Telur dadar yang rangup memang sedap. Barulah sedap dimakan bersama nasi. Cukup lengkap rasanya. Telur dadar selalunya menjadi pelengkap dalam hidangan lauk bersama nasi. Misalnya, makan sup ayam, ada telur dadar. Makan lauk kari ikan, ada telur dadar.
Jom kita lihat resipi telur dadar yang rangup dan sedap rasanya.
TELUR DADAR GARING
Ads
BAHAN-BAHAN
Minyak masak
2 biji telur ayam
1 sudu besar tepung beras
2 sudu besar air
Garam secukupnya
Ads
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
2. Sementara itu, di dalam mangkuk, satukan telur ayam, tepung beras, air dan garam.
3. Pukul semua bahan dalam mangkuk itu sehingga kembang.
4. Tuangkan sedikit demi sedikit adunan ke dalam minyak masak yang panas.
5. Biarkan kering, kemudian terbalikkan.
6. Selepas garing, matikan api. Angkat dan letakkan ke atas tisu dapur seketika. Siap!
Ads
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bila makan di restoren perasan tak telur dadar yang dibuat gebu dan tebal. Tapi bila kita msak di rumah jadi leper saja.
Untuk pengetahuan untuk buat telur dadar yang tebal ini ada bahan lain yang perlu diisi barulah menjadi. Tukang masak De Havoc berkongsi resipi dan tip untuk hasilkan telur dadar gebu, makan sepotong pun dah kenyang.
Bahan-bahan:
7 biji telur
Sedikit soda bikarbonat
Sedikit baking powder
Kicap sotong
Bawang dihiris dadu
Cili – dihiris
Biasa tauhu telur dimasak sup je kan? Sebenarnya ada menu berkuah lain yang sedap dimasak menggunakan tauhu telur ini. Saudari Raihanatu Zie ada kongsikan resipi Sizzling Tauhu Telur yang cukup sedap dan mudah yang boleh anda cuba. Rasanya tidak pedas, pasti kena dengan selera anak-anak. Jom cuba!
CARA MASAK SIZZLING TAUHU TELUR
BAHAN-BAHAN: 3 tiub tauhu telur Capsicum merah secukupnya Capsicum kuning secukupnya Bunga kubis secukupnya Cendawan shiitake – beli online disini 1 sudu makan lada putih – beli online disini 1 sudu makan kicap cair – boleh guna kicap masin – beli online disini 1 sudu makan sos tiram – beli online disini 1 sudu makan minyak bijan – beli online disini Tepung jagung secukupnya – beli online disini Sedikit bancuhan tepung jagung Hirisan daun bawang (additional) Minyak masak secukupnya Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Potong semua sayur-sayuran dan tauhu telur.
2. Salut kepingan tauhu telur bersama tepung jagung. 3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng kepingan tauhu telur tadi hingga kuning keperangan. Angkat dan toskan minyaknya. 4. Masukkan air secukupnya. Boleh juga masukkan air rebusan ayam. 5. Bila kuah sudah mendidih, masukkan hirisan sayur-sayuran yang telah dipotong. 6. Letak serbuk lada putih, kicap cair, sos tiram dan minyak bijan. Sebatikan. 7. Seterusnya masukkan tauhu telur yang telah digoreng tadi. 8. Bila sudah mendidih, masukkan air bancuhan tepung jagung. Sebatikan. 9. Tabur daun bawang dan hidangkan segera.
INFO:
Kredit resipi & foto: Raihanatu Zie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Berdarah keturunan bangsawan dari Negeri Perak, Yang Mulia Toh Puan Raja Dato' Seri Utama Noora Ashikin Raja Abdullah yang juga merupakan isteri kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ke-9, Tun Ramli Ngah Talib ini ada berkongsi resipi untuk membuat Rendang Dinding Perak ini.