Jimat, Murah & Pantas Telur Hancur , Pedas Menyelerakan.

Share

Menu cepat dan murah disediakan bila kita tengah lapar. Sesuai untuk sarapan pagi atau makan malam.

TELUR HANCUR

BAHAN-BAHAN:

  • Telur
  • Bawang merah-dihiris
  • Bawang putih-dihiris
  • Cili merah-dihiris
  • Cili hijau-dihiris
  • Kubis bunga-potong kecil
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk perasa/kiub pati ayam

CARA MEMASAK:

1. Satukan bahan-bahan seperti sedikit bawang merah, cili merah, cili hijau, kubis bunga dengan telur. Agak-agak berapa banyak telur bersalut dengan bahan-bahan lain.

2. Perasakan dengan garam, gula, sedikit serbuk kunyit dan serbuk perasa.

3. Tumiskan bawang putih dan merah sehingga agak garing. Angkat dan ketepikan.

 

3. Panaskan sedikit minyak. Masukkan telur yang sudah disatukan dengan bahan-bahan lain ke dalam kuali. Goreng sampai telur sebati.

4. Selepas itu masukkan bawang yang digoreng tadi. Kacau sampai sebati.

INFO: 

  1. Jika suka boleh lebihkan bawang dan tukar cili besar ke cili padi untuk lebih pedas.
  2. Boleh makan dengan nasi anas atau roti putih.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Adam Batrisyia Delisha

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI: 

IKLAN