Lepat ubi adalah salah satu kuih masyarakat Melayu yang masih disukai hingga ke hari ini. Aroma ubi kayu berama gula melaka ditambah dengan aroma daun pisang dan daun pandan sangat mengimbau suasana kampung halaman.

Dinikmati bersama kopi o panas, sudah semestinya menjadikan hari yang dilalui begitu sempurna. Jom kita lihat resipinya yang dikongsikan oleh Nurul Jannah di facebook Rasa Share Resipi.

LEPAT UBI KAYU LEMBUT BERLEMAK

Jom Buat Lepat Ubi Kayu, Rasa Lemak Manis Sungguh Mengasyikkan!

BAHAN-BAHAN
670 gram ubi kayu parut
1 1/2 cawan gula merah thai
1 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
1/2 cawan santan pekat (jenama Kara)
Daun pisang secukupnya

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Lap daun pisang dan sapukan dengan sedikit minyak masak supaya kuih tidak melekat pada daun pisang selepas siap masak nanti.
2. Parut ubi kayu dan masukkan dalam bekas besar.

Jom Buat Lepat Ubi Kayu, Rasa Lemak Manis Sungguh Mengasyikkan!
3. Perah ub kayu parut. Buang airnya. Kalau tidak dibuang, lepas ubi akan jadi pahit.
4. Selepas perah, timbang ubi kayu tadi seberat 670 gram. Ketepikan sebentar.
5. Masak air gula. Dalam kuali, masukkan gula merah Thai, air, daun pandan, gula pasir dan garam. Masak dengan api sederhana. Kacau selalu sehingga gula larut dan air gula jadi agak pekat. Tutup api dan tapi air gula ini.
6. Tuangkan air gula ini ke dalam mangkuk berisi ubi kayu parut tadi. Gaul supaya air gula sebati dengan ubi kayu parut.

Jom Buat Lepat Ubi Kayu, Rasa Lemak Manis Sungguh Mengasyikkan!
7. Masukkan pula santan. Gaul lagi supaya sebati.
8. Ambil sekeping daun pisang. Letakan dua sudu adunan ubi kayu parut. Lipat daun pisang kemas-kemas.

IKLAN

Jom Buat Lepat Ubi Kayu, Rasa Lemak Manis Sungguh Mengasyikkan!
9. Ulang sehingga habis adunan ubi kayu habis. Susun lepat dalam periuk pengukus.

Jom Buat Lepat Ubi Kayu, Rasa Lemak Manis Sungguh Mengasyikkan!
10. Kukus selama 25 minit. Pastikan air kukusan dan betul-betul mendidih barulah diletakkan lepas ubi. Siap!

IKLAN

Selamat mencuba!

Nak lihat lebih detail teknik memasak dan membungkus lepat ubi kayu, boleh tonton video di bawah.
https://youtu.be/LCf6s-sIo0o

Sumber: Nurul Jannah melalui Rasa Share Resipi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI