Ini Resipi Biskut Cornflakes Rangup Paling Lejen

Share

 

Antara aktiviti menyeronokkan untuk dibuat bersama anak adalah membuat biskut. Salah satu biskut yang senang dibuat adalah biskut cornflakes. Tak perlu nak guna acuan. Boleh kepal-kepal dengan tangan je. Nak buat pun senang. RASA berikan resipi yang paling lejen untuk buat biskut ni.

BISKUT CORNFLAKES RANGUP

BAHAN-BAHAN

  • 3/4 cawan gula kastor
  • 200 gram mentega (suhu bilik)
  • 1 biji kuning telur ayam
  • 1 3/4 cawan tepung gandum (1 cawan + 3/4 cawan)
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 2 cawan cornflakes (ramas kasar)
  • 1/2 sudu teh baking powder

CARA MEMBUAT

  1. Pukul gula dan mentega sampai kembang. Kemudian masukkan kuning telur ayam.
  2. Kemudian masukkan campuran tepung gandum dan tepung jagung. Gaul sebati.
  3. Masukkan cornflakes dan baking powder. Gaul lagi.
  4. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170 darjah selama 10 minit.
  5. Sapu nipis permukaan loyang dengan mentega.
  6. Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sampai habis.
  7. Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah.

 

Selamat mencuba!

Nota: Boleh tambah coklat cip atau ceri jika suka.

Kongsi resipi: Shahira Sharif

IKLAN