Ads

Jom Buat Sendiri Keropok Lekor Homemade, Senang Je dan Sedap Pula Tu

 

Petang-petang selalu teringin nak makan sesuatu yang ringan-ringan. Kalau hujan, nak keluar beli keropok lekor kan susah. Jom buat sendiri. Senang je. Rasa pun sedap.

KEROPOK LEKOR HOMEMADE

Jom Buat Sendiri Keropok Lekor Homemade, Senang Je dan Sedap Pula Tu

Ads

Bahan-bahan
500 gram isi ikan sardin
2 ulas bawang putih
Sedikit maggi cukup rasa
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
Air untuk merebus

Ads

Caranya membuat
1. Satukan isi ikan sardin, bawang putih dan maggi cukup rasa. Kisar sampai betul-betul halus.
2. Lepas tu campurkan dengan tepung ubi dan tepung gandum. Tambahkan sedikit air. Uli sampai menjadi doh dan dapat dibentuk.
3. Didihkan air. Rebus keropok lekor tadi sampai timbul atau terapung. Angkat dan biarkan sejuk seketika.
4. Potong-potong ikut selera masing-masing dan siap untuk di goreng.

Ads

Resipi oleh Melia dari Telegram KakiMakan

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Akhirnya Warga Asing Dihalang Beli Minyak Masak Bersubsidi, Tapi Kenapa Baru...

Akhirnya Warga Asing Dihalang Beli Minyak Masak Bersubsidi, Tapi Kenapa Baru Sekarang? 1 Mac 2026 bakal jadi tarikh penting dalam kalendar rakyat Malaysia,  terutamanya mak-mak dapur dan peniaga kecil yang setiap hari bergantung kepada minyak masak bersubsidi untuk kelangsungan hidup dan perniagaan.