Pernahkah anda menikmati cucur yang dihasilkan menggunakan bilis, cili kering daun daun kucai? Jika belum pernah, anda harus cuba. Percayalah anda pasti tak boleh nak ‘move on’ jika cuba. Sedap, cukup rasa dan pedas! Patutlah viral. Sesuai sangat buat sebagai hidangan minum petang ni.
CUCUR IKAN BILIS VIRAL
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
100gm ikan bilis
8 tangkai cili kering
1/2 cawan cincangan daun kucai
Garam secukupnya
Air panas secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Campurkan cincangan kucai dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung.
Ads
2. Sementara itu, potong kecil cili kering kemudian rebus sekejap. Toskan dan tumbuk kasar bersama ikan bilis yang dah dibersihkan.
3. Tuang bahan tumbuk ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul rata.
Ads
4. Tuang air panas (benar-benar panas) ke dalam mangkuk tepung lalu gaul (guna senduk ya, nanti tangan melecur) hingga menjadi adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Air panas ni kena pandai agak kuantitinya.
Ads
5. Biarkan adunan sekejap (dalam 10-15 minit). Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan.
6. Hidangkan panas dengan sos pilihan. Enjoy!!
Info chef: Adunan cucur yang dibancuh dengan air panas akan menghasilkan cucur yang rangup di luar dan lembut dibahagian dalam.
Rupanya tidak susah untuk hasilkan pes inti kacang merahsecara homemade. Hanya dengan kombinasi beberapa bahan, anda boleh hasilkan inti kacang merah yang sedap. Bolehlah gunakan untuk buat Pau, Roti Goreng, Roti Bun, Kuih Bom dan bermacam-macam lagi. Tak perlu dah beli inti kacang merah segera. Buat sendiri tentunya lebih sedap, jimat dan boleh kawal kemanisannya. Jadi bagi anda yang nak buat sendiri, resipi perkongsian saudari Marlia Lia ni boleh dicuba.
RESIPI PES INTI KACANG MERAH YANG MUDAH, SEDAP & TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Basuh dan bilas kacang merah yang sudah direndam semalaman. Guna kacang merah yang bulat kecil begini. Bukan kidney beans @ kacang merah yang kita buat ABC.
2.Rebus kacang merah hingga betul-betul empuk dan lembut bersama daun pandan.
3.Tambah air panas beberapa cawan lagi jika kacang masih belum empuk.
4.Apabila kacang sudah empuk, sejukkan seketika sebelum dikisar halus di dalam mesin pengisar.
5.Masak semula kacang yang dikisar tadi bersama gula, marjerin, shortening dan garam. Guna api sederhana dan kerapkan kacau supaya tidak hangus. Masak sehingga likat.
6.Sejukkan inti kacang merah sebelum disimpan dalam bekas bersesuaian.
INFO: Marjerin @ mentega digunakan untuk bagi rasa lemak. Boleh gantikan dengan minyak jagung atau minyak masak. Shortening pula fungsinya untuk jadikan inti kelihatan cantik berkilat.
Sedapnya KuihBako Ubi Kayu ni. Ada juga yang memanggil Kuih Boko Ubi Kayu. Menurut empunya resipi, saudari SuiSan Aliezsha, resipi ini adalah dari neneknya dan merupakan warisan dari orang tua dulu-dulu. Memang asli. Patutlah nampak sedap. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH BAKO & LEPAT UBI KAYU
BAHAN LAPISAN BAWAH:
2 ketul ubi kayu segar – guna ubi segar. Jangan guna ubi yang dah masuk angin supaya kuih tidak jadi pahit Gula merah dan gula pasir secukupnya Air suam secukupnya 1 sudu makan kanji ubi kayu ( dapat masa beningkan air perahan ubi kayu)
CARA MEMASAK:
1. Kupas ubi kayu dan parut guna mesin kelapa. Kemudian perah air parutan ubi guna tuala bersih.
2. Asingkan air dan parutan ubi tadi. Biar air perahan seketika bagi mendapatkan kanji. Ambil kanji tersebut dalam 1 sudu makan. 3. Bancuh gula merah dan gula pasir dengan air suam dan tapis. Sukatan agak-agak sahaja ikut kemanisan yang dikehendaki. 4. Masukkan campuran air gula merah ke dalam parutan ubi yang siap diperah dan gaul sebati. 5. Masukkan 1 sudu makan kanji ubi dan gaul sampai sebati. Jadi tidak perlu guna tepung ubi untuk campuran lapisan bawah ini. ( uwan cakap kanji tu lagi ori dari tepung ubi) 6. Sediakan talam, ratakan ubi dalam talam. Pastikan tidak tebal dan agak nipis. Kukus selama 25 minit-30 minit bergantung pada api gas masing-masing. (ubi dah masak akan jadi warna coklat gelap)
1. Gaul santan dengan tepung gandum, kemudian masukkan garam halus. Gaul sebati dan pastikan rasa lemak-lemak masin. 2. Tapiskan santan. Kemudian tuangkan ke dalam talam ubi yang telah siap dikukus tadi. 3. Kukus semula dalam 15-20 minit hingga agak-agak santan dah kental. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
BAHAN LEPAT UBI KAYU:
Daun pisang secukupnya 2 ketul ubi kayu segar – – guna ubi segar. Jangan guna ubi yang dah masuk angin supaya kuih tidak jadi pahit Gula merah dan gula pasir secukupnya Air suam secukupnya 1 sudu makan kanji ubi kayu ( dapat masa beningkan air perahan ubi kayu)
CARA MEMASAK:
1. Kupas ubi kayu dan parut guna mesin kelapa. Kemudian perah air parutan ubi guna tuala bersih. 2. Asingkan air dan parutan ubi tadi. Biar air perahan seketika bagi mendapatkan kanji. Ambil kanji tersebut dalam 1 sudu makan. 3. Bancuh gula merah dan gula pasir dengan air suam dan tapis. Sukatan agak-agak sahaja ikut kemanisan yang dikehendaki. 4. Masukkan campuran air gula merah ke dalam parutan ubi yang siap diperah dan gaul sebati. 5. Masukkan 1 sudu makan kanji ubi dan gaul sampai sebati. Jadi tidak perlu guna tepung ubi untuk campuran lapisan bawah ini. ( uwan cakap kanji tu lagi ori dari tepung ubi) 6. Layur daun pisang. Masukkan 2 sudu makan campuran ubi kayu. Ratakan dan lipat kemas-kemas.
7. Susun dalam periuk kukusan dan kukus dalam 20-25 minit ikut api gas masing-masing.
8. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Nota: Selamat mencuba resipi dr uwan saya. Doakan beliau dipanjangkan umur agar kami dapat menumpang kasih seorang mak. Moga ilmu yang dikongsi ini bermanfaat buat generasi akan datang.