Isteri anda dalam fasa berpantang, atau suami tidak boleh makan ayam atau daging? Ini ada empat menu ikan yang sedap dan senang nak buat boleh dicuba untuk yang tersayang sebagai tanda kasih dan sayang. Ikan, selain kaya sumber protein sesuai untuk anda yang sedang berdiet.
Berita baiknya menu ikan yang dikongsikan ini dimasak secara sihat, hanya kukus dan rebus sahaja. Selain mewariasikan menu ikan yang anda ada, ia sangata sedap dan cara memasaknya juga senang.
Manfaatkan untuk gaya hidup lebih sihat anda dan keluarga.
KENGSOM SIAKAP
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
10 batang cili kering
2cm kunyit hidup | separuh racik
3 keping asam gelugur
1 batang serai | titik
3 helai daun limau purut
1 batang bunga kantan | racik
Garam, gula dan bahan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Cuci ikan siakap sehingga bersih. Ketepikan.
Bawang merah, bawang putih, cili kering, separuh daripada kunyit dikisar halus.
Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit bau wangi.
Setelah naik bau, masukkan air, asam gelugur, hirisan daun limau purut, serai dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih.
Langkah seterusnya, tambahkan garam, gula dan bahan perasa secukup rasa. Kacau sebati.
Akhir sekali, masukkan ikan siakap. Masak hingga ikan masak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Ads
GARAM ASAM IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan merah saiz sederhana
200ml air asam jawa
2cm kunyit
5 ulas cili merah
5 ulas cili padi
1 batang serai (dititik)
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Garam, gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Ikan merah dicuci bersih.
Kunyit, cili merah, cili padi, bawang putih dan bawang merah dihiris halus.
Kemudian, bahan hirisan direbus bersama air asam jawa dan serai sehingga mendidih.
Setelah air mendidih, masukkan ikan merah dan masukkan garam dan gula secukup rasa sehingga masak . Kacau perlahan. Angkat dan sedia untuk dihidang dengan nasi putih.
Ads
IKAN MERAH KUKUS KICAP HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 keping isi ikan merah
2 sudu teh kicap cair
2 sudu teh sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
Daun bawang | dihiris sebagai hiasan
Garam dan bahan perasa secukupnya
1 biji cili besar hijau | belah sedikit di tengah
BAHAN TUMISAN:
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2cm halia
50gm daun ketumbar
4 batang cili merah
4 batang cili padi
100gm mentega
CARA MEMASAK:
Ads
Cuci ikan merah sehingga bersih dan hilang bau hanyir. Kemudian, lumurkan sos tiram dan kicap cair pada ikan dan kukus selama 5 – 10 minit. Ketepikan.
Cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, halia, daun ketumbar dicincang halus. Tumis dengan mentega dengan kepanasan api sederhana. Masukkan cili hijau besar. Kacau sebati.
Seterusnya, letakkan minyak bijan, garam dan bahan perasa untuk lebih enak. Ketepikan.
Langkah terakhir, tuang bahan tumis ke atas ikan yang telah dikukus. Siap dihidang bersama daun bawang.
IKAN MERAH KUKUS SOS PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1keping isi ikan merah
2 batang daun bawang | hiris kasar
1 tangkai daun sup | hiris kasar
2 biji bawang merah | racik
2 biji bawang putih | racik
5 batang cili padi | racik
3-5 keping daun limau purut | racik
5 batang cili merah | racik halus
5 biji tomato ceri
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap masin
100 ml air
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Ikan merah dicuci bersih. Ketepikan.
Kemudian, bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, cili padi, cili merah, daun sup serta daun bawang yang telah diracik digaul bersama sos tiram, kicap masin dan air. Kacau sebati.
Kemudian, dicurahkan ke atas ikan yang sudah dicuci bersih.
Seterusnya, dikukus selama 20 – 30 minit.
Sedia dihidang bersama nasi putih.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ayam goreng terkenal seperti KFC sememangnya menggamit selera. Bau pun dah cukup buat perut rasa lapar dan mulut rasa nak mengunyah. Tapi macam mana kalau ketika itu tengah malam? Jadi kalau tetiba rasa nak makan ayam KFC, tapi restoran tu dah tutup, boleh cuba buat sendiri. Esok-esok barulah makan yang sebenar.
AYAM GORENG ala KFC
Bahan asas
1 ekor ayam
2 biji telur ayam
Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Perap
• Bawang merah
• Bawang putih
• Halia
• Lada hitam
• Serbuk cili
• Kunyit
• Kiub ayam
• Sedikit garam
Caranya
1. Kisar semua bahan.
2. Perap ayam 30 minit ke atas.
Bahan Tepung Goreng
• Tepung gandum
• Tepung jagung
• Sesudu kecil soda bikarbonat
Caranya
1. Satukan semua bahan dan gaul sebati.
Cara penyediaan
1. Ambil ayam yang sudah diperap.
2. Celup ayam ke dalam telur ayam yang sudah dipukul.
3. Golek ayam sepenuhnya dalam tepung.
4. Goreng ayam di dalam minyak masak yang sudah dipanaskan. Ayam mesti tenggelam dalam minyak masak.
Percubaan pertama kali cuba buat kek viral ni. Guna resipi kek span tapi letak perasa Oreo. Alhamdulillah sedap sangat.Lain kali boleh buat lagi.
Kek span
Bahan-bahan:
4 biji telur
100gm gula kastor
100gm tepung gandum – diayak dulu
1 sudu besar serbuk penaik
35gm minyak jagung/masak
70gm fresh milk/ susu segar
1 sudu kecil ovelete
1 sudu kecil esen vanilla
Perasa yang disukai jika suka
Cara memasak: 1.Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk mixer. 2.Putar sehingga adunan jadi putih dan gebu. 3.Tuangkan dalam loyang 8″ yang dilapik dengan baking paper bawahnya. 4.Panaskan oven suhu 160 dan bakar selama 45-50 minit atau sehingga kek masak. 5.Bila dah masak, keluarkan kek dan biarkan atas redai seketika.
Toping Cream Cheese Bahan-bahan:
125gm cream cheese
60ml susu pekat
50ml susu fair
60gm whipping cream
Cara memasak: 1.Putar cream cheese sehingga lembut 2.Masukkan susu pekat dan susu cair. 3.Masukkan whipping cream. 4.Putar sehingga sebati 5.Masukkan dalam piping beg. 6.Tuangkan cream cheese atas kek. 7.Hiaskan dengan puding mango dan jem strawberi. 8.Hiaskan dengan parutan cheddar cheese dan coklat chip. * Puding mango saya guna yang serbuk jenama nona Selamat mencuba.
Suka tomyam? Ha..Biasanya anda mesti buat tomyam kuah merah yang guna pes tu kan? Apa kata, kali ni cuba pula buat Tomyam Udang Campur tapi versi tak guna pes pun. Ada juga yang panggil Tomyam Putih. Memang dijamin sedap! Resipi ni adalah perkongsian Puan Zira Tag. Selamat mencuba!
TOMYAM PUTIH CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
Udang segar secukupnya – boleh tambah aneka bahan lain seperti sotong, lala, kepah dan sebagainya.
Isi ayam secukupnya
1 biji bawang besar – belah 4
1 biji tomato – belah 4
3-4 batang serai
5-6 helai daun limau purut
Aneka sayur kegemaran – cendawan, lobak merah, bunga kubis dan sebagainya
Jus limau nipis secukupnya
Sedikit susu cair
Daun ketumbar secukupnya
Akar ketumbar – dibersihkan
Garam dan perasa secukupnya
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk bersama dengan bahan kisar. Masukkan juga akar ketumbar.
Setelah air mendidih, masukkan serai, daun limau purut, ayam, udang dan lain-lain bahan mentah yang digemari. Masak lebih kurang tiga minit.
Kemudian masukkan susu cair diikuti perahan jus limau nipis, garam serta perasa. Kacau sebati dan padamkan api.
Tabur daun ketumbar. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Jika ingin campur dengan sotong, celur sotong dalam periuk berlainan kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk tomyam. Ia bertujuan mengekalkan rasa manis udang dalam kuah tomyam.
Nikmati Pak Choy Goreng Telur yang ringkas, sihat dan sangat sedap. Resipi mudah 10 minit ini padat dengan rasa umami dan sesuai untuk hidangan harian.