Istimewa Sushiwak Diolah Dengan Citarasa Melayu

Share

Buat penggemar sushi, sanggup makan berpinggan bagi memenuhi cita rasa. Terpulang kepada cita rasa anda, banyak pilihan kini di pasaran. Melihat kepada permintaan ini mendorong Izzati Zainal mencebur diri dalam perniagaan makanan sushi dengan jenama Sushiwak.

Saya memilih bisnes ini pada mulanya saya terfikir nak buat sushi versi cita rasa melayu, jadi boleh makan sushi yang fully cook. Resipi ini saya buat R&D sendiri dan cuba buat sampai mendapat cita rasa dengan tekak melayu.

Tercetus idea daripada rakan baik.Rakan saya merupakan agen sushi jenama lain dan dia meluahkan perasan nak buat jenama sendiri. Saya suka mencuba sesuatu yang baru sedangkan sushi pun saya tidak pernah makan.

Saya belajar membuat sushi dari you tube. Berbekalkan RM1000, saya beli barang-barang keperluan membuat sushi dan buat sushi sampai jadi. Lebih 3 kali saya buat dan kali keempat, Alhamdulillah menjadi. Bagi menambah ilmu serba sedikit saya menghadiri kelas membuat sushi.

 

Istimewanya sushi jenama Sushiwak dimasak sepenuhnya dan mengikut cita rasa Melayu. Izzati akui dia cuba dari bawah di mana dari tempahan permulaan 7 roll sehari sehingga sekarang mencapai 1000 sehari.

Tempahan perlu dibuat sehari awal secara online atau whatsapps pada agen yang sah. Penghantaran pula dibuat keesokkan harinya dari 12 tengah hari hingga 6 petang. Sushiwak dijual serata Kuala Lumpur dan Selangor.

Saya sentiasa bersyukur,sikit atau banyak semuanya datang dari Allah. Jom sertai kami menjadi agen sah sushiwak untuk menjana pendapatan.

 

IKLAN