Jom Sokong Peniaga Kuih Tempatan Menerusi Kempen #Mycadburyflavours 

Bercakap tentang kuih-muih tempatan yang ada di negara kita, kuih apa yang menjadi kegemaran anda? Sebut saja sama ada kuih yang bergoreng, kukus ataupun panggang, semuanya sedap.

Namun perasankah anda, kebanyakan peniaga kuih terdiri daripada golongan berusia yang kurang mahir dengan teknologi perniagaan dalam talian, dan akibat terkesan daripada pandemic Covid-19, hasil jualan mereka telah merosot semasa tempoh perintah kawalan pergerakan.

Dek kerana itu, jenama coklat kegemaran rakyat Malaysia, Cadbury Dairy Milk mengadakan kempen bertemakan #MYCadburyFlavours pada bulan September lepas, untuk menyokong golongan peniaga kuih sebagai komuniti yang memerlukan bantuan dalam pandemik ini.

Jom Sokong Peniaga Kuih Tempatan Menerusi Kempen #Mycadburyflavours 

IKLAN

“Menerusi perbualan dengan peniaga-peniaga kuih tempatan, kebanyakan peniaga gerai tradisional memerlukan sokongan untuk menyerlahkan perniagaan mereka di dalam talian.

“Sebagai jenama yang harus mengadaptasikan kewujudan di era digital, kami memahami situasi mereka dan terpanggil untuk memainkan peranan dalam membantu mempromosikan perniagaan kuih tempatan, dan menyerlahkan usaha mereka dalam meneruskan warisan makanan tempatan,” kata Ketua Pemasaran Mondelez International Malaysia dan Singapura, Arpan Sur.

Di samping itu, peniaga kuih tempatan adalah sumber inspirasi di sebalik perasa baru Cadbury Dairy Milk Pandan Coconut yang dilancarkan baru-baru ini.

IKLAN

Cadbury Dairy Milk Pandan Coconut menyerlahkan aroma pandan dan kelapa yang merupakan ramuan utama pelbagai kuih-muih tempatan yang digemari oleh rakyat Malaysia.

Hasil sokongan dan penyertaan rakyat Malaysia di seluruh negara, kempen #MYCadburyFlavours telah berjaya mencapai kira-kira 16 juta rakyat melalui Facebook dan Instagram, dan 14 juta melalui YouTube, dengan lebih 205 juta impresi merangkumi ketiga-tiga platform tersebut dan menampilkan 58 gerai.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

IKLAN

Kreatif! Comel Je Kuih Cara Manis Dengan Corak Tembikai

Kuih Apam Telur Enak Dimakan Dengan Kelapa Parut

Mesti Cuba Resipi Kuih Lompat Tikam! Simple Tapi Tetap Sedap

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI