Inti Penuh & Garing, Resipi Kuih Bom Bijan Keledek Ni Memang Terbaik

Share

Sedapnya Kuih Bom Bijan Keledek ni. Jika bab resipi kuih muih tradisional, resipi-resipi perkongsian Opah Mas Cotek memang terbaik. Semuanya nampak sedap dan menyelerakan. Beliau juga tak berkira untuk berkongsi tip buat semua. Bagi anda yang sukakan Kuih Bom Bijan, boleh cuba resipi perkongsian opah ni. Intinya boleh dipelbagaikan ikut cita rasa sama ada nak guna inti kelapa atau inti kacang. Dua-dua sedap. Kata Opah, kuih ini beliau goreng lama sedikit. Hasilnya ia jadi garing diluar dan lembut di dalam. Inti pun penuh. Memang puas makan. Jom cuba!

 

 

RESIPI KUIH BOM BIJAN KELEDEK

BAHAN-BAHAN:

2 cawan keledek siap dilenyek

2 cawan tepung pulut beli online disini

1/2 cawan tepung gandum beli online disini

1 sudu teh garam

Santan secukupnya

Inti kelapa secukupnya

Bijan secukupnya beli online disini

 

CARA MEMASAK:

1.Dalam bekas bersesuaian, satukan keledek, tepung pulut, tepung gandum dan garam. Sebatikan.

2. Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.

3.Bulat doh dan masukkan inti. Jika nak timbang, berat doh adalah 30gm dan berat inti adalah 20gm.

4. Sapu tapak tangan dengan sedikit air. Kemudian golekkan Kuih Bom atas tapak tangan hingga menjadi bulat cantik.

5. Golekkan pula dalam bekas berisi bijan. (cara Opah ialah, spray kuih dengan sedikit air kemudian golekkan dalam bijan)

6. Rehatkan Kuih Bom selama 1-2 jam dalam peti sejuk.

7. Panaskan minyak yang banyak guna api sederhana untuk goreng kuih secara terendam.

8. Goreng kuih sambil golek-golekkan sehingga masak atau bertukar warna.

9. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

IKLAN