Di musim PKP ni, sebenarnya inilah lebih lama masa bersama keluarga. Makan kacang kuda sambil menonton tv ramai-ramai memang syoklah.
Kacang kuda pedas dengan ikan bilis perggh nikmatnya. Jangan lupa rebus dulu kacangnya ya.
KACANG KUDA PEDAS DENGAN IKAN BILIS
Ads
BAHAN-BAHAN : 300gm kacang kuda – direndam semalaman dan direbus hingga empuk dan tos airnya segenggam Ikan bilis – digoreng (saya guna yang paling kecil – x perlu di kopek) 1 biji bawang besar – dihiris 1 cawan air asam jawa Serbuk cili – letak mengikut selera pedas masing-masing (nak sedap lagi letak cili kisar) 2 pelepah daun kari Garam + gula secukupnya
CARA MEMASAK :
Ads
1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi. 2. Masukkan serbuk cili dan air asam jawa. Biarkan serbuk cili masak dan menjadi pekat. 3. Masukkan gula dan sedikit garam. 4. Masukkan kacang kuda yang siap direbus empuk dan ditos tadi. Biarkan hingga kering. 5. Masukkan daun kari dan akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Menu tomyam dah jadi lauk kebiasaan kita di rumah, memang ramai yang akan buat sendiri. Keebiasaannya kita akan guna perencah segera saja, lebih mudah.
Tapi bagi yang mahu rasa tomyam yang lebih asli tanpa menggunakan perencah segera boleh ikut cara yang dikongsi oleh NurulAin Alaui. Menu ini katanya dibuat hampir setiap minggu kerana anak-anak amat menyukainya.
Bahan : 1 biji bawang besar (potong 4) * 2 ulas bawang putih (diketuk * Serai (ketuk) * Daun limau purut * Tomato (potong dadu) * Cili api (ketuk) * Limau nipis Ayam (potong kecil) Sayur (lobak merah, bunga kobis, kubis, cendawan)
1.Panaskan minyak 2.Tumiskan bahan yang bertanda hingga layu 3.Kemudian masukkan air 4.Bila dah menggelegak, masukkan ayam. Renehkan biar ayam hingga masak 5.Kemudian masukkan aayur. 6.Jangan lupa perah limau nipis, masukkan garam dan serbuk perasa jika suka. 7.Kalau suka daun ketumbar boleh tabur atas. 8.Hidangkan dengan telur dadar, sambal belacan dan timun.
Sumber: NurulAin Alaui
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kuih pau merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentuk bulat serta mempunyai inti di dalam.
Pelbagai jenis yang ada seperti daging, isi ayam, coklat, mentega kacang, kacang merah dan banyak lagi.
Namun untuk mendapatkan bentuk pau yang gebu dan tekstur yang lembut, ada petua yang boleh diikut. Sebenarnya, kuantiti air bergantung pada jenis tepung yang digunakan.
Petua dan tip cara buat kuih pau yang dikongsi Zainoor Aliza Ali ini, diharap dapat membantu mereka di luar sana untuk menghasilkan kejadian pau yang terbaik.
3 ½ cawan tepung gandum (guna tepung cap bunga ros) 2 sudu kecil yis 1 sudu kecil baking powder 2 sudu besar gula 2 sudu besar susu pekat ½ sudu kecil garam 4 sudu besar minyak masak 1 cawan air
RESIPI PAU 3
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum 2 peket yis 3 sudu besar gula 3 ++ cawan air (lebih kurang 770ml) 6 sudu besar minyak masak 6 sudu besar susu tepung
RESIPI PAU 4
BAHAN-BAHAN:
1 peket yis (11gm) 1 cawan air 2 sudu besar gula 4 cawan tepung gandum 2 sudu besar susu pekat 2 sudu besar marjerin 1 sudu teh garam 2 sudu besar minyak masak
RESIPI PAU 5
BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar yis (1 peket 11gm)* 2 sudu besar gula* 2 sudu besar susu tepung* ½ cawan air suam* (* bahan bancuhan) 500gm tepung pau 2 sudu besar minyak masak 1 sudu besar shortening 1 sudu besar baking powder 1 cawan air
1. Uli doh sehingga tidak melekat di tangan (20 minit). Rehatkan doh dan tutup rapat selama 45 minit -1 jam. Biarkan adunan kembang. 2. Bila doh dah kembang, ambil sikit adunan dan bentukkan bebola kecil. 3. Kemudian tekan dan ratakan sedikit di bahagian tengah (canai pun boleh tapi jangan nipis sangat) dan masukkan inti. 4. Setelah itu tutup dan letakkan di atas potongan kecil kertas atau daun pisang. 5. Dah boleh susun dalam bekas kukusan. Biarkan sekejap. Bila air dah mendidih, kukuskan pau selama 7 minit. Balut penutup kukusan dengan kain bagi mengelak wap jatuh ke atas pau. 6. Selepas 7 minit buka penutup pau dan kukus tanpa penutup dalam 2 -3 minit dan tutup api. Rehatkan sekejap pau dalam kukusan sebelum dikeluarkan. 7. Untuk mengelakkan pau mengecut, jangan kukus lama sangat.
1 labu bawang besar | dicincang 1 cawan daging cincang 4 biji kentang | dipotong dadu ½ sudu kecil serbuk lada hitam 2 sudu besar serbuk rempah kari Garam
Tumis bawang hingga terbit bau. Masukkan rempah kari. Kacau dan masukkan daging. Biarkan sekejap. Masukkan kentang dan sedikit air. Bila kentang dah empuk, masukkan lada hitam dan garam.
INTI AYAM: (untuk 1kg tepung)
6 ketul ayam | diambil isi & dipotong kecil 10 biji kentang | dikupas kulit & dipotong dadu 2 labu bawang besar | dicincang halus 4 sudu besar cili kering kisar 6 sudu besar rempah kari ayam 1 kiub ayam Garam
1. Tumis bawang hingga terbit bau. Masukkan cili kisar. Tumis hingga garing. 2. Masukkan rempah kari dan daun kari. Masukkan ayam dan sedikit air. Masukkan kentang dan kiub ayam, masak hingga sedikit kering. Perasakan garam.
INTI COKLAT: (untuk 500gm tepung)
1 cawan serbuk koko 1 cawan gula 1 cawan susu segar 1 cawan minyak masak 2 sudu besar tepung jagung
1. Bancuh kesemua bahan. Basak dengan api kecil. Sentiasa kacau hingga jadi pekat, ketulan lembut dan terbit minyak (macam kejadian kole kacang). 2. Angkat dan biarkan sejuk. Sejatkan minyak sebelum diisi inti ke dalam doh.
NOTA:
1. Lepas doh dah kembang (2x ganda) tak boleh dibiarkan terlalu lama. Doh akan bertambah kembang dan bila dikukus, kuih akan mengecut. 2. Masa isikan inti, tarik ke bahagian bawah untuk tutupkan kuih (buat bunjut). Bahagian bawah akan jadi tebal sedikit. Jadi kena cubit keluarkan sedikit doh di bahagian bawah supaya doh masak sekata. 3. Masa mengukus, penutup kukusan kena balut dengan kain untuk elak air menitis pada kuih. 4. Lepas 7 minit kuih dikukus, buka tutup kukusan dan kukus 2-3 minit tanpa penutup kukusan. 5. Ada beberapa sebab pau mengecut bila dah masak: i) Doh terlebih kembang (overproofing). ii) Kukusan kena balut penutupnya. Kalau kukusan buluh tak perlu balut. iii) Terlebih masa mengukus. iv) Lepas masak, terus buka keseluruhan penutup kukusan. Sebenarnya kena buka sikit-sikit dulu. v) Api dapur tak boleh terlalu besar.
Bila ada kenduri, pastinya kita akan masak dalam jumlah yang banyak. Namun ada juag yang ragu-ragu tentang cara dan teknik memasak nasi ni. Maklumlah, biasanya masak nasi dalam 1-2 pot sahaja sehari. Panduan masak nasi dalam jumlah yang banyak, gebu dan lambat basi yang dikongsi oleh Noorastella Muhamma ni boleh dicuba. Pasti puas hati.
TUTORIAL MASAK NASI PUTIH YG MUDAH, GEBU BERDERAI SEBIJI-BIJI,
TAHAN LAMA, SEDAP DAN WANGI.
1. Isikan air dalam periuk hingga penuh. Masak atas dapur gas hingga mendidih. Ia bertujuan untuk nasi yang tahan lama dan tidak cepat basi.
2. Bila air mendidih, buang air panas tersebut di dalam sinki. Boleh juga letak daun pandan semasa merebus supaya berbau wangi.
3. Lap kering periuk nasi tersebut dan isikan dengan kuantiti beras yang ingin dimasak. Dalam gambar ini, jumlah untuk masak 3 kilo beras sekaligus. Pastikan periuk anda mampu menampung jumlah beras yang ingin anda masak.
4. Basuh bersih-bersih beras yang hendak di masak. Pastikan beras dicuci berkali-kali sampai air basuhan betul-betul jernih dan semua kekotoran/kutu hilang.
5. Setelah siap basuh bersih beras, teknik mengukur sukatan air yang paling tepat adalah dengan menggunakan jari tengah. Masaklah berapa banyak beras pun, 1 kg, 3 kg, 5 kg, 10 kg sekaligus. Tekniknya TETAP SAMA. Ukur menggunakan jari tengah. Tidak perlu ukur beras di bawah dasar periuk, cuma ukur ketinggian air sahaja. Sebelum ukur air, pastikan ratakan dahulu permukaan beras.
6. Kaji beras yg anda gunakan.
Kawan-kawan boleh rujuk gambar jari tengah yang saya ikat gunakan getah untuk memudahkan kawan faham sukatan air beras.
7. Saya gunakan beras biasa. Sukatan air betul-betuldi tengah garisan jari tengah.
8. Masukkan sedikit garam. Bagi jumlah beras 3 kilo, masukkan 2 sudu teh garam. Kemudian ratakan. Garam ini bertujuan agar nasi yang masak menjadi tahan lama, sedap dan kenyal.
9. Kemudian masukkan beberapa helai daun pandan untuk aroma nasi yang wangi dan menyelerakan.
10. Bila nasi sudah masak (suis periuk nasi telah naik), kais-kaiskan nasi supaya nasi masak secara rata. Wap yang terkumpul akan keluar dan nasi tidak akan lembab. Inilah petua menghasilkan nasi yang cantik dan tidak cepat basi.