Ini Cara Bancuh Adunan Lempeng Yang Gebu & Sedap

Share

Lempeng ni bukan sahaja sesuai dimakan sewaktu sarapan bahkan bila-bila masa pun boleh. Agak-agak rasa lapar je, boleh bancuh lempeng. Lagi mengenyangkan dan lebih baik dari makanan segera lain yang tinggi kandungan garam dan gulanya. Terasa nak makan lempeng esok? Nah..resipi perkongsian saudari Kaseh Sery

ni sangat sesuai anda cuba.

LEMPENG KAMPUNG GEBU & SEDAP

 

BAHAN-BAHAN:

  • 3 senduk tepung gandum (beli online DISINI)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil mauripan
  • 2-3 sudu gula (beli online DISINI)
  • Sedikit garam
  • 2-3 cawan air

(adunan tak cair & tak pekat sangat)

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan dan adun sebati. Biarkan adunan selama lebih kurang 1 jam.

 

2. Panaskan kuali dan oles sedikit minyak. Tuang satu senduk adunan lempeng dan masak seperti biasa.

 

3. Angkat dan enak dinikmati bersama sambal tumis atau susu pekat manis.

 

Nota: Lempeng ini juga sedap dimakan bersama kelapa parut.

 

Kredit resipi & foto: Kaseh Sery

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN