Bebola ikan atau selalunya kita panggil fish ball sangat sedap kalau dimasak sup. Boleh juga jadi pelengkap pada hidangan sayur. Kalau nak buat sendiri bebola ikan, RASA kongsikan resipinya.
Ads
BEBOLA IKAN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
300 gram isi ikan tenggiri
2 sudu teh tepung jagung
1/2 – 3/4 cawan air sejuk (dalam peti)
Garam secukup rasa
1/2 Sudu teh serbuk lada sulah
Ads
CARA MEMBUAT
1. Kikis isi ikan menggunakan sudu ceramik. Ambil isinya sahaja.
2. Kisar isi ikan sehingga lumat.
3. Masukkan tepung jagung, garam dan lada sulah. Gaul sebati.
4. Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga adunan mendapat tekstur yang tidak likat sangat dan tidak lembik sangat. Lebih kurang macam adunan cekodok pisang.
5. Kemudian keluarkan adunan dan masukkan ke dalam besen kecil. Basahkan tangan dan ambil adunan sedikit demi sedikit. 6. 6. Adunkan doh ikan tadi dalam besen berulang kali sehingga anda rasa adunan menjadi kenyal, berkilat dan licin.
7. Semakin lama adunan dipukul, semakin kenyal tekstur bebola ikan anda.
8. Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bebola seperti di dalam gambar.
9. Ambil bebola ikan menggunakan sudu dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk yang telah dibancuh dengan 1 sudu garam. Rendam selama 15 minit.
10. Didihkan air dan masak bebola ikan sehingga terapung. Kemudian toskan airnya dan dimasak mengikut citarasa.
Ads
Nota: Bebola ikan ini enak dinikmati bersama sup sayur, yong taufu. Boleh juga dijadikan penambah rasa dalam sajian nasi atau mi goreng. Boleh disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa.
Ada orang suka berbuka puasa dengan hidangan yang kering seperti sambal. Salah satunya adalah sambal ikan yang dimasak dengan bunga kantan.
Kalau korang pencinta masakan tradisional mesti suka makan ikan goreng kemudian buat sambal cili kering. Rasanya memang terbaik, memukau rata sementelah lagi ditambah dengan bunga kantan, aduhai memang sedap sungguh. Nak tau macam mana sedapnya, kenalah cuba menu ni.
SAMBAL IKAN BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
500 gram ikan sardin | potong dua atau tiga bersihkan dan tos
2 kuntum bunga kantan | hiris
6 ulas bawang merah | hiris
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
15 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ikan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, setelah panas masukkan ikan. Goreng hingga garing angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan hirisan bawang merah bersama bahan kisar hingga wangi dan garing.
5. Masukkan air asam jawa dan perasakan tumisan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Kecilkan api, kemudian masukkan ikan goreng gaul rata.
7. Seterusnya taburkan hirisan bunga kantan, gaul rata. Tutup api.
8. Sambal ikan sedia dihidangkan panas-panas bersama nasi putih.
Tekak terasa nak makan kari. Kari sardin paling mudah nak buat. Tambah lagi tidak menggunakan santan. Kuah pekat kari ni dimakan dengan nasi panas memang tidak cukup sepinggan nasi.
Pilihan rempah yang halal dan berkualiti menjadikan kari sardin anda lebih menyelerakan.
Boleh juga dimakan dengan roti paratha atau roti biasa.Sedap ya amat, sama macam dekat kedai mamak.
1. Masukkan bahan-bahan yang perlu ditumis ke dalam kuali. Masak sehingga naik bau dan kekuningan. 2. Kemudian, masukkan tomato, lobak merah dan kentang.
3. Bila tomato dah lembik, masukkan serbuk kari ikan. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air, garam, serbuk perasa dan tunggu sehingga pecah minyak.
5. Tambahkan 2 cawan air dan biarkan ia mendidih seketika. 6. Bila dah mendidih, masukkan ikan sardin yang sudah digoreng. 7. Siap! Sedia untuk dimakan.
Periuk tekanan atau ‘pressure cooker’ memang jadi penyelamat bila nak masak hidangan yang biasanya ambil masa lama seperti rendang daging, sup tulang dan lain-lain. Tapi sebenarnya, banyak lagi resipi mudah yang boleh dimasak guna periuk ni. Jom tengok dan cuba sendiri – confirm senang dan menjimatkan masa!
Pukul telur, gula, mentega dan esen vanilla hingga sebati.’
Kemudian masukkan tepung. Adun rata.
Bahagikan adunan kepadaq dua bahagian. Satu pada adunan asal dan satu bekas ditambah dengan serbuk koko.
Tuang adunan berselang seli ke dalam acuan.
Alas inner pot dengan redai besi. Letak acuan dan tutup periuk.
Selaraskan tombol pressure, set ‘high pressure’ selama 60 minit.
Buka periuk dan lihat kek. Jika permukaan kek nampak perang, tandanya kek telah masak. Boleh juga dicucuk dengan lidi untuk memastikan kek masak sempurna.
8 ekor ikan selayang | dibuang kepala dan ekor, bersihkan
1 cawan puri tomato
2 biji tomato cincang
1 biji bawang besar | hiris kasar
5 ulas bawang putih | cincang
1/3 cawan minyak
1 sudu halba campur | kalo tak suka boleh skip atau letak sikit je
Sedikit air | jumlah agak-agak supaya tak kering dan melekat pada periuk
CARA MEMASAK:
Tumis bawang besar hingga wangi dan masukkan bawang putih.
Masukkan tomato cincang dan ikan.
Masukkan puri tomato dan halba campur.
Masak dengan api sangat perlahan. Saya guna periuk ajaib. Saya masak selama 8 jam sampai tulang lembut. Sambil-sambiltu check air supaya tak melekat ikan kat periuk. Boleh guna slow cooker.
Boleh frozen kan. Masuk dalam pek kecil dan bekukan. Ambil satu setiap kali masak
Nota 1: saya tak letak garam atau gula ya. Boleh tambah jika suka
Nota 2 : Kalau guna noxxa, masak ‘high pressure’ dalam 90 minit.
Nota 3 : Air jangan banyak sangat. Sekadar untuk bagi ikan tak melekat pada periuk. Check air selalu. Kalau air banyak sangat ikan mudah hancur.
Resipi Udang Sambal Kantan yang padu, beraroma dan menggoda selera! Gabungan udang galah segar, bunga kantan, dan kuah sambal pekat menjadikan hidangan ini lauk kampung yang wajib dicuba.