Dapur menjadi lokasi yang menempatkan pelbagai jenis makanan, bermula dari makanan ruji sehinggalah makanan yang dikatakan sebagai makanan ringan. Bagi anda yang mementingkan kesihatan terutama kesihatan jantung, apa kata mulakan sesi ubah suai dapur dengan menempatkan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi tinggi

Minyak masak

Pemilihan minyak masak yang sesuai dan sihat begitu penting bagi memastikan kesihatan jantung berada dalam keadaan baik. Pastikan minyak yang dipilih mengandungi lemak tepu dan lemak trans yang rendah serta mengandungi lemak sihat yang tinggi (Omega-3 dan lemak mono tidak tepu).

Minyak kanola sangat baik untuk kesihatan kerana mengandungi lemak tepu yang rendah berbanding minyak masak yang lain. Minyak kanola juga merupakan sumber lemak Omega-3 yang baik dan mengandungi lemak sihat iaitu lemak mono tidak tepu yang tinggi)

Minyak zaitun mempunyai rasa yang enak dan sangat berkhasiat. Mengandungi lemak mono tidak tepu yang tinggu dan kurang lemak tepu.

Minyak lain seperti minyak bunga matahari atau minyak kacang soya juga boleh digunakan.

Jaga  Kesihatan Jantung Dengan Makanan Berkhasiat Dan Bernutrisi Tinggi

IKLAN

Pemilihan Marjerin

Penggunaan marjerin menjadi kelaziman di dapur untuk sapuan roti, menguli doh atau untuk kegunaan menambah rasa makanan. Oleh itu, pilih jenis marjerin yang mempunyai lemak yang kurang daripada mentega, jumlah lemak tepu yang kecil dan tiada lemak trans.
Marjerin tersebut juga haruslah mempunyai lemak mono tidak tepu atau lemak poli tidak tepu yang tinggi. Sebagai bonus, pilih marjerin yang juga mengandungi lemak Omega-3. Sekiranya anda menyiapkan masakan yang memerlukan marjerin atau mentega cair, anda boleh menggantikan dengan minyak kanola.

Elak Simpan Makanan Ringan

Daripada anda bazirkan ruang dapur dengan makanan ringan yang tidak berkhasiat, anda boleh menggantikan dengan makanan yang lebih bernutrisi dan sihat. Semua makanan ini menjadi alternatif buat sekeluarga daripada menikmati makanan ringan yang tidak mengandungi sebarang nutrisi dan tinggi pula kandungan garam dan lemaknya. Anda dicadangkan:
-Penuhkan pantri anda dengan makanan bijirin yang rendah gula seperti oat dan emping jagung.
-Anda juga boleh menempatkan kekacang yang rendah kandungan garam, biskut rendah lemak atau roti gandum penuh sebagai alternatif makanan ringan.
Di samping itu, anda boleh menyimpan stok makanan yang boleh digunakan untuk masakan yang sihat. Misalnya:
-Mee gandum penuh.
-Beras perang
-Tuna dalam tin (jenis air)
-Tepung gandum penuh
-Kacang dalam tin

Beri Perhatian Pengisian Makanan Dalam Peti Sejuk

Seperti mana pantri atau storan makanan di ruang dapur, isi ruang peti sejuk anda dengan makanan dan minuman yang sihat dan membantu anda menjalani diet yang seimbang. Sebagai cadangan:

IKLAN

Air berkarbonat boleh digantikan dengan air mineral berperisa yang bebas kandungan gula, teh ais bebas kalori, susu rendah lemak, air berkarbonat diet (ambil dengan jumlah minimum) atau air kosong yang diletakkan hirisan lemon segar.

Makanan sejuk beku yang berlemak dan tinggi kandungan gula seperti pai atau pastri, digantikan dengan makanan seperti sayur-sayuran dan daging. Anda juga digalakkan sentiasa menyiapkan stok buah-buahan segar yang boleh dititipkan dalam yogurt mahupun smoothie. Pasti enak, bukan?
Produk wajib untuk kesihatan jantung

Penuhkan peti sejuk dengan rangkaian makanan ‘wajib’ untuk kesihatan jantung anda. Anda boleh mulakan dengan mengisi peti sejuk dengan buah-buahan segar dan tidak dilupa sayur-sayuran kegemaran anda. Di samping itu, anda juga boleh mencuba produk berasaskan gandum penuh seperti roti pita dan pasta. Berikut merupakan cadangan makanan wajib yang harus anda tempatkan di ruang dapur atau peti sejuk anda:

  • Ikan segar atau ikan sejuk beku yang menjadi kegemaran anda.
  • “Daging” vegetarian yang berasaskan soya seperti burger vegetarian atau bebola ‘daging’ dari soya.
  • Produk tenusu yang rendah lemak seperti yogurt rendah lemak dan keju.
  • Susu skim
  • Telur subtitute (rendah lemak)
  • Minuman bebas gula
Jaga  Kesihatan Jantung Dengan Makanan Berkhasiat Dan Bernutrisi TinggiJaga  Kesihatan Jantung Dengan Makanan Berkhasiat Dan Bernutrisi Tinggi
Sumber gambar : 123 royalty free
Ada yang nak menukar blender baru? Jom klik sini 

Elak Terpedaya. Ini 5 Ciri Ayam Suntik Air Supaya Timbangannya Lebih Berat.

IKLAN

Guna 3 Bahan Buat Keju Mozarella

Pisang Punyai Khasiat Tersendiri

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI