
Sedar tak sedar kita sudah di pertengahan bulan Syawal. Lauk pauk raya rasanya dah puas makan segala rendang, lontang,nasi impit. Kalau boleh tekak terasa nak makan lauk yang simple seperti yang bergoreng dan singgang.
Menu yang dikongsi oleh Kak Yan pastinya menjadi kegemaran ramai. Apa taknya campak campak siap malah dijamin sedap. Ikan bilis goreng garing dan dimasak bersama belimbing buluh.Huh, memang sedap tak terkata. Makan dengan nasi putih dan memang tak payah lauk lain. Makan bertambah-tambah nanti.
Ikan Bilis Goreng Belimbing Buluh
Bahan-bahan:
300gm ikan bilis
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 biji cili merah (dipotong pendek)
5 biji cili padi merah atau hijau (dipotong pendek)
2 sudu besar kicap ciar
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar sos tiram
2 genggam belimbing buluh
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2.Tinggalkan dalam tiga sudu besar minyak dan masukkkan bawang putih. Masak sehingga perang.
3.Masukkan cili merah dan cili padi, sos tiram, kicap cair, serbuk lada sulah,gula dan belimbing buluh.
4.Kacau rata dan kemudian masukkan ikan bilis.
5.Akhir sekali ,perasakan dengan garam.
Bosan nak berbaris di kedai, boleh jer beli barang elektrik dengan tawaran murah ini. Jom layari https://invol.co/cloomx
Kredit resipi & foto: Azian Hasan
Nak Kek Kukus Lembut & Lembab, Ikut 5 Resipi Norbaini Rahwi Ni
Buat Sendiri Steambot Ala Johnny, Anak-Anak Mesti Suka

Musim cuti sekolah ni, anak-anak mesti selalu rasa lapar dan mak-mak mestilah memasak dalam kuantiti yang banyak.
Kalau nak mesrakan lagi suasana makan bersama keluarga di rumah, bolehlah buat hidangan steamboat dan sup ala Johnny yang sedap ini.
Resipi yang dikongsi Aisyah Humaira ini, memang puas hati makan dan hampir sama rasanya seperti yang asal.
STEAMBOT & SOS HOMEMADE ALA JOHNNY
BAHAN UNTUK BUAT SOS
BAHAN KISAR:
10 biji lada merah besar (dibuang biji)
10 biji cili padi merah (jika tak suka pedas, boleh kurangkan)
4 ulas bawang putih
1 genggam batang ketumbar bersama akarnya
*Kisar semua ni hingga lumat bersama sedikit air
BAHAN SOS:
½ botol sos cili – beli online di sini
2 sudu besar minyak bijan –beli online di sini
5 sudu besar sos ikan – beli online di sini
5 sudu besar cuka – beli online di sini
2 sudu besar sos tiram – beli online di sini
1 sudu besar sunquick
2 kiub pati ayam know
2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan ½ gelas air)- beli online di sini
2 gelas air
Garam & gula secukup rasa
2 sudu besar bijan putih
1 mangkuk kecil daun ketumbar | dihiris halus
6 biji bawang putih | dicincang halus – beli online di sini
Dapatkan Cuoco Premium Stainless Steel Knife Set dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan kisar dan bahan sos dalam periuk, kecuali air tepung jagung dan daun ketumbar.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Kacau rata dan masak hingga mendidih, kemudian masukkan air tepung jagung dan kacau sebati.
3. Perlahankan api dan biarkan sos mereneh 20 minit atau hingga kuah agak pekat dan berkilat.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Rasa masam, pedas, manisnya jika ada yang terkurang tambah garam, gula atau apa-apa yang perlu tabur hirisan daun ketumbar. Banyak lagi sedap.
5. Jika sos cair, tambah air bancuhan tepung jagung tapi jika terlalu pekat tambah sedikit air. Siap sos steamboat.
BAHAN SUP STEAMBOAT:
3 ulas bawang putih | ditumbuk
2 biji bawang merah kecil | ditumbuk – beli online di sini
Sedikit minyak untuk menumis
3 ketul kiub pati ayam – beli online di sini
1 sudu besar serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam, gula secukup rasa
1 batang kecil lobak putih | dihiris bulat
1 jag air atau mengikut banyak kuah yang diingini
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih dan serbuk lada hitam hingga naik bau, kemudian masukkan air.
2. Bila dah mendidih masukkan kiub pati ayam dan semua bahan berbaki satu persatu.
3. Bila sup dah masak, bolehlah masukkan bahan-bahan steamboat.
Kredit resipi: Aisyah Humaira
Kelas Online Rasa kini kembali & ia PERCUMA!
Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kukus Boleh, Bakar Pun Boleh, Puding Roti Dengan Sos Kastard
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Nasi Goreng Cili Padi Padu. Terlajak Mudah Resipinya

Penggemar Nasi Goreng yang pedas dan padu, mesti cuba resipi Nasi Goreng Cili Padi perkongsian saudari Har Ryea yang sangat ringkas ni. Bahan-bahannya sangat ‘simple’ dan kebanyakannya memang sedia ada di dapur kita. Jadi, jom masak menu ini untuk keluarga. Jika ada anak kecil, mungkin boleh kurangkan bilangan cili padinya. Selamat mencuba!
RESEPI NASI GORENG CILI PADI PADU
BAHAN-BAHAN:
- Nasi secukupnya
- 2-3 ulas bawang merah – beli online disini
- 1-2 ulas bawang putih – beli online disini
- Sedikit cili padi hijau
- 2 biji cili hijau
- Ikan bilis – rendam dalam air seketika – beli online disini
- Sedikit belacan – beli online disini
- 3 biji telur
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi hijau, cili hijau, ikan bilis dan belacan.
2.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai garing.
3.Masukkan garam dan serbuk perasa dengan secukupnya.
4.Seterusnya pecahkan telur. Ratakan dengan perlahan-lahan sambil dimasak guna api kecil.
5. Kemudian masukkan nasi dan gaul rata sampai sedikit berwap.
6. Angkat dan Nasi Goreng Cili Padi sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Har Ryea
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Aneka Sate Sedap Boleh Masak Untuk Hari Raya

Tidak lengkap rasanya hari raya tanpa adanya hidangan sate yang sedap. Selain menjadi kegemaran ramai, menu ini juga mudah disediakan dan boleh disediakan awal. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas. Oleh itu bagi anda yang nak cuba buat sendiri sate di hari raya ni, berikut adalah resipi-resipi yang anda perlukan. Selamat mencuba!
1. SATE AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | dibersihkan
- 5 sudu makan madu
BAHAN KISAR:
- 15 ulas bawang merah
- 8 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 10 tangkai cili kering – ikut kepedasan sendiri
- 7 batang serai
- 2cm kunyit hidup
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan jintan manis
- 1 sudu makan jintan putih
- 150gm gula
- Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
- Ayam dibersihkan dan diambil isinya. Potong dadu dan masukkan ke dalam bekas besar.
- Kemudian tuang bahan kisar. Gaul rata.
- Tuangkan madu. Gaul lagi hingga semua bahan sebati. Perap selama 2 jam.
- Cucu isi ayam pada lidi dan bakar hingga masak.
- Sedia untuk dinikmati.
2. SATE DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang | dihiris nipis
- 30 ulas bawang merah | dikisar
- 15 ulas bawang putih | dikisar
- 20 tangkai cili kering | dikisar halus
- 5cm kunyit hidup | dikisar halus
- 3 batang serai | dikisar halus
- 3cm lengkuas | dikisar halus
- 3cm halia | dikisar halus
- 3 sudu teh jintan manis | dikisar halus
- 3 sudu teh jintan putih | dikisar halus
- 3 sudu makan gula
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak sapi | dicairkan
- 1 batang serai | dititik
- Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bersihkan daging danperapkan bersama bahan yang telah dikisar halus. Tambahkan garam serta gula secukupnya. Perap semalaman.
- Cucuk daging pada lidi sate dengan kemas. Jangan susun terlalu rapat kerana akan menyebabkan sate masak tidak sekata.
- Bakar sate sehingga masak. Ambil serai dan celup pada cairan minyak sapi dan sapu pada daging supaya tidak kering semasa dibakar .
- Sedia dinikmati.
3. SATE HATI DAN PEDAL
BAHAN-BAHAN:
- 250gm hati ayam | dipotong dadu
- 250gm pedal ayam | dihiris kecil
- 50gm cili kering | dikisar
- 10 ulas bawang putih | dikisar
- 17 ulas bawang merah | dikisar
- 3cm lengkuas | dikisar
- 2 batang serai | dikisar
- 4cm halia | dikisar
- 4 sudu makan serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
- Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan hati dan pedal ke dalam bekas. Kemudian gaulkan bersama serbuk kunyit, garam dan gula dengan secukupnya.
- Kemudian masukkan bahan kisar. Gaul rata dan perap selama satu jam.
- Cucuk hati dan pedal hingga habis dan bakar hingga masak.
- Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Sebaiknya hati dan pedal dicucuk pada lidi secara berasingan kerana pedal mengambil masa yang lebih lama untuk masak.
4. SATE IKAN
BAHAN-BAHAN:
- 1kg isi ikan dori sejuk beku | di nyahbekukan
- 10 ulas bawang merah | dikisar
- 1 ulas bawang putih | dikisar
- 1/2 sudu makan serbuk kunyit
- 5 sudu makan gula perang
- 1 sudu teh jintan manis | dikisar
- 1 sudu teh jintan putih | dikisar
- 4cm halia | dikisar
- 4cm lengkuas | dikisar
- 2 batang serai | dikisar
- Garam secukupnya
- Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
- Ikan dori dihiris nipis dan digaul bersama garam, gula perang serta serbuk kunyit.
- Kemudian masukkan bahan kisar. Ratakan dan perap selama 30 minit.
- Cucuk isi ikan pada lidi dan bakar hingga masak.
- Sedia untuk dihidangkan buat tetamu yang bertandang.
Info chef: Elakkan menghiris isi ikan dengan terlalu nipis kerana sate akan menjadi terlalu kering.
5. SATE KAMBING
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging kambing | dihiris nipis
- 10 ulas bawang putih | dikisar
- 20 ulas bawang merah | dikisar
- 3cm lengkuas | dikisar
- 2 batang serai | dikisar
- 4cm halia | dikisar
- 3 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu teh jintan manis
- Garam dan gula secukup rasa
- Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan daging kambing, serbuk kunyit dan jintan mans ke dalam mangkuk. Gaul rata.
- Kemudian tambahkan gula serta garam dengan secukupnya. Biarkan selama 20 minit.
- Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Gaul sekata dan perap lagi selama satu jam.
- Cucuk daging kambing pada lidi dan bakar hingga masak.
- Angkat dan nikmati bersama kuah kicap pedas.
Info chef: Guna daging yang sedikit berlemak untuk mendapatkan rasa sate yang berjus dan enak selepas dibakar.
6. SATE LILIT
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi ayam kisar
- 1 biji cili merah | dicincang
- 1 biji putih telur
- 2 sudu makan daun bawang cincang
- 2 sudu makan daun ketumbar cincang
- 2 helai daun limau purut | dihiris nipis
- 1 sudu makan sos ikan
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
- 1 sudu makan tepung jagung
- Serai secukupnya | dibersihkan
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Masukkan isi ayam ke dalam mangkuk dan tambahkan putih telur, tepung jagung, sos ikan, garam dan juga serbuk lada sulah. Gaul rata.
- Kemudian masukkan cili merah, daun bawang, daun ketumbar dan daun limau purut. Gaul lagi hingga semua bahan sebati.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kecil dan kepalkan pada batang serai dengan kemas.
- Sapukan sedikit minyak masak pada pemanggang dan bakar sate lilit hingga masak.
- Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Jika mahukan sate yang lebih harum, serai boleh dibelah dua sebelum dikepal dengan adunan ayam cincang.
7. SATE PADANG
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging | dihiris nipis
- 800 ml air
- 4 batang serai | dihiris nipis
- 2 helai daun kunyit | dipotong kecil
- 5 helai daun limau purut
- 85gm tepung beras | dilarutkan dengan sedikit air
- 2 sudu makan tepung kanji | dilarutkan dengan sedikit air
- Lidi sate secukupnya
BAHAN KISAR:
- 12 ulas bawang merah
- 7 ulas bawang putih
- 7 biji cili merah
- 4 biji cili api
- 1 sudu teh biji ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 5cm kunyit
- 4cm halia
- 2cm lengkuas
- Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan air dan masukkan daging dan rempah yang dikisar. Biarkan mendidih.
- Kemudian masukkan daun kunyit, serai dan daun limau purut. Masak hingga rempah sebati dan kelihatan masak.
- Toskan daging, cucuk pada lidi dan bakar sehingga masak.
- Panaskan air rebusan daging dan tambahkan bancuhan tepung beras dan kanji. Kacau hingga sebati dan kelihatan sedikit likat. Perasakan dengan garam dengan secukup rasa.
5. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Guna daging batang pinang bagi mendapatkan sate yang lembut.
8. SATE TULANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg rangka ayam | dipotong kecil
- 8 ulas bawang merah | dikisar halus
- 5 ulas bawang putih | dikisar halus
- 3cm lengkuas | dikisar halus
- 3 batang serai | dikisar halus
- 3cm halia | dikisar halus
- 3cm kunyit | dikisar halus
- 2 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
- 2 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
- 2 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
- 3 sudu makan gula merah
- Garam dan gula putih secukup rasa
- Sedikit minyak masak
- Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
- Gaul rangka ayam bersama gula merah, gula putih dan garam secukup rasa. Biarkan seketika,
- Kemudian masukkan bahan-bahan sangai dan dikisar halus. Gaul rata dan perap selama 2 jam.
- Cucuk tulang ayam pada lidi dengan kemas dan bakar sehingga masak dan kelihatan garing.
- Sesekali, sapukan sedikit minyak bagi mengelakkan isi ayam menjadi terlalu kering.
- Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Semakin lama diperap, semakin enak rasanya.
9. SATE PERUT
BAHAN-BAHAN:
- 1kg perut lembu | direbus empuk
- 200 gm bawang merah | dikisar
- 6cm lengkuas | dikisar
- 2 batang serai | dikisar
- 5 cm halia | dikisar
- 2 sudu teh jintan manis | dikisar
- 2sudu teh ketumbar | dikisar
- 2 labu bawang putih | dikisar
- 6 sudu makan serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
- Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
- Perut lembu yang telah empuk dihiris bentuk empat segi kecil. Ketepikan.
- Satukan kesemua bahan kisar di dalam bekas. Gaul rata. Kemudian masukkan perut lembu tadi. Gaul sehingga semua rempah sebati.
- Masukkan serbuk kunyit dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Gaul lagi hingga bahan perasa menjadi rata. Biarkan selama 1 jam.
- Cucukkan perut pada lidi sate dan bakar hingga masak.
- Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Cuci perut menggunakan kapur makan bagi membuang bau serta kotoran dan bilas hingga bersih sebelum direbus.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Paling Sedap! Resipi Kuah Kacang Daging Ni Anda Kena Cuba Raya Nanti
Cara-Cara Buat Ketupat Lemak Versi Homemade. Masak Guna Rice Cooker Je!
10 Resipi Rendang Paling Popular, Sedap & Mudah Untuk Sajian Tetamu Di Hari Raya.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official