Makan

Ini Cara Masak 4 Nasi Tumis Paling Disukai Ramai Setiap Kali Raya.

Share

Nasi antara juadah wajib selain lemang, nasi impit atau ketupat sebagai menu utama. Antara nasi yang kerap menjadi pilihan adalah Nasi Tomato, Nasi Minyak, Nasi Hujan Panas dan Nasi Jagung. Kali ini RASA sharekan menu simple dan mudah buat untuk kesemua resipi nasi ini supaya korang boleh masak sendiri di rumah.

NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras Basmathi | rendam sekurang-kurang 30 minit
1 liter air
1 cawan susu cair
1 cawan tomato puri
5 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
2 kiub perasa ayam
1 helai daun pandan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIRIS:
5cm halia
2 biji bawang besara
6 ulas bawang putih
BAHAN PENUMIS:
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam periuk nasi, kemudian tambah dengan minyak sapi.
2. Masukkan bahan hirisan dan rempah penumis, kacau hingga wangi.
3. Seterusnya masukkan puri tomato, air, susu cair, kiub ayam dan garam secukup rasa.
4. Seterusnya masukkan beras dan daun pandan.
5. Tutup periuk dan masak seperti biasa.
6. Setelah masak Nasi Tomato sedia dihidangkan.

NASI MINYAK
BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi | rendam 30 minit.
1 liter air
1 cawan susu cair
3 sudu makan mentega
2 sudu makan minyak masak
3 sekawan | kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang ,6 biji buah pelaga
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
1 sudu makan serbuk perasa ayam
1/2 cawan kismis
1 helai daunp pandan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan mentega dalam periuk, tumiskan bahan penumis bersama daun pandan hingga wangi, baru masukkan bahan kisar.
  2. Tumis hingga pecah minyak, masukkan beras yang telah direndam dan ditoskan tadi.
  3. Kacau rata, masukkan air, susu, serbuk perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
  4. Pindahkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa.
  5. Setelah kering air masukkan kismis yang telah digoreng.
  6. Tutup semula dan biarkan lebih kurang 5 minit.
  7. Nasi sedia dihidangkan bersama lauk pauk yang telah disediakan.

NASI HUJAN PANAS
BAHAN-BAHAN:

1kg beras basmathi | rendam 30 minit
1 liter air
1 cawan susu cair
1 helai daun pandan
2 kiub perasa ayam | hancurkan
3 sudu makan mentega
2 sudu makan minyak masak
Pewarna merah, kuning dan hijau
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN PENUMIS:


1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
BAHAN HIRIS:
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan mentega dalam periuk.
  2. Tumiskan bahan penumis, daun pandan dan hirisan hingga wangi.
  3. Masukkan beras yang telah direndam, kacau rata supaya sebati dengan bahan penumis.
  4. Tambahkan ke dalamnya air, susu, kiub pati ayam, garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah cukup rasa, pindahkan dalam periuk elektrik, masak seperti biasa.
  6. Bila air nasi sudah kering dan hampir masak, titiskan pewarna hijau, kuning dan merah. Tutup semula periuk dan biarkan 4-5 minit.
  7. Tutup api, gemburkan nasi supaya pewarna rata dalam nasi.
  8. Nasi sedia dihidangkan.

NASI JAGUNG:
BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi | rendam 30 minit
1 liter air
1 cawan susu cair
3 sudu makan minyak sapi/mentega
2 sudu makan minyak masak
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan krim jagung dalam tin
1 helai daun pandan
2 kiub pati ayam | hancurkan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
BAHAN HIRIS:
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak sapi/mentega bersama minyak masak.
  2. Tumis bahan penumis, daun pandan dan bahan hirisan hingga wangi.
  3. Masukkan krim jagung dan jagung, kacau rata dan masukkan beras.
  4. Kacau dan masukkan air, susu cair, perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah cukup rasa, pindahkan ke dalam periuk elektrik.
  6. Masak macam biasa ( lebih kurang 20 minit).
  7. Setelah masak Nasi Jagung sedia dihidangkan.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Dapatkan  lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

IKLAN