Jom Buat Stok Sambal Bilis Garing, Senang Nak Makan Nanti Sebab Tahan Lama

Share

Stok sambal memang kena ada. Lagi-lagi jika lidah suka makan sesuatu yang pedas. Nak membuat memang ambil masa sedikit sebab kena goreng satu per satu bahannya seperti bawang, ikan bilis dan cili kering.

Sambal ikan bilis garing ini boleh tahan lama. Sangat sesuai dibuat untuk stok bulan puasa. Kalau buat banyak, boleh tahan sebulan puasa tau.

Jom kita lihat resipinya.

SAMBAL BILIS GARING RANGUP

BAHAN-BAHAN
5 biji bawang merah kecil (dihiris)
Sedikit garam
Minyak masak
100 gram ikan bilis (basuh dan toskan)
80 gram cili kering (basuh dan toskan)
3 sudu besar gula kastor
1 kiub pati ayam

CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk, masukkan bawang merah kecil. Kemudian masukkan garam. Gaul sebati. Ketepikan.
2. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Goreng bawang merah kecil tadi. Ketepikan.


3. Dalam minyak masak yang sama, goreng ikan bilis pula. Angkat dan ketepikan.


4. Akhir sekali, dalam minyak masak yang sama, gorengkan cili kering. Angkat dan ketepikan.


5. Dalam pengisar kering, masukkan cili kering dan sedikit garam, gula dan kiub pati ayam. Kisar kasar.

Kisar agak-agak jadi begini.

6. Masukkan cili kering kisar dalam mangkuk.


7. Masukkan pula ikan bilis.


8. Akhir sekali, masukkan bawang goreng ke dalam mangkuk tadi.


9. Gaul rata semua bahan dalam mangkuk ini supaya bersatu cita rasanya. Cuba rasa sedikit. Jika ingin menambah manis atau masin, boleh tambah gula atau garam lagi.


10. Bolehlah simpan dalam botol.

Selamat mencuba!

Untuk detail, boleh tonton video cara memasak di bawah.
https://youtu.be/JYVHr73vk-Ihttps://youtu.be/JYVHr73vk-I

Sumber: Nurul Jannah

Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi

IKLAN