Melalui facebook page Rasa Share Resipi, Iedaa Jahaya berkongsi membuat Japanese Milk Bread. Bahan-bahannya tidak susah. Nampak pun sedap.
Sesuai untuk dimakan ketika waktu santai seperti minum petang. Jom try buat.
JAPANESE MILK BREAD
BAHAN-BAHAN
50 ml whipping cream
170 ml air dari peti ais
300 gram tepung high protein
25 gram marjerin
1 sudu kecil yis
1 sudu besar susu pekat
CARA MEMBUAT
1. Sebatikan semua bahan.
2. Uli dalam bread maker atau uli guna tangan.
3. Uli sehingga jadi doh.
4. Perap selama 30 minit.
5. Keluarkan doh dari bekas
6. Bahagi kepada 2 bahagian. Letak warna pilihan.
Ads
7. Bulatkan. Kemudian rehatkan doh selama 10 minit.
8. Panaskan oven pada suhu 180 darjah dan bakar lebih kurang 25 minit.
9. Bulatkan doh. Susun dalam loyang. Rehatkan lagi 10 minit.
10. Bakar sehingga masak. Selepas masak, taburkan gula esen atas roti.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Maggi Celup sememangnya sinonim dengan rakyat Kelantan. Andai ke restoran makanan Kelantan atau Thailand, pasti akan jumpa menu ini. Selain dinikmati bersama mee segera, anda juga boleh menggunakan mee, bihun atau kuetiau. Sedap! Kuah sup yang panas ditambah pula dengan aneka ramuan serta lauk, menjadikan sajian Maggi Celup ini sangat enak dan mengenyangkan. Lebih padu lagi jika dimakan semasa cuaca sejuk. Waduh… Terasa nikmatnya. Nak cuba? Saudari Afy Al Habibiada kongsikan resipinya.
1. Sediakan 1 periuk sup. Penuhkan air dan masukkan daging buku besar (jangan hiris), tulang, sup bunjut / rempah Siam dan potongan akar daun ketumbar. 2. Selepas daging separa empuk, masukkan perut yang telah dicuci bersih dan ketulan ayam. 3. Perasakan sup dengan secubit dua sahaja garam.Sup perlu tawar untuk kita tambah bahan-bahan lain semasa nak makan.
4. Keluarkan isi sup tadi.Isi ayam perlu digoreng seketika.
5. Carikkan daging dan isi ayam.Hiris nipis perut.
6. Selepas daging, ayam dan perut dikeluarkan dari sup, tambahkan kicap lemak manis, kicap pekat dan sos ikan.
7. Masukkan segenggam taugeh untuk kelainan rasa sup.
8. Warna sup yang menepati citarasa.Teruskan mendidih sup menggunakan api yang perlahan.
9. Dalam periuk berlainan, celur seketika kangkung dalam air mendidih.
10. Seterusnya celur taugeh seketika.
11.Celup mi segera. Boleh juga digantikan dengan kuetiau, bihun atau mi.
12. Mi segera yang siap dicelup. Celur sekadar melembutkan sahaja dan jangan biarkan urat maggi terlebih kembang ye.
13. Lauk yang direbus tadi, dimasukkan ke dalam bekas supaya mudah diambil ketika hendak makan.
14. Inia da seleksi rencah-rencah tambahan yang akan ditambah ke dalam mangkuk Maggi Celup sebelum dimakan. Jumlahnya bergantung pada cita rasa masing-masing.
CARA MENGHIDANG:
1. Masukkan mi segera/ kuetiau/bihun/mi yang telah siap dicelup ke dalam mangkuk. 2. Sendukkan kuah sup yang panas berasap. 3. Tambahkan serba sedikit bahan rencah.
4. Kacau rata. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!
Sup Telur Chinese Style tambah dengan crab stick lagi sedap. Buat menu macam ni tak perlu makan dengan nasi, ratah macam tu pun pasti tak cukup semangkuk.
Sesuai juga jadi hidangan buat yang rasa tak sedap badan. Yang penting skill pecahkan telur supaya tidak bergumpal.
Memang sedap dan menyelerakan, rugi kalau tak cuba.
Hidangan yang menggabungkan roti canai segera bersama inti daging keema serta keju di dalamnya. Dalam setiap gigitan akan terasa keenakan rempah dari daging keema dan rasa keju yang enak. Paling penting, gunakan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk mendapatkan regangan yang sempurna dan meningkatkan rasa dalam masakan. Keju ini memiliki tekstur yang lembut, kenyal dan berkrim dengan kandungan tenusu asli berkualiti tinggi dari Australia. Bila tarik tu, memang meregang cantik. Jom cuba.