Makan

Ikan Masak Bawang Asam, Ringkas Tapi Sedap!

Share
Ikan Masak Bawang Asam ini lauk paling senang nak masak. Bahan-bahannya pun ringkas sahaja. Nak masak pun tak renyah. Campak-campak je dah boleh dapat lauk yang sedap.
Resipi mudah ini memang sesuai dijadikan antara menu lauk untuk dimakan bersama keluarga. Biasa makan ikan goreng kunyit, resipi ini memberikan rasa masam asam jawa dan juga sedikit pedas boleh buat makan berpinggan-pinggan.
Kalau tak nak makan dengan nasi, ratah macam tu pun sedap. Rasanya dikongsi oleh Khairul Hakimin Muhammad.
RESIPI IKAN MASAK BAWANG ASAM
BAHAN-BAHAN:
7-10 ekor ikan kembung atau selar atau sardin. Terpulang.
2-3 biji tomato separa masak
3 tangkai daun kari
5 biji bawang merah India
1 senduk cili kering kisar
1 sudu besar halba campur (jintan manis, halba, biji sawi)
2 ulas bawang putih – beli online
1 inci halia – beli online
2 biji cili hijau besar – beli online
1 sudu kecil pes asam jawa
Garam – beli online
BAHAN UNTUK MENGGORENG:
2 susu besar serbuk cili – beli online
2 sudu besar serbuk kunyit – beli online
Sedikit garam

 

CARA MEMBUAT:

1. Gaulkan serbuk cili, serbuk kunyit dan garam bersama ikan.

2. Goreng dalam minyak yang panas.

3. Angkat dan ketepikan.

4.  Guna kuali lain, masukkan minyak goreng ikan tadi. Gunaka sedikit minyak sahaja.

5.  Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili hijau besar, daun kari dan tomato sampai layu sedikit.

6.  Masukkan halba campur. Tumis lagi.

7.  Masukkan sesenduk cili kering kisar.

8.  Masukkan pes asam jawa.

9. Kalau pekat sangat masukkan sedikit air.

10. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

11. Apabila sudah pecah minyak, masukkan ikan goreng tadi.

12. Balik-balikkan ikan. Bolehlah dihidangkan.

Kredit: Khairul Hakimin Muhammad

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN