Jom Buat Mi Bayam Homemade Simpan Dalam Peti Boleh Tahan 2 Minggu

Share

Buat sendiri mi bayam gerenti bersih dan sihat. Sesuai untuk anak-anak yang kurang gemar makan sayur.

MI BAYAM

BAHAN-BAHAN

  • 1kg tepung gandum
  • 20gm garam
  • 1 biji telur
  • 420ml air sayur bayam
  • Minyak masak

 

CARA MENYEDIAKANNYA:

1. Tepung gandum diayak. Masukkan dalam mangkuk adunan.

2. Di bekas yang lain campurkan air sayur bayam, garam dan telur. Kacau sebati.

 

3. Selepas itu masukkan air bancuhan sayuran dalam tepung. Sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.

 

4. Masukkan dalam mesin khas untuk leperkan nipis dan licin.

 

5. Masukkan pula ke dalam mesin mi.

 

6. Didihkan air dalam kuali. Boleh masukkan mi bila air mendidih.

7. Bila mi mula timbul, angkat dan toskan.

 

8. Gaul mi dengan minyak masak supaya tidak melekat.

INFO:

  1. Kisar bayam dan tapiskan untuk dapatkan air bayam.
  2. Kalau tidak ada mesin me boleh buat cara manual. Canai ikut ketebalan yang diingini dan potong guna pisau.
  3. Simpan mi yang sudah siap dalam peti sejuk (bahagian bawah) dalam bekas kedap udara.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Niyah Abd Karim

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

IKLAN