Imbau Kenangan Masa Kecil Dengan Resipi Apam Milo

Share

Siapa suka makan apam milo ni? Mungkin ada juga yang mengimbau memori zaman kecil semasa membuat kuih ini seperti #zida2004. Kenangan mengusik jiwa time kecik dulu bila tau mak nak buat bahulu mesti tempah kat mak buatkan kuih raya fav ni, dapat sikit pun jadi la… Nanti hujung-hujung ada la mak kukuskan atas tudung periuk… Kalau baki banyak dapat la sepelengat @ loyang.

Kami panggil roti kukus (bunyi banjar), dulu buat dua warna saja kuning dan pink (letak pencelup merah @ kesumba). Esen-esen pun tak ada time tu, suka bau dan rasa telur. Sekarang orang panggil apam, apam 3 bahan. Warna dan perisa pun dah bermacam-macam. Bahan mudah dan ringkas yang membuat rasa bahagia pada zaman kanak-kanak. Tambahan air tangan mak kita

ROTI KUKUS MILO
atau APAM MILO
Bahan-bahan:
3 biji telur gred B
3/4 cawan gula (ikut cita rasa)
¼ sudu kecil esen vanilla (optional)-BELI ONLINE DI SINI
1 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI


1/2 cawan milo #zida2004
*Jika nak guna acuan besar gandakan bahan. Saya guna papercup saiz kecil dapat 23 biji.

Cara memasak:
1.Putar telur bersama gula hingga kembang putih dan gebu.


2.Masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati.
3.Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian letakkan milo. Kacau sebati.


4.Panaskan pengukus. Susun papercup ke dalam acuan lompang/muffin/bekas plastik. Sudukan atau paipkan adunan putih dan milo berselang seli. Lorekkan mengikut kreativiti masing-masing. Jika guna acuan, sapukan sedikit minyak pada acuan sebelum masukkan adunan.
5.Kukus selama 20 minit dengan api sederhana kuat. Jika guna acuan besar kukus selama 30-45 minit. Siap untuk dihidang.

Kredit: #norfazidagda

IKLAN