Jaoyah tidak kedekut berkongsi resipi air tangan beliau untuk kita semua.
1. UDANG MASAK LEMAK CILI API BERSAMA DAUN SELOM
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang saiz besar |bersih dan tos
1 batang serai |titik
2 ulas bawang merah |kisar
1 keping asam gelugur
2 sudu kunyit hidup | kisar
Seikat daun selom | potong
10 biji cili padi | kisar
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan kecuali udang dan daun selom.
Kemudian didihkan kuah atas api sederhana hingga mendidih.
Sentiasa kacau agar santan tidak pecah.
Masukkan garam, udang dan daun selom.
Biarkan lebih kurang lima minit. Tutup api
Hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Jangan masak udang terlalu lama kerana ia akan menjadi sedikit keras.
2. TELUR MASIN LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur masin
1 batang serai | titik
1 ulas bawang merah | kisar
1 keping asam gelugur
2 sudu kunyit hidup |kisar
10 biji cili padi |kisar
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali telur.
Didikan kuah sehingga mendidih.
Kecilkan api, masukkan telur satu persatu.
Biarkan telur agak keras, perasakan dengan sedikit garam jika tidak berapa masin.
Tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika tidak mahu telur masin boleh juga menggunakan telur itik biasa.
Nak tahu cara hilangkan kerak periuk dan kesan hangus tanpa guna sabun keras? Cuba 6 bahan dapur ini seperti garam, lemon dan soda bikarbonat — mudah, berkesan dan selamat!