Pergggh ..kalau dapat makan lauk-pauk berempah ni, pedas memangler tapi sedapnya sampai merecik peluh pun tak perasan. Lagi pulak kalau pekena lauk daging.
Lauk pauk daging pedas berempah, hot n spicy ni lama lagi lama mereneh lagi meresap rempah ratusnya. Kalau diperhangatkan esok hari pun masih ummph lagi. Makan dengan nasi pun best, cicah roti pun bukan main sedapnya.
Nah ni 4 sajian daging berempah yang lagi hot dan lagi spicy..
1. DAGING HITAM HALBA
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | hiris nipis
400ml santan pekat
2 labu bawang besar | mayang halus
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh halba
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
10 biji bawang merah | kisar
5 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
2 batang serai | ketuk
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, daun pandan dan serai hingga wangi. Masukkan bawang yang dimayang. 2. Masukkan rempah kari, cili kisar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, halba dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak. 3. Masukkan daging, santan, kicap dan didihkan hingga daging empuk. 4. Tambah garam dan gula secukup rasa. Didihkan hingga kuah pekat dan kering.
Saiz hidangan: 5-6 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Aroma dan perisa halba yang wangi Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Tumis dan goreng
Info chef: Boleh masukkan cili padi yang diketuk jika mahu lebih pedas.
IKLAN
2. DAGING GORENG KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
400gm daging lembu muda |hiris nipis
10 biji cili padi | tumbuk kasar
1 labu bawang besar | potong bulat
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
1-2 tangkai daun bawang | potong kecil
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Gaul daging bersama lada sulah, garam secukupnya, ketumbar, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit. Perap selama sejam. 2. Panaskan 3-4 sudu makan minyak dalam kuali. Goreng daging hingga agak garing. 3. Masukkan bawang besar. Gaul sebati. 4. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Rasa ketumbar dan pedas lada hitam Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Goreng dan tumis
IKLAN
Info chef: Jika suka boleh tambah daun bawang dan hirisan cili merah.
3. DAGING MASAK JINTAN
BAHAN-BAHAN:
400gm daging lembu | hiris nipis & rebus hingga empuk
8 ulas bawang putih | kisar
3cm halia |kisar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam, lada sulah dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Bawang goreng secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. 2. Masukkan serbuk jintan manis, serbuk lada hitam, sos tiram dan daging yang telah direbus bersama air rebusannya sekali. 3. Didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk lada sulah secukup rasa. 4. Didihkan lagi hingga kuah pekat atau agak kering. 5. Angkat dan sedia dihidangkan.
IKLAN
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Daging empuk dan sebati dengan kuah Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Goreng dan tumis
Info chef:Jika suka boleh tambah beberapa biji cili padi.
4. DAGING TETEL DAUN SALAM
BAHAN-BAHAN:
500gm daging tetel | rebus hingga empuk
2 batang serai |titik
2 helai daun salam
8 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih |kisar
3cm halia | kisar
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN B:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK: 1. Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B hingga wangi. 2. Masukkan serai, daun salam dan bahan-bahan kisar lalu tumis hingga beberapa minit. 3. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk lada hitam dan daging tetel yang telah direbus bersama air rebusannya sekali. 4. Didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk lada sulah secukup rasa. 5. Didihkan lagi hingga kuah pekat atau agak kering. Jika suka berkuah, tutup api setelah semua bahan masak sempurna.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Lemak tetel yang sedap Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus dan tumis
Info chef: Jika tidak suka bahagian tetel, boleh gunakan bahagian daging padat Terima kasih Chef Suwarsi M. Arukin, Taman Sri Andalas, Klang, Selangor.
Sesekali ubah selera memang best. Bagi anda yang tak lalu nak makan nasi, apa kata cuba masak BihunSup Chinese Style perkongsian saudari Cik Puan Julieta yang sangat mudah ni. Bahan-bahan yang digunakan ringkas sahaja. Malah nampak sangat sedap. Jom cuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK BIHUN SUP CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN:
Bihun – celur
15 ekor udang sederhana besar
Bebola ikan / fishball secukupnya
1 kiub pati ayam
1 labu bawang putih – tumbuk
1 sudu makan serbuk lada hitam kasar
BAHAN SAMBAL KICAP:
Cili padi merah / hijau secukupnya
Cuka secukup rasa
Kicap cair secukupnya
BAHAN HIASAN:
Sawi jepun celur
Brokoli celur
Kek ikan / fishcake goreng – hiris nipis
Bawang putih goreng
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak anggaran ½ cawan. Kemudian tumis bawang putih yang telah ditumbuk hingga perang. 2. Keluarkan separuh minyak bersama bawang putih tadi ke dalam mangkuk. Separuh lagi dibiarkan dalam periuk. 3. Untuk menyediakan sup, masukkan air secukupnya ke dalam periuk berisi bawang putih tadi. Jumlahnya terpulang pada banyak mana yang anda kehendaki. 4. Kemudian masukkan kiub pati ayam, fish ball, udang, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Reneh selama beberapa minit. 5. Untuk menyediakan sambal kicap, campur kicap cair, cuka dan hirisan cili padi merah dan hijau. Gaul rata dan sesuaikan rasanya dengan selera masing-masing. 6. Untuk menghidang, masukkan bihun ke dalam mangkuk bersama sup bawang putih. Tambahkan juga bahan-bahan hiasan dengan secukupnya. 7. Nikmati segera.
Tak ada idea nak masak menu apa untuk tengah hari? Jom masak daging goreng cili padi limau ni. Aroma limau pada masakan memang membuka selera. Makan pula dengan nasi panas-panas pasti menambah nanti.
Daging Goreng Cili Padi Limau
Daging
3 ulas bawang putih
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan putih
Minyak untuk menggoreng
Cara memasak:
1.Rebus daging sehingga empuk.Potong lawan urat – nipis
2.Tumbuk nipis daging yang telah dihiris (gunakan anak lesung batu )
3.Tumbuk bawang putih, biji ketumbar dan jintan putih.
4.Salutkan pada daging dan goreng hingga garing (pastikan goreng menggunakan minyak yang baru)
5.Dah garing, toskan.
Bumbu
2 biji cili merah besar
6 biji cili padi merah
½ biji bawang merah besar
½ biji bawang Holland
6 ulas bawang putih
1 biji tomato
Cara memasak:
1.Rebus kesemua dalam 15 minit , kemudian toskan.
Tumbuk kasar.
3.Panaskan minyak, goreng bumbu yang telah ditumbuk.
Air Katira minuman yang cukup popular dan sentiasa diburu di bazar-bazar Ramadan. Ada berbagai versi Air Katira namun Air Katira yang paling sedap dan mantap tentulah Air Katira versi Johor. Sebenarnya tidak susah mana pun hendak membuat Air Katira. Apa kata berbuka hari ini kita cuba buat Air Katira mengikut resipi yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
RESIPI AIR KATIRA VERSI JOHOR
BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar katira 1 sudu besar biji selasih – BELI ONLINE 3 biji kurma 3 biji kembang semangkuk 4 biji badam 4 helai daun pandan 4 sudu besar gula –BELI ONLINE 1 liter susu segar
*untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500 ml
Inilah katira.
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.
2. Semua bahan ini akan mengembang. Jika Sudah kembang, kira sudah boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.
3. Sementara itu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan carik halus, sekadar untuk hiasan.
4. Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.
5. Bahan-bahan rendam tadi sudah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.
6. Boleh satukan semua bahan yang kita sudah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos. Jangan tuang terus dalam susu. Ini bagi mengelakkan susu menjadi cair. Jangan lupa masukkan badam. Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tidak perlu tambah gula.
7. Air katira Johor sudah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.