
Jom kita mengembara ke Sri Lanka! Okaylah, kita cuba resipi ‘rare’ dari Sri Lanka iaitu Bread Kottu Spicy, makanan jajan yang popular di sana.
Resipi yang dikongsi oleh Julia ALeen Aireish ini, mirip dengan makanan India Selatan, mempunyai rasa dan perisa tersendiri.
KOTTU – ROTI GORENG PEDAS

BAHAN-BAHAN :
5 keping roti | dipotong
1 sudu makan rempah kari | dibancuh dengan sedikit air
1 sudu makan chili flake
1/2 biji bawang holland | potong dadu
1/2 batang lobak merah | potong dadu
1 biji ubi kentang saiz besar | dipotong seperti jejari
1 tangkai daun kari
2 biji cili api | dipotong
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk maggi cukup rasa
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
Sedikit air (jika perlu)
CARA-CARANYA:
1. Roti yang telah dipotong dibakar 20 minit, saya bakar guna airfryer suhu 120C.
2. Kentang yang dipotong jejari digoreng dahulu hingga masak.

3. Panaskan minyak, tumis bawang holland hingga layu kemudian masukkan cili api. Selepas itu masukkan lobak merah dan rempah kari kacau hingga pecah minyak.

4. Saya masukkan sedikit air panas agar tidak terlalu kering, letak serbuk maggi secukup rasa, cili flakes dan telur kacau-kacau dan rasa secukupnya.
5. Kemudian masukkan roti bakar bersama dengan kentang goreng gaul merata dan sebati. Sedia dinikmati panas-panas wow sangat berapi.

Kredit resipi: Julia ALeen Aireish
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Mudah. Resipi Pengat Bebola Durian Best Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Paprik Ayam Resipi Sedap Untuk Berbuka. Mudah DiMasak

Paprik ayam yang dikongsikan wirawati negara ini cukup istimewa sekali. Penggunaan tiga sos iaitu sos cili, sos tiram, sos tomato dan kicap memberikan rasa sedap yang padu.
Ada pulak ramuan sayur-sayuran lobak merah , jagung muda dan bunga kubis, memang cukup berkhasiatlah. Jom cuba cepat dimasak, sedap dimakan
RESEPI PAPRIK AYAM
BAHAN-BAHAN :
6 ketul Ayam | boleh guna bahagian kepak dipotong kecil
Bahan A (dikisar semua dengan sedikit air):
👉 1 biji bawang merah besar
👉 3 ulas Bawang putih
👉 6 tangkai cili kering (rendam dgn air pnas)
Bahan B :
👉 2 sudu mkn sos cili
👉 2 sudu mkn sos tiram
👉 1 sudu mkn sos tomato
👉 2 sudu mkn kicap manis utk pewarna
BAHAN C:
👉 1 batang lobak merah
👉 bunga kobis (ikut byk mna nk letak) sy xda bunga kubis jd sy pkai brokoli😂
👉 2 batang Baby corn (anak jagung muda)
👉 2 batang serai dititik
👉 4 helai daun limau purut (buang urat tgh)
👉 2 tangkai cili padi merah (diketuk atau belah tgh)
👉 2 tangkai cili padi hijau (diketuk atau belah tgh)
👉 1 biji bawang holland potong bulat @ potong ikut suka😂
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan A dgn sedikit minyak sehingga masak @ pecah minyak, masukkkan semua bahan B tambah sedikit air.
2. Kemudian masukkan ayam. Biarkan didih sekejap, kemudian tmbahkan perisa garam, gula n ajinomoto(optional) secukup rasa biarkn menggelegak dulu.
3. Agak ayam dh separuh masak, baru masukkn semua Bahan C sayur, serai dan daun limau purut yg dibuang urat tengah.
4. Biarkan menggelegak seketika, kemudian masukkan bawang holland dan cili padi. dah masuklan semua bahan, biarkan bersatu dlm kuali dan biarkn semua mengelegak dlm 3 ke 4 minit.
5. Jangan masak lama² nanti sayur terlampau layu jadi tak sedap.. dah boleh tutup api.. siap blh hidang..
Kredit: wirawati negara
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA VIDEO MASAK INI :
DAN JUGA RESIPI INI:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Korang Ada Stok Daging Kisar ?… Ni 5 Idea Terbaik Kudapan Arab .

Daging kisar atau cincang kalau ada banyak stok kat peti sejuk, memang terbaiklah. Macam -macam idea menu lazat boleh dibuat. Menu makanan jalanan @ street food orang Arab banyak menggunakan daging cincang/kisar dalam ramuannya. Jamu pada tetamu yang datang di musim raya, pun best nih.
Sedap berempah, aromanya pun boleh kecur air liur. Ni 5 resipi makanan gerai dan kudapan Arab paling laris dan paling meletop.
1. SHAWARMA DAGING

BAHAN-BAHANNYA :
- 500 gm daging kisar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh paprika
- 1 sudu teh serbuk cili
- 2 ulas bawang merah | dicincang
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- Garam secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa
- 2 sudu makan minyak untuk menumis
- 5 keping roti Arab | untuk digulung
BAHAN (tambahan inti) :
- 1 biji tomato | dihiris
- Sedikit daun salad | dihiris
- 2 biji jeruk timun
- 50 gm buah zaitun | dihiris
- Sedikit kentang goreng yang telah digoreng.
- 2 sudu makan mayonis
- 1 sudu makan sos cili
CARA MEMASAK :
1. Goreng bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar,paprika dan serbuk cili, garam dan serbuk perasa.
3. Gorengkan sehingga air daging kering.
4. Kemudian sejukkan sebentar.
5. Setelah sejuk, sediakan roti arab, masukkan daging, salad, tomato, jeruk timun, buah zaitun, kentang goreng mayonnaise dan sos cili.
6. Gulungkan ia dan masukkan ke dalam kuali leper atau dapur pemanggang dan biarkan ia masak.
7. Biarkan ia masak lebih kurang 3 minit dan balikkan kedua dua belah.
8. Setelah masak boleh dihidangkan bersama kentang goreng.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan Panggang
Jenis masakan : Ala sandwic
Keistimewaan : Inti daging berempah dengan gulungan roti Arab yang enak
Anggaran kos :RM 20
Info Chef : Resipi yang sama boleh juga digunakan untuk inti ayam. Jika ikut cara tradisional Arab, boleh diletakkan batu berbalut aluminium untuk menindih atas pemanggang supaya ia lebih mampat dan cepat masak.
2. BEBOLA DAGING KAMBING KEBAB DAN CENDAWAN BUTANG

BAHAN-BAHANNYA :
- 500 gm daging kambing kisar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 biji telur | dipecahkan telur dan kacau
- 300 gm serbuk roti
- 2 ulas bawang merah| dicincang
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- 10 cendawan butang segar- dihiris dua atau empat
- Garam secukup rasa
- Sedikit perasa
Bahan perapan :
- Setangkai herba thymes | dilurutkan daunnya
- Setangkai herba rosemary | dilurutkan daunnya
- 1 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu makan serbuk paprika
CARA MEMASAKNYA:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam bekas adunan seperti daging kisar, jintan manis, jintan putih, serbuk etumbar, herba thymes, rosemary, serbuk roti, bwang merah, bawang putih, garam dan perasa.
2. Gaulkan dengan sebati dan masukkan telur tadi sebagai bahan pelekat supaya mudah dijadikan bebola.
3. Setelah disebatikan jadikan daging tadi sebagai bebola dan bakar di dalam oven dalam suhu 180 c, selama lebih kurang 15 minit. Masak separuh sahaja.
4. Kemudian setelah masak perap bebola daging kambing dan cendawan sebentar dengan bahan pemerap thymes dan rosemary. Cucukkan bebola daging berselang seli cendawan.
5. Kemudian bakar lebih kurang 1o mint dan sedia untuk dihidangkan bersama yogurt kambing.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Panggang
Jenis masakan : Kebab
Keistimewaan : Daging berjus dan gabungan cendawan segar nyata lazat
Anggaran kos :RM 35
Info Chef : Anda boleh juga mencucukkan tomato ceri, timun, bawang jika mahukan variasi dalam sajian kebab ini.
3. MUTTABAQ

BAHAN-BAHANNYA :
Bahan Inti Muttabaq:
- 500 gm daging kisar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu kecil
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- 2 tangkai daun pudina
- 2 tangkai daun ketumbar
- 1 biji cili benggala hijau | dipotong dadu
- 2 biji telur
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan roti :
- 1 1/2 cawan marjerin
- 3 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- 1 1/2 cawan air
CARA MEMASAK :
Inti daging Mutabbaq
1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar,paprika dan serbuk cili, daun pudina, cili benggala hijau garam dan serbuk perasa.
3. Gorengkan sehingga air daging kering.
4. Kemudian sejukkan sebentar.
5. Masukkan 2 biji telur untuk jadi pelekat.
Cara-cara membuat lapisan Mutabbaq
1. Masukkan kesemua bahan lapisan muttabaq.
2. Uli doh itu tadi sehingga lembut.
3. Biarkan rehat seketika.
4. Uli doh dengan penguli doh dan leperkan menjadi bulat sehinga menjadi betul-betul nipis.
5. Kemudian masukkan inti daging tadi dan lipatkan menjadi 4 segi.
6. Masak di dalam kuali leper dengan sedikit minyak.
7. Balikkan apabila ia menjadi keperang-perangan.
8. Masak sehingga ia betul masak di kedua belah.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng dengan minyak sedikit
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Inti daging berempah dengan ramuan daun pudina
Anggaran kos :RM 25
Info Chef : Boleh dimakan dengan yogurt atau sos tomato dan cili cili. Inilah nama asal murtabak, iaitu Muttabaq yang bermaksud dibungkus. Inti daging yang dibungkus.
4. SAMBOOSA

BAHAN-BAHAN :
Bahan Inti:
- 500 gm daging kisar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu kecil
- 1 ulas bawang putih dicincang
- 2 tangkai daun pudina
- 2 tangkai daun ketumbar
- 1 tangkai daun parsli
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak untuk menumis
- Beberapa kulit popiah
- 1 mangkuk minyak untuk menggoreng
Bahan membuat gam :
- 2 sudu makan air
- 4 sudu makan tepung gandum
Cara-cara membuatnya:
1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, daun pudina, ketumbar, daun parsli dan garam.
3. Gorengkan sehingga air daging kering.
4. Kemudian sejukkan sebentar.
5. Keluarkan sehelai kulit popiah. Masukkan inti ke dalam dan lipat 3 segi.
6. Gamkan lipatan dengan campuran air dan tepung supaya inti tidak terkeluar.
7. Goreng samboosa dengan minyak banyak dengan api yang kecil. Kemudian terbalikkan dan biarkan ia masak.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng minyak penuh
Jenis masakan : Kuih, kudapan
Keistimewaan : Inti daging lazat dengan kulit samboosa yang rangup
Anggaran kos :RM 25
Info Chef : Samboosa sinonim dengan masyarakat kita, yang dikenali sebagai samosa.
Selain daging lembu, ayam atau makanan laut juga boleh dijadikan inti.
5. KIBBEH

BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk inti :
- 300 gm daging kisar (inti)
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 biji bawang holland | dicincang halus
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- 2 tangkai daun ketumbar
- 1 sudu teh serbuk kayu manis
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan untuk lapisan luar :
- 300 gm bulgur wheat atau nasi yang telah dimasak
- 3 sudu makan tepung gandum
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, daun ketumbar, garam dan serbuk perasa. Ketepikan sebentar
3. Kemudian campurkan bulgur wheat atau nasi yang telah dimasak tadi, tepung ke dalam daging kisar untuk dijadikan bahagian lapisan luar.
4. Kemudian perasakan dengan garam dan gaul sebati.
5. Bentukkan lapisan luar dengan bentuk bujur kemudian masukkan inti daging tadi ke dalam bentuk bujur tadi.
6. Jadikan ia bentuk bujur dan goreng ke dalam minyak penuh.
7. Goreng sehingga warna bertukar coklat.
8. Angkat dan toskan.
9. Boleh dihidangkan dengan yogurt.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian Arab
Keistimewaan : Inti yang berjus dengan lapisan kulit rangup
Anggaran kos :RM 20
Info Chef : Kibbeh keras di luar dan lembut di dalam. Sesuai dimakan dengan yogurt atau mayonis.

Resipi : CHEF SUHAILI MOHD NOOR
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mi Kari Ala Nyonya. Memang Padu Beb. Wajib Cuba Ni.

Hidangan mi kari ala nyonya yang pastinya tidak muak dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Jika anda menyediakan hidangan ini, apabila kuah sudah siap, angkat keluar asam keping jika rasa kuah sudah masam untuk mengelakkan kuah terlebih masam.
BAHAN-BAHAN:
- 1kg mi kuning
- 500gm ayam | potong kecil
- 1kg kerang | rebus dan ambil isi
- 300gm udang | rebud dan buang kulit
- 2 cawan air rebusan udang
- 10-15 biji bebola ikan
- 3 keping kek ikan
- 4 sudu makan rempah kari ayam | bancuh menjadi pes pekat
- 2 keping asam gelugor
- 1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah | rebus dan lecek halus
- 2 cawan santan pekat
- 2 cawan santan cair | boleh digantikan dengan santan kotak
Bahan untuk rempah tumis:
- 1 batang kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum cengkih
- 5 biji buah pelaga
- 2 tangkai daun kari
Bahan untuk kisar halus:
- 6 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1 batang serai | hiris nipis
- 10 tangkai cili kering | rebus dan toskan air
- 2 sudu makan udang kering | rendam sehingga lembut
Bahan untuk hiasan:
- 4 biji telur rebus | potong dua
- 2 tangkai sawi | potong dan rebus
- Bawang goreng
- Limau kasturi | potong dua
- Taugeh
- Daun bawang
- Cili merah
- Tauhu kering goreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan air sehingga mendidih dan celur mi kuning seketika. Angkat dan toskan.
- Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
- Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. Kemudian masukkan air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
- Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (atau keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Hidangkankan mi bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

