Sepanjang bulan Ramadan Majalah RASA menghidangkan pelayar FB dengan menu istimewa di dalam Rasa Ramadan Special Live. Program ini bukan hanya berkongsi resipi menarik setiap Khamis hingga Sabtu malah anda berpeluang beramah mesra dan bertanya soalan tentang masakan secara live dengan tetamu jemputan. Rugi kalau tak joint sebab pelbagai tip serta info tentang masakan yang buat anda semua melekat dengan wadah kami sajikan ini.
Tetamu jemputan terdiri dari chef ternama , vip juga instafamous. Menu-menunya memang sedap. Jadi jangan lupa ya. Setiap jam 12 tengah hari di FB Majalah Rasa dari hari Khamis hingga Sabtu
Episod pertama Rasa Ramadan Special Live minggu lepas bersama tetamu vip iaitu Dato’ Nurol Mas’on yang berkongsi satu resipi Kambing Masala Kashmir. Dato Nurol berpengalaman lebih 12 tahun dalam bidang masakan. Aktif menghasilkan pelbagai resipi, menjadi konsultan restoran serta giat mengolah bahan makanan asas seperti mi segera sihat,perasa sihat,kicap dan rempah-rempah yang menggunakan bahan semula jadi berbanding msg.
Menurut beliau masakan ini boleh disimpan lama.Sesuai dimakan dengan apa saja termasuk nasi putih,briyani ,roti dan capati untuk waktu sahur .
Turut sama di episod kedua ialah Azian Hassan , penulis buku masakan yang tidak asing dan kini sudah mempunyai sembilan buah buku masakan . Lebih mesra dengan panggilan Kak Yan. Dia juga berpengalaamn sebagai prep chef di astro go shop. Dengan kepakarannya dalam masakan, dia kerap menjadi tetamu jemputan di beberapa stesen televisyen seperti WHI,NONA, MHI, Borak Kopitiam & Mingguan Wanita. Resepi Ayam Bawang Berempah ini memang sesuai untuk berbuka dan sahur malah mudah disediakan dengan ramuan yang senang didapati. Kalau ada yang rindukan masakan mamak, boleh cuba masakan ini.
Episod ketiga turut mengundang Zeti Khalid dari Zeti Hot Oven.Zeti berpengalaman dalam membuat kek sudah lebih sedekad. Mula memasak sejak usia tujuh tahun. Aktif berkongsi resipi setelah bereksperimen di dapur melalui media sosial IG & FB. Dia juga pernah menyumbang resipi membuat kek dan masakan di majalah tempatan dan televisyen bagi program jemputan masakan.
Nampak mudah resipi Daging Hitam Manis yang dikongsi oleh Zeti. Syaratnya kena ada kicap manis dan gula melaka. Rugi kalau tak cuba. Ia boleh disajikan bersama nasi dan roti. Sesuai untuk dibekukan juga. Menggunakan bahan yang mudah dan ringkas ,sangat senang untuk disediakan waktu PKP ini.
Jom kita cuba, RASA kongsikan resipi penuh membuatnya.
KAMBING MASALA KASHMIR
BAHAN-BAHAN:
2kg kambing
200gm minyak
20gm minyak sapi
100gm bawang besar bombay | dicincang
60gm bawang merah
25gm bawang putih
20gm halia | dikisar halus
10gm buah keras
3 setengah cawan air
tomato | cincang kasar
Lobak merah | cincang halus
Sederi | cincang halus
60gm tomato puri
25gm rempah kari daging
25gm rempah briyani
12gm serbuk cili
(campurkan ketiga -tiga rempah di atas )
120gm yogurt plain
30gm gula merah
10gm garam
10gm serbuk pati daging
10gm serbuk perasa
Daun briyani
200gm susu cair
10gm daun ketumbar | potong halus
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga kekuningan selama 1-2 minit.
2. Tumis bahan kisar. Kacau hingga garing selama 5-6 minit.
3. Masukkan tomato, lobak merah dan saderi. Kacau selama 3-4 minit.
4. Masukkan tomato puri dan kacau sebentar
5. Masukkan juga campuran rempah. Tambah air sedikit agar rempah tidak hangus.
6. Masukkan lebihan air, yogurt dan perasa. Masak perlahan sehingga terbit minyak.
7. Masukkan daun briyani
8. Seterusnya masukkan kambing. Biarkan mereneh supaya rempah meresap ke dalam daging.
9. Masukkan air, susu dan daun ketumbar. Kacau hingga mendidih.
10. Masak selama 80-90 minit. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
1 ekor ayam – potong 16
3 biji bawang merah besar – mayang halus
2 helai daun pandan – simpul
Sedikit daun kari
3 sudu makan madu
1/2 sudu makan serbuk jintan manis
1/2 sudu makan serbuk jintan putih
1/4 sudu makan serbuk cili
1/4 sudu makan garam masala
1/4 sudu makan serbuk kari daging
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan air asam jawa
Ads
BAHAN TUMIS:
4 ulas bawang putih – cincang halus
1 1/2 inci halia – cincang halus
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang sehingga garing. Angkat dan toskan.
2. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng ayam sehingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
4. Tinggalkan minyak gorengan dalam kuali anggaran 4 sudu makan.
5. Masukkan semua bahan tumisan dan masak sehingga bawang perang.
6. Kemudian masukkan daun pandan, daun kari dan kesemua rempah.
7. Tambahkan sedikit air dan air asam jawa.
8. Masukkan juga sos tiram dan cili sos. Gaul rata.
9. Seterusnya masukkan ayam dan gaul lagi hingga sekata.
10. Tuangkan madu dan masukkan bawang goreng.
11. Gaul rata dan masak sehingga kuah pekat.
12. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang
2 cawan kicap manis
3 inci / secukupnya gula Melaka
1/4 cawan air asam jawa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
5 sudu makan cili kering
CARA MEMASAK:
1. Rebus daging sampai empuk.
2. Hiris daging nipis-nipis, ketuk bagi nipis dan gaul dengan kicap manis.
3. Panaskan minyak dan goreng daging sekejap hingga garing.
4. Dengan guna kuali yang sama, tumis bahan kisar.
5. Masuk daging yang digoreng tadi dan air rebusan daging. Jika ada lebihan kicap perapan daging tadi, masukkan sekali.
6. Perasakan dengan gula melaka dan air asam jawa.
7. Masak hingga kuah agak kering sikit. Siap untuk dihidang.
Sebut sahaja ayam tandoori, terbayang keenakan hidangan ini. Nyum!!! Andai ke kedai mamak untuk makan roti nan, hidangan ayam ini pastinya menjadi pilihan untuk digandingkan bersama. Memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Kena pula dengan hirisan bawang serta sedikit perahan limau nipis, perghhh..memang padu! Jom cuba resipi perkongsian Puan Tahrunnisah Jali. Bolehlah cuba buat sendiri di rumah secara homemade. Lebih bersih dan boleh makan puas-puas.
AYAM TANDOORI
BAHAN A:
4 keping paha ayam ( whole leg) | basuh, buang kulit & kelar kasar
2 sudu makan minyak masak
BAHAN B:
1 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan jus limau nipis atau lemon
BAHAN C:
6 sudu teh yogurt asli ( pekat)
2 sudu teh campuran pes halia bawang putih | 5 ulas bawang putih dan 3cm halia yang dikisar lumat.
2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh pewarna merah
CARA MEMASAK:
Satukan bahan B hingga sebati dan lumurkan pada ayam. Pastikan sapu rata pada kelaran dan isi ayam keseluruhan. Perap seketika.
2. Dalam bekas berlainan, campur semua bahan C. Pastikan campuran pekat sedikit dan jangan tambah air.
3. Lumur campuran bahan C pada ayam. Masukkan 2 sudu makan minyak masak. Perap semalaman ataupun paling kurang 4 jam sebelum dibakar.
Untuk membakar Ayam Tandoori, biasanya di kedai, ia akan dibakar di dalam tandoor ( dapur khas untuk membakar yang menyerupai tempayan besar). Jika tiada, boleh gunakan ketuhar.Caranya ialah:
Susun hirisan lobak merah atau saderi di permukaan dulang pembakar. Ia bertujuan ayam yang dibakar nanti tidak melekat pada dulang dan membina ruang diantara dulang dan isi ayam kerana ayamakan mengeluarkan air yang banyak sewaktu dibakar.
Bakar ayam tandoori tadi pada suhu 230C selama 25-30 minit.
Semasa membakar, selepas 20 minit pertama, periksa ketulan ayam dan sapukan sedikit minyak di permukaannya. Masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada saiz ayam yang digunakan juga jenis ketuhar.
Sekiranya ada pemanggang, setelah ayam masak bolehlah dipanggang seketika bagi mendapatkan kesan terbakar / hangus pada permukaan isi ayam tandoori.
Angkat, sedia untuk dinikmati mengikut citarasa masing-masing.
Info: Selain dinikmati bersama roti naan, ayam ini juga sesuai dihidangkan bersama nasi. Untuk memudahkan proses memasak, anda juga boleh hasilkan perapan lebih awal.
Sesetengah tempat memanggil kuih ini kuih mata roda dan ada juga yang memanggilnya kuih lepat inti pisang. Kuih ini memang sedap dimakan sebagai hidangan minum petang. Anda wajib cuba di rumah. Boleh juga buat untuk dinikmati bersama keluarga sempena Hari Raya Haji yang bakal menjelang lagi beberapa hari lagi. Jom kita intai resipi perkongsian Seri Munggle Itaylum ini.
RESIPI KUIH LEPAT INTI PISANG
BAHAN A:
Ubi kayu yang diparut
Gula pasir secukup rasa
Serbuk vanili (boleh skip kalau takde)
Secubit garam
Pewarna makanan (resipi asli warna merah dan hijau)
BAHAN B:
Pisang untuk inti (apa-apa pisang yang sesuai untuk dikukus ye)
Daun pisang untuk membungkus
Kelapa parut untuk taburan
CARA PENYEDIAAN:
1. Campur semua bahan A kecuali pewarna, kacau sehingga sebati. Asingkan dalam dua bekas dan letak pewarna apa yang anda mahukan.
2. Letak bahan A yang sudah dicampurkan dengan pewarna dalam 4 sudu. Anda boleh patternkan sendiri bagaimana bentuk yang anda mahukan, bungkus dan gulung menggunakan daun pisang. Ketip menggunakan lidi yang tajam.
3. Kukus selama lebih kurang 30 minit.
4. Selepas siap mengukus, buka bungkusan daun pisang, potong dan taburkan kelapa parut.
Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh klik DISINI.
Bosan dengan asyik ulang lauk yang sama? Ini RASA nak kongsi tiga resipi yang simple dan sedap, Ayam Cili Daun Selasih, Daging Goreng Berempah Bersama Nanas dan Kupang Tumis Tauchu Bersama Sawi Cina. Bolehlah dijadikan hidangan untuk makan tengahari atau malam yang ringkas bersama keluarga.
AYAM CILI DAUN SELASIH
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong kecil
15 helai daun selasih
2 batang serai
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
5 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
2cm belacan | jika suka
4 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Gaul rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinnggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan ayam dan daun selasih, gaul rata.
Perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis.
Kecilkan api dan terus kacau hingga rata.
Tutup api, ayam selasih sedia dihidangkan.
KUPANG TUMIS TAUCU BERSAMA SAWI AIR
BAHAN-BAHAN:
500gm kupang | bersihkan dan tos
250gm sawi air | ambil pucuk dan daun sahaja
2 sudu makan tauchu | kisar
1 sudu makan pes cili kering
1/2 sudu makan sos tiram
1 biji bawang besar | hiris
4 ulas bawang putih | titik
6 biji cili padi | titik
3 sudu makan minyak masak
Sedikit perasa dan gula
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak, tumis bawang merah,bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan pes cili kering dan taucu terus kacau. Kemudian masukkan kupang.
Setelah kulit kupang berubah warna dan terbuka. Masukkan sawi air dan terus kacau.
Akhir sekali perasakan dengan sos tiram, garam dan perasa secukup rasa.
Kacau lagi seketika , kemudian tutup api.
Kupang sedia dihidangkan.
DAGING GORENG BEREMPAH BERSAMA NANAS
BAHAN-BAHAN:
250gm daging batang pinang | hiris nipis
200gm nanas dalam tin
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | titik
2cm halia muda | hiris memanjang
1 batang serai | titik
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan rempah kari daging
Sedikit cili benggala merah dan hijau | potong dadu
1 sudu makan sos tomato
1/2 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Gaulkan hirisan daging yang telah dicuci dengan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
Panaskan minyak masak, daging hingga berubah warna. Angkat dan ketepikan.
Gunakan minyak yang sama, tumis rempah penumis bersama hirisan bawang besar, bawang putih, halia dan serai.
Setelah wangi masukkan pula campuran rempah kari dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
Masukkan cili benggala dan gaulkan rata dengan daging yang ditolak ke tepi tadi.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!