Sarapan dengan pancake atau lempeng, dengar macam mudah dan ringkas je nak buat. Hakikatnya nak mendapatkan pancake yang lembut, gebu dan cantik seperti makan di hotel mewah tu memang susah, betul tak? Sebenarnya ada beberapa perkara perlu korang buat supaya hasil pancake adalah yang terbaik seperti diharapkan. Korang kena buat beberapa perkara berikut;
Pastikan baking powder dalam keadaan elok, segar dan belum expired. Ia penting kerana baking powder adalah agen untuk mengembangkan dan melembutkan pancake.
IKLAN
Asingkan bahan Kering dengan basah. Tepung gandum, baking powder, serbuk garam dan gula dicampur bersama dan gaul dalam satu mangkuk. Campurkan bahan basah seperti telur, mentega yang dicairkan dan susu dalam mangkuk lain dan kacau rata . Seterusnya tuangkan bahan basah dalam bekas bahan kering. Menggunakan spatula, kacau rata dan tambah sedikit air jika perlu. Jika terlalu pekat pancake akan keras dan kenyal.
IKLAN
IKLAN
Guna kuali leper dan non stick. Sapukan sedikit minyak pada permukaan kuali. Kemudian tuang dalam kuali yang telah dipanaskan. Penggunaan sendikit minyak membantu pancake mudah diterbalikkan dan warna lebih sempurna.Gunakan penyukat untuk mendapatkan pancake yang sama saiz dan ketebalannya. Dan jika disusun dalam pinggang ia nampak cantik.
Cili kering adalah antara bahan rencah masakan yang paling penting terutamanya dalam penghasilan masakan Melayu. Cuma, bila nak masak, agak leceh untuk membuang biji cili ni. Jumlah biji cili juga menentukan tahap kepedasan cili. Jadi, jika tidak suka pedas boleh kurangkan jumlah biji cili dalam kisaran rencah masakan anda.
Untuk teknik yang akan dikongsikan ini, mereka berjaya buang hampir 2kg biji cili daripada 6kg cili kering yang digunakan. Nak tau tekniknya jom scroll gambar dibawah:
CARA MUDAH BUANG BIJI CILI KERING TANPA GUNTING
1. Pertama sekali, rebus cili didalam periuk/kuali sehingga cili lembut.
2. Apabila cili sudah lembut, gunakan gunting besar (kami guna gunting pokok tu) untuk potong cili. Potongan menggunakan gunting adalah sangat mudah ketika ini kerana cili sudah lembut, seperti gunting air saja. Ringan.
3. Apabila sudah puas hati semua cili telah siap dipotong. Tutupkan api dan rehatkan seketika. Nampakkan berapa banyak biji cili dah keluar tu?
4. Kemudian, sediakan satu besen air. Ambil satu tapis yang berlubang besar untuk menapis cili. Pastikan lubang tapis adalah besar supaya biji cili mudah jatuh.
5. Di dalam besen, goyangkan penapis dalam bentuk bulatan & atas bawah. Anda akan dapat lihat semua biji cili jatuh ke bawah dan cili masih berada di atas penapis. Ulang step ini sehingga selesai.
6. Kalau tiada penapis, guna bakul pun boleh, janji lubangnya besar. Selain membuang biji cili, habuk cili juga dapat dibersihkan.
7. Hasilnya! Jangan risau memang akan ada biji cili sikit sikit lagi, memang kena ada kalau tidak sambal anda tidak pedas langsung nanti. Selamat mencuba!
Info: Untuk menghancurkan biji cili ketika dikisar boleh tambahkan sedikit minyak masak.
Sambal Kelantan ini memang popular di Kelantan, sesuai di makan untuk semua jenis nasi. Sesuai di buat masa kenduri, buat sekali banyak boleh tahan sampai sebulan kalau disimpan dalam peti sejuk. Lagi lama simpan lagi sedap, jika sambal ini dibuat awal-awal dan banyak baru rasa sedap makan kerana bila ia terperam dengan asam, garam, dan gula baru dia mesra rasanya.. Selamat mencuba!
RESIPI SAMBAL KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
Cili merah
Cili api
Limau kasturi(blender dgn kulit)
Bawang besar bakar
Bawang putih bakar
Cuka
Manisan kg
Gula
Garam
CARA-CARA:
Kisar semua bahan sehingga hancur.
Sambal kelantan tak guna belacan.
Kisar kering.
Siap. Simpan dalam botol dan masukkan dalam peti sejuk bagi kekal tahan lama.
Biskut raya jika salah cara penyimpanannya, akan menyebabkan biskut menjadi lemau dan tidak sedap. Namun jangan risau kerana ada petua untuk mengatasi masalah ini. Jika amalkannya masalah biskut lemauni dapat diatasi.
PETUA ELAK BISKUT RAYA MENJADI LEMAU
1. JEMUR TEPUNG DAN GULA TERLEBIH DAHULU.
Kredit foto: www.seriouseats.com
Tepung dan gula yang dijemur akan menghasilkan biskut yang ringan. Jika susah nak jemur, tepung boleh disangai didalam kuali sebelum digunakan. Ia merupakan petua orang tua dulu-dulu bagi menghasilkan biskut yang sedap dan rangup.
2. SEJUKKAN BISKUT SEBELUM DISIMPAN.
Kredit foto: pxhere.com
Biskut yang masih panas perlu disimpan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam balang. Jika terus disimpan, wap panas akan berkumpul dalam balang seterusnya melembabkan biskut.
3. SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA.
Kredit foto: pxhere.com
Untuk menjamin biskut raya tahan lama, sebaiknya simpan dalam bekas kedap udara dan jangan dibuka terlalu kerap. Ini kerana udara yang masuk akan menyebabkan biskut lemau.
4. PASTIKAN BALANG BETUL-BETUL KERING.
Kredit foto: www.humoroushomemaking.com
Sebelum guna balang untuk menyimpan biskut, pastikan bekas tersebut betul-betul kering dan tiada kesan air. Ia bagi mengelakkan biskut mudah rosak apabila dalam keadaan lembab.
5. ALASKAN DENGAN KERTAS MINYAK.
Kredit foto: Flickr user ‘ rueful’
Jika anda membuat biskut yang berminyak seperti tat, biskut mentega dan sebagainya, pastikan apabila simpan biskut dalam balang, setiap lapisan dialas dengan kertas minyak. Ia bertujuan menyerap lebihan minyak serta memastikan biskut sentiasa kering.
6. ASINGKAN SETIAP JENIS BISKUT DALAM BEKAS BERLAINAN.
Kredit foto: farhatsweets.com
Elakkan dari mencampur biskut berlainan dalam bekas yang sama. Ini kerana jika dicampur, biskut akan cepat lemau kerana setiap jenis biskut di adun dengan bahan yang berbeza.
7. GUNA BUNJUT GARAM
Kredit foto: poolmax.net
Untuk memastikan biskut kekal rangup dalam masa yang lama, masukkan uncang berisi garam ke dalam balang biskut. Caranya ialah bungkus satu atau dua sudu teh garam dan masukkan ke dalam balam. Garam akan berfungsi menyerap lembapan yang ada dalam balang.
8. TABUR GULA DALAM BEKAS.
Kredit foto: www.metabolance.com
Taburkan sedikit gula ke dalam balang atau bekas yang mengandungi biskut. Ia berfungsi mengelakkan biskut dari menajdi cepat tengik dan hapak.
9. PANGGANG KEKACANG TERLEBIH DAHULU.
Kredit foto: pixnio.com
Jika anda membuat biskut berasaskan kekacang, pastikan ia dipanggang terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam adunan biskut. Kekacang yang tidak dipanggang akan menyebabkan biskut cepat lemau dan tengik. Elakkan juga menggoreng kacang kerana ia akan menyebabkan biskut lebih berminyak.
TIP SELAMATKAN BISKUT RAYA YANG LEMAU
Bakar semula biskut yang lemau dengan suhu 180C selama lima minit. Hasilnya biskut yang lemau tadi akan kembali rangup dan sedap.