Empat menu sayur ini memang memancing selera, wajib buat di rumah sebab ia senang amat sangat. Sesuai untuk anda yang sentiasa dikejar masa tapi nak masak sendiri, inilah idea terbaik. Lagi pun sayur kaya dengan serat, jadi kena cuba dan masukkan dalam list menu diet keluarga. Cuba jangan tak cuba ye..
PAK CHOY BERSAMA FISH CAKE TUMIS SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
2 pokok sawi Pak Choy | potong dua
2 batang fish cake | potong dua hiris memanjang
2 sudu makan sos tiram
1 biji cii merah | hiris memanjang halus
2 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | titik
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan minyak
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
Masukkan hirisan fish cake, kacau seketika, masukkan Pak Choy, kacau rata tambahkan hirisan cili dan sos tiram.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, sayur sedia dihidangkan.
TERUNG GORENG SAMBAL DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
3 biji terung panjang
250 gm daging kisar
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1/2 biji bawang besar | potong dadu
2 ulas bawang putih | cincang halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Terung dipotong dua kemudian belah empat.
Panaskan minyak, goreng terung dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
Tambahkan sos tomato dan daging kisar.
Setelah tumisan kering perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan terung, kacau rata agar terung sebati dengan tumisan daging kisar.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
TUMIS KACANG PANJANG BERSAMA DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
Ads
10 batang kacang panjang | potong 4cm
150gm daging kisar
1/2 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan sos tiram
3 biji cili padi | hiris
Sedikit hirisan cili benggala merah
Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
Masukkan daging kisar, kacau rata hingga bertukar warna.
Seterusnya masukkan kacang panjang dan cili benggala, kacau hingga kacang layu.
Perasakan dengan sos tiram.
Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
TUMIS KACANG BOTOL BERSAMA DAGING
Ads
BAHAN-BAHAN:
6 batang kacang botol | hiris serong
150gm hirisan daging rebus
Sedikit hirisan cili Benggala Merah
1/2 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan sos tiram
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging, kacau rata diikuti dengan kacang botol dan hirisan cili Benggala.
Apabila sayur layu, perasakan dengan sos tiram.
Setelah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Buat waffle ni senang aje,tapi kenalah ada acuan pembakarnya. Ni resipi yang dikongsi oleh Asraf Azemi. Yang penting pasti gebu dan lembut.
Gandingannya pun kena ada taklah sirap maple, buah-buahan berries, mentega atau aiskrim. Baru terangkat rasanya. Sebab padanan hidangannya dah manis, adunan waffle tu boleh aje dikurangkan sedikit gula tu. Selamat mencuba ya.
WAFFLE GEBU
BAHAN-BAHAN :
4 biji telur kuning
4 biji putih telur (meringue)
450ml susu
30gm gula kastor
350gm tepung gandum
20gm baking powder
170gm mentega
Garam secukup rasa
Esen vanilla secukupnya
CARA MEMASAK.
1. Telur kuning,susu,vanilla esen dan gula kastor campur sekali kacau sampai sebati.
2. Masukkan pula tepung,baking powder dan garam ke dalam adunan.
3. Dalam bekas yg lain, pukul telur putih nak jadikan meringue.
4. Campurkan meringue telur putih dalam adunan dan kacau perlahan sampai sebati.
*cairkan butter,masuk dan gaul adunan.
(Siap adunan waffle)
5. Rehatkan adunan dalam 15 minit-20 minit
(Seeloknye simpan sehari dalam peti ais)
Resepi ni jgak sesuai buat pancake
Selamat mencubaa
Kredit Resepi : asyraf azemi
FB :Resipi dari mulut ke hati
Biasa kalau makan laksa , kita akan membeli laksa kering. Kadang kala bila beli tak dapat sebagaimana tekstur laksa yang diingini. Jadi kita rajinkan diri buat laksa homemade ikut resipi ini. Jom kita buat sendiri.
Laksa beras homemade
Bahan-bahan: 500gm tepung beras c teratai 3 sudu makan tepung ubi/gandum membukit 2 cawan air panas mendidih Secubit garam 2 sudu makan minyak
Cara membuat: 1.Letak tepung dalam bekas. 2.Larutkan garam dengan air panas. 3.Masukkan minyak ke tepung dan tuang sikit-sikit air panas sambil kacau dengan senduk. 4.Kalau rasa keras tambah sikit-sikit air panas. 5.Tekan-tekan doh dan kepal bagi jadi ketul. 6.Masukkan dalam acuan.Saya guna acuan maruku. 7.Panaskan kukusan terlebih dahulu. 8.Bentukkan laksa buat sampai habis.
9.Terus kukus dalam 20 minit. 10.Angkat dan letak dalam air biasa dalam 5 minit. 11.Buang air dan tambah air baru. 12. Kacau laksa bagi terlerai antara satu sama lain. 13.Terus tapis. *Boleh makan dengan segala jenis kuah laksa.Laksa utara,laksa lemak kuah putih,laksa kuah kari.
Kalau masak nasi lemak, paru berlada antara lauk tambah yang disediakan. Paru yang digoreng garing ini memang enak malah lagi sedap bila diratah. Sebab itu kalau menyediakan resipi ini sebaiknya dibuat dalam kuantiti yang banyak. Takut belum sempat hidang untuk jadi lauk nasi lemak, paru dah licin.
Resipi paru berlada
Bahan rebusan paru
1 kg paru
Halia -dipotong
1 batang serai -diketuk
Garam
Serbuk kunyit
Bahan dikisar kasar
10 tangkai cili merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cara membuat
1. Paru dibersihkan kemudian direbus (boleh guna pressure cooker) bersama sedikit garam, halia dan sebatang serai yang diketuk.
2. Setelah paru lembut, potong nipis paru dan gaul bersama sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak kemudian goreng hingga garing. Toskan.
3.Tumis semua bahan sambal yang dikisar guna lebihan minyak goreng paru tadi.
4.Bila bahan tumis sudah wangi masukkan dua sudu besar cili kering yang dah dikisar supaya warna cantik.
5 Masukkan paru kemudian perasakan dengan garam. Masukkan bawang besar yg dihiris. Kacau sebati tutup api.