Ingin membuat meat ball atau bebola daging sendiri, tapi hadapi masalah adunan hancur, daging keras dan kering? Jangan putus asa, tip berikut boleh membantu korang menyelesaikan segala masalah tersebut. Sebaliknya korang boleh menghasilkan bebola daging yang padat, lembut dan berjus bila diolah dalam pelbagai jenis menu yang mudah dan sedap. Nak tau apa rahsianya, ikut tip berikut ye:-

Cara Paling Senang Homemade Meat Ball Tak Hancur & Sedap.

Pilih Daging Kisar Segar &  Elok Teksturnya:

Ini penting, pilihan terbaik adalah daging lembu kisar segar , ia berwarna merah cerah, tekstur kisarnya padat, tidak berlendur dan tiada kandungan darah.  Sebaiknya, olah terus daging kisar selepas membelinya. Ia memberi jaminan bebola daging yang segar dan berkualiti.

Cara Paling Senang Homemade Meat Ball Tak Hancur & Sedap.

Campur Telur Atau Tepung Elak Bebola Daging Hancur:

Untuk hasilkan bebola daging yang sedap, daging kisar perlu dicampurkan dengan bahan ramuan rempah ratus dan herb serbuk. Untuk memberikan lebih rasa tekstur, korang boleh tambahkan bahan tambahan yang dicincang halus seperti  bawang bersama daging kisar.  Untuk memastikan semua bahan bercampur sebati, korang boleh tambahkan telur atau  tepung di dalam adunan bebola daging. Adun semua bahan ini  sehingga ia mudah dibetuk bulat dan tidak mudah pecah atau hancur.

IKLAN

Cara Paling Senang Homemade Meat Ball Tak Hancur & Sedap.

Rebus Atau Goreng Sebentar:

Selepas aduanan bebola daging dibentuk bulat, rebus atau goreng sebentar hingga permukaan bertukar warna, jika direbus ia bertukar warna kelabu dan digoreng dengan minyak sedikit hingga bertukar warna kecoklatan. Tujuannya supaya tekstur tidak hancur dan kekal bulat semasa proses memasak.

Cara Paling Senang Homemade Meat Ball Tak Hancur & Sedap.

IKLAN

Elakkan Dari Kerap Mengacaunya Semasa Digoreng Atau Ditumis:

Apabila bebola cantik bentuk dan teksturnya selepas direbus dan digoreng sebenar. Ia sedia diolah dalam menu yang korang pilih. Tetapi jangan terlalu kerap kacau atau membalik-balikkannya semasa proses memasak, dibimbangi ia akan hancur.

Senangkan?  Jadi jomlah kita buat sendiri bebola daging  sebagai tambahan lauk-pauk dan juga sebagai kudapan atau bekal untuk anak ke sekolah.

Cara Paling Senang Homemade Meat Ball Tak Hancur & Sedap.

IKLAN

BEBOLA DAGING SOS MENTEGA  CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

BAHAN N BEBOLA DAGING:

  • 300gm daging kisar
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh serbuk pati daging
  • Sedikit hirisan daun parsli
  • 2 sudu makan tepung  ubi kayu

BAHAN SOS:

  • 200ml susu segar
  • 3 sudu makan mentega
  • 1 sudu makan keju parmesan
  • 1/2  biji bawang Holland | cincang halus
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • 8 biji cili padi hiris halus
  • 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • Sedikit garam dan gula

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan daging kisar dalam mangkuk kemudian campurkan  dengan semua bahan lain.
  2. Gaul rata hingga sebati, kemudian bentukkan seperti bola pingpong, ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper, tumis daging hingga bertukar warna keperangan.
  4. Angkat dan ketepikan.
  5. Untuk menyediakan sos, panaskan mentega dalam kali, tumiskan bawang putih, Holland, cili padi.
  6. Tumis hingga wangi, baru masukkan daun kari.
  7. Kacau seketika, masukkan susu cair, kecilkan api dan terus kacau.
  8. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
  9. Setelah cukup rasa taburkan serbuk keju parmesan dan tuangka sos dalam pinggan berisi bebola daging tadi dan hidangkan panas-panas

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI