Ini Caranya Goreng Ikan Bilis Rangup & Tidak Liat

Share

Makan nasi goreng kampung kalau tiada ikan bilis memang tidak lengkap hidangan. Dapat pula ikan bilis yang rangup memang puas hati. Bila menggoreng ikan bilis kadang jadi tak rangup. Boleh cuba petua ini untuk hasil yang lebih memuaskan.

Simpan buat stok dan letak dalam sambal pun masih rangup dan tak liat.

IKAN BILIS RANGUP

 

Cara memasak:

1.Cuci ikan bilis dan tapis hingga betul-betul kering. Kiranya sejam sebelum masak, cuci siap-siap.Ada yang tak cuci kerana takut ikan bilis jadi liat. Seeloknya cuci dulu.

2. Panaskan kuali tanpa minyak, goreng sikit atau sangai sekejap.

3. Renjiskan cuka ikut keperluan.

4. Gaul cuka dan ikan bilis hingga sebati. Saya gaul guna tangan.

5. Panaskan minyak, hingga betul-betul panas. Kemudian, goreng ikan bilis yang dah gaul dengan cuka tadi.

6.Dah garing, angkat dan toskan minyak.

7. Siap. Kalau goreng banyak pastikan letak dalam bekas kedap udara.
Kredit: Liza Idris

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN