
Lempeng ni bukan sahaja sesuai dimakan sewaktu sarapan bahkan bila-bila masa pun boleh. Agak-agak rasa lapar je, boleh bancuh lempeng. Lagi mengenyangkan dan lebih baik dari makanan segera lain yang tinggi kandungan garam dan gulanya. Terasa nak makan lempeng esok? Nah..resipi perkongsian saudari Kaseh Sery ni sangat sesuai anda cuba.
LEMPENG KAMPUNG GEBU & SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- 3 senduk tepung gandum (beli online DISINI)
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil mauripan
- 2-3 sudu gula (beli online DISINI)
- Sedikit garam
- 2-3 cawan air
(adunan tak cair & tak pekat sangat)
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan adun sebati. Biarkan adunan selama lebih kurang 1 jam.

2. Panaskan kuali dan oles sedikit minyak. Tuang satu senduk adunan lempeng dan masak seperti biasa.

3. Angkat dan enak dinikmati bersama sambal tumis atau susu pekat manis.

Nota: Lempeng ini juga sedap dimakan bersama kelapa parut.
Kredit resipi & foto: Kaseh Sery
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Kuih Tepung Kapur Sedap & Mudah Buat Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Aneka Hidangan Pisang!

Buah pisang bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah juga boleh menghasilkan pelbagai jenis resipi yang menarik dan enak. Jom kita cuba resipi-resipi ni! Boleh dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga..
COKODOK PISANG

BAHAN-BAHAN
- 5 biji pisang bersaiz besar – jika kecil, boleh guna 8-10 biji. Empunya resipi guna pisang bunga.
- 2 sudu makan marjerin
- 5 sudu makan gula pasir
- 1 sudu teh soda bikarbonat – sukatan tidak terlalu membukit
- 1 sudu teh garam
- 2 cawan tepung gandum
CARA PENYEDIAAN:
- Satukan semua bahan (kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati.
- Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
- Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
- Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
- Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi.
- Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli.
- Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam.
- Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri (jika bancuhan tu dibuat dengan baik)
Kredit resipi & foto: Cik Pooja
APAM PISANG GEBU

BAHAN-BAHAN
- 8 biji pisang emas / 6 biji pisang berangan
- 4 biji telur A
- 1 cawan gula
- 3/4 cawan minyak jagung / minyak masak / mentega cair
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
- Secubit garam (optional)
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan kukusan.
- Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
- Kisarkan pisang, telur, gula, garam dan minyak hingga hancur dan sebati.
- Tuangkan ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata secara kaup balik.
- Sudukan adunan ke dalam acuan/loyang kecil2.(Sapukan sedikit minyak pada acuan terlebih dahulu)
- Kukus dengan api sederhana selama 15 minit. (Jika gunakan loyang besar masa mengukus adalah 40 – 45 minit).
INFO:
- Boleh gantikan tepung gandum dengan tepung naik sendiri tapi tidak perlu tambah baking powder dan soda bikarbonat.
- Boleh tambah coklat urai ke dalam adunan jika suka.
- Jika guna acuan kecil-kecil, masa mengukus 15 minit sudah memadai.
Kredit resipi & foto: Lyza Sweetnely
BINGKA PISANG

BAHAN-BAHAN (loyang 8 inci)
- 1 sisir pisang masak (10 – 13 biji) – di lenyek kasar
- 1 cawan tepung gandum*
- 3/4 cawan gula pasir*
- 1 cawan santan*
- 1 cawan susu sejat/cair*
- 1 biji telur*
- 2 sudu besar butter*-cairkan dulu, biarkan suam
- Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
- Kisar semua bahan*
- Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
- Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter.
- Bakar 180C selama 1 jam atau lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
- Sejukkan kemudian baru di potong. Nak lagi sedap boleh masukkan dalam peti ais.
Kredit resipi & foto: Yatie
LEMPENG PISANG

BAHAN-BAHAN:
- 1 kg pisang Abu | lenyekkan
- 300gm kelapa parut | ambil putih sahaja
- 250gm tepung gandum | jika kurang boleh tambah
- 5 sudu makan gula kabung
- Sedikit garam halus
- Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
- Campurkan kelapa di dalam mangkuk adunan yang berisi pisang yang sudah dilenyek.
- Gaul rata, kemudian tambahkan garam, gula kabung yang telah dihancurkan.
- Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan yang diperlukan.
- Panaskan kuali non-stick, letakkan daun pisang di atasnya dan tepekkan adunan lempeng pisang di atasnya dan panggang hingga masak.
- Enak dihidangkan panas-panas.
BANANA FILLED FRENCH TOAST

BAHAN-BAHAN
- Roti Bata
- Nutella / Peanut Butter Lady’s Choice
- 3 biji telur
- 1/2 cawan susu kotak
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 biji pisang (dihiris bulat)
- Butter
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan telur, susu dan esen vanilla dalam mangkuk, kacau sebati. Ketepikan.
- Potong roti bata lebih kurang 1 inci, buat poket ditengah. Sapu nutella dibahagian dalam poket, kedua belah. Kemudian, susun hirisan pisang didalam poket.
- Celupkan roti ke dalam campuran telur dan goreng dalam kuali dengan sedikit butter. Biarkan masak kekuning-kuningan.
- Sudah boleh dihidangkan (boleh ditabur dengan gula icing)
Kredit resipi: Aimi Muhamad
BANOFEE PIE

BAHAN-BAHAN:
- 1 tin susu pekat manis | direbus selama 3 jam di dalam air mendidih
- 2 biji pisang ranum | dihiris
- Hirisan coklat secukupnya
- 200gm krim putar
BAHAN KERAK:
- 200gm biskut digestive
- 50gm mentega
- 80gm gula
- 50gm serbuk badam
BAHAN KRIM:
- 2 biji kuning telur
- 45gm gula kastor
- 25gm tepung kastad | boleh ganti tepung jagung
- 50gm dairy heavy cream
- 200gm susu segar
CARA PENYEDIAAN
- Bagi menghasilkan kerak, campurkan biskut, serbuk badam dan gula. Kisar halus.
- Kemudian cairkan mentega dan gaul bersama bahan kisar tadi. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit suhu 170⁰C. Sejukkan dalam peti sejuk.
- Untuk krim pula, campurkan semua bahan dan masak di atas air kukusan sehingga kental dan sejukkan.
- Pukul krim putar sehingga separa kental, masukkan krim yang dimasak tadi dan teruskan pukul sehingga kental.
- Tuang susu pekat manis yang direbus ke atas kerak dan taburkan hirisan pisang.
- Paip krim di atasnya dan taburkan hirisan coklat.
- Sedia untuk dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Kerabu Suhun, Lauk Ringkas, Sihat & Sedap Sangat

Hidangan kerabu ada banyak jenis, antara yang sedap adalah kerabu suhun. Bagi yang sedang proses diet, menu ini boleh jadi sebahagian hidangan kerana penuh dengan sayur yang berkhasiat.
Dikongsi oleh Budiman Zainal Abidin berikut adalah membuatnya. Pernah menikmatinya di sebuah restoren Thai, dia cuba membuat sendiri di rumah dan ternyata sedap sangat.
Bahan-bahan diperlukan:
Suhun (dicelur)
Lobak Merah
Tomato
Bawang merah & bawang holland
Daun ketumbar
Cabai melaka/cili padi
Daun bawang
Serai
Timun
Udang & sotong (dicelur)
2 sudu besar nise
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap cair
Limau nipis

Cara membuat:
1. Celur suhun sekejap dalam air panas dan tos.
2. Hiris semua bahan-bahan untuk buat kerabu.
3. Sediakan cawan perah limau di dalamnya kemudian masukkan gula nise, sos ikan dan kicap cair.
4. Kacau sebati semuanya hingga larut gula nise.
5. Campurkan dalam semua bahan-bahan yang telah dihiris/potong tadi. Gaul sebati dan sediakan dihidangkan.

Boleh dimakan begitu saja ataupun dijadikan sebahagian lauk.
Sumber: Budiman Zainal Abidin
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cakoi Lembut Dan Gebu Buat Tak Henti Makan

Waktu ni bila anak-anak sibuk dengan kelas online dan ibu bapa pun bekerja dari rumah cepat terasa lapar. Takkan nak membeli sahaja. Kenalah rajinkan diri untuk mengisi perut seisi keluarga. Tak usah buat menu yang susah, buat yang mudah dan jimat. Bolehlah buat cakoi nanti untuk minum petang.
CAKOI
Bahan-bahan:
1 cawan air suam (jangan terlalu panas)
1.5 sudu teh yis-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh sodium bikarbonat
2.5 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu besar minyak-BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak:

1.Sediakan air yis – masukkan yis dan gula dalam air suam.Biarkan 10 minit hingga berbuih.
2.Masukkan garam, sodium bicarbonate dalam tepung dan air yis.
3.Uli sebati. Masukkan minyak.

4.Uli rata. Rehatkan 1 jam.

5.Selepas satu jam. Canai, potong empat segi panjang. Basahkan lidi/chopstik.
6.Tekan tengah doh. Tindih 2 doh yang dah dipotong 4 segi.
7.Taburkan tepung sebelum dan semasa mencanai supaya doh tidak melekat.

8.Goreng dengan minyak panas. Tarik sedikit doh sebelum masukkan dalam kuali. Goreng sehingga garing.

Kredit : Ila Lala
Buat Sendiri Roti Bom Ni, Puas Hati Dalam Lembut Luar Rangup.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

