Tengok je pai-pai yang disediakan oleh Hazliza dari Twinnespastries memang menggoda rasa. Pendek kata meleleh air liur dibuatnya, bila dah dapat rasa emmm… memang sedap tak terkata.  Penggemar pastri pasti dapat membayangkan rasa kulit pai yang rangup dengan pelbagai jenis inti, tidak kira inti manis atau savory, pai bertutup penuh atau terbuka, ia tetap menjadi dessert pilihan ramai dalam setiap majlis keraian.  Kalau korang teringin nak buat sendiri, Hazliza telah berkongsi 10 resipi pai dengan RASA,  untuk korang ini lima resipi pai  manis yang boleh korang cuba. Kalau nak yang savory boleh dapatkan majalah RASA Edisi Januari 2019 Kini  di pasaran sekarang.

Ini 5 Resipi Pai Terlajak Sedap Air Tangan Hazliza, Korang Bolehlah Cuba.

PAI LABU:

BAHAN-BAHAN:

BAHAN PASTRI :

  • 325gm tepung gandum
  • 210gm mentega|dipotong dadu dan di létak dalam sejuk beku
  • 8 sudu makan air sejuk
  • Sedikit garam

INTI PAI LABU

Bahan A

  • 400 gram labu | dibuang kulit

Bahan B

  • 110 gm gula merah
  • 120ml whipping cream
  • 3 biji telur gred B
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan kulit pai: Kisar tepung dan mentega beku menggunakan food processor.
  2. Masukkan campuran tepung dengan mentega ke dalam bekas dan tambahkan garam. Gaul rata.
  3. Seterusnya masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Gaul sehingga menjadi doh.
  4. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  5. Setelah sejuk, canai dan terap doh dalam acuan pai.
  6. Bakar 180C selama 15 minit. Sejukkan pastri.
  7. Untuk menyediakan inti: Kukus labu sampai lembut, kemudian lenyek atau kisar halus tanpa air dan ketepikan.
  8. Campurkan semua bahan B dan pukul hingga sebati.
  9. Kemudian campurkan labu yang telah dilenyek ke dalam adunan B, kacau sebati dan tapiskan.
  10. Tuangkan dalam acuan pastri dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 40 min atau sehingga inti pai di bahagian tengah mengeras.
  11. Hiaskan dengan whipped cream di sekeliling permukaan pai.
  12. Pai sedia dihidangkan.

Ini 5 Resipi Pai Terlajak Sedap Air Tangan Hazliza, Korang Bolehlah Cuba.

IKLAN

PAI LIMAU NIPIS

BAHAN CRUST :

  • 200gm biskut Marie atau Digestive
  • 1/4 cawan serbuk serbuk badam
  • 1 sudu makan gula kastor
  • 100gm mentega cair

BAHAN INTI PAI:

  • 4 biji telur
  • 395gm susu pekat manis
  • 160ml whipped cream
  • 5 biji limau nipis | parut kulit dan ambil jusnya.

CARA MEMASAK:

  1. Dengan menggunakan food processor, hancurkan biskut .
  2. Kemudian masukkan serbuk badam dan gula.
  3. Setelah hancur sekata, masukkan mentega cair dan kisar sekali lagi sampai sebati.
  4. Tuang dalam acuan pai siz 10inci atau 20cm springform tin , padatkan ke dinding dan dasar acuan.
  5. Bakar sekejap dengan suhu 150C selama 10-15 minit atau sehingga sedikit coklat keemasan.
  6. Keluarkan curst dari ketuhar dan sejukkan.
  7. Untuk inti: Campurkan semua bahan inti dan whisk sampai gebu dan lembut.
  8. kemudian tuang adunan dalam acuan pai.
  9. Bakar pada suhu 170C selama 40 minit
  10. Sejukkan, kemudian hiaskan dengan whipped cream dan hirisan limau nipis.
  11. Pai sedia dihidangkan.

Ini 5 Resipi Pai Terlajak Sedap Air Tangan Hazliza, Korang Bolehlah Cuba.

COKLAT MUD PAI

IKLAN

BAHAN CRUST

  • 300gm serbuk biskut Oreo
  • 75gm mentega

INTI MUD PAI:

  • 85gm dark coklat
  • 85gm mentega
  • 2 biji telur
  • 85gm gula kastor
  • 100ml whipped cream

SOS FUDGE:

  • 150gm dark chocolate
  • 150gm whipped cream
  • 3 sudu makan  golden sirap
  • 175gm gula asing| diayak

CARA MEMASAK:

  1. Satukan bahan crust hingga sebati, kemudian tuang dan padatkan ke dalam acuan pai.
  2. Masukkan acuan pai ke dalam peti sejuk selama 30 minit -1 jam.
  3. Untuk sediakan inti: Cairkan mentega dan coklat
  4. Pukul telur dan gula sampai kembang.
  5. Campurkan adunan telur dengan coklat, kacau perlahan.
  6. Seterusnya campurkan pula whipped cream dan kacau sebati.
  7. Tuang ke dalam acuan pai dan bakar dengan suhu 180C selama 40 minit.
  8. Untuk sediakan sos: Satukan semua bahan sos dan cairkan, kacau sampai sebati.
  9. Tuang di atas ínti mud pai yang telah sejuk tadi.
  10. Masukkan pai dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum sedia dihidang.

Ini 5 Resipi Pai Terlajak Sedap Air Tangan Hazliza, Korang Bolehlah Cuba.

PAI BANOFIE

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • Pai Crust
  • Caramel
  • 300 ml whipped cream yang dipukul gebu
  • 2 biji pisang | dipotong bulat
  • 1/2  cawan parutan coklat

 CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan pai crust, 225gram biskut Marie/digestive dihancurkan dan dicampurkan dengan 120gm mentega yang telah dicairkan.
  2. Gaul sebati dan masukkan dalam acuan atau mangkuk casserole dan sejukkan dalam peti sejuk 1 jam.
  3. Sementara itu sediakan karamel: Campurkan 3/4 tin susu cair dengan 1 sudu makan mentega. Masak atas api perlahan menggunakan kuali non stick hingga susu bertukar coklat perang.
  4. Masukkan whipped cream, kacau sebati. Tutup api dan sejukkan.
  5. Tuangkan karamel yang telah sejuk di atas crust.
  6. Susun hirisan pisang di atasnya, kemudian lapiskan dengan whipping cream.
  7. Akhir sekali taburkan parutan coklat di atas whipped cream dan pai sedia dihidangkan.

Ini 5 Resipi Pai Terlajak Sedap Air Tangan Hazliza, Korang Bolehlah Cuba.

PAI APPLE

BAHAN KULIT PAI:

  • 325gm tepung gandum
  • 210gm mentega | dipotong dadu dan di létak dalam sejuk beku
  • 1 sudu makan  gula kastor
  • 8 sudu makan air sejuk
  • Sedikit garam

INTI PAI:

  • 6 biji  buah epal hijau
  • 80gm mentega
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 3/4 cawan gula merah
  • 1/4 serbuk kayu manis
  • Secubit serbuk buah pala

 CARA MEMASAK:

  1. Kisar tepung dan mentega beku menggunakan food processor.
  2. Masukkan tepung dan mentega dalam bekas dan tambah secubit garam dan gula.
  3. Tuangkan dalam mangkuk adunan, kemudian tambah air sejuk sedikit demi sedikit. Gaul sehingga menjadi doh.
  4. Balut doh dan masukkan dalam peti sejuk sebentar.
  5. Untuk inti : Panaskkan mentega, masukkan tepung dan kacau.
  6. Seterusnya masukkan air dan kacau rata menjadi pes.
  7. Masukkan gula kastor dan gula merah. setelah mentega cair, masukkan serbuk kayu manis dan buah pala.Kacau sebati.
  8. Setelah sejuk, masukkan epal hijau yang telah dipotong dadu. Tutup api dan sejukkan.
  9. Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
  10. Canaikan kulit pai, masukkan dalam acuan pai, kemudian masukkan inti epal tadi.
  11. Canai kulit pai untuk tutup pai.
  12. Sapu sedikit air di permukaan tepi kulit pai supaya menjadi pelekat pastri.
  13. Buang lebihan kulit pai dan klim pastri. Sapu sedikit air lebiha inti pai ke atas pastri pai.
  14. Tutup pai dengan kertas timah, bakar selama 15 min. kemudian ketepikan kertas timah dan bakar lagi 10 minit atau hingga keperangan.
  15. Pai sedia dihidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI