Ikan Bakar Kayu Putih Ala Bugis Dengan Bumbu Istimewa Daun Selasih

Share

Resepi ikan bakar sedap apbila dimasak dengan menggunakan bahan sambal istimewa. Campuran buah keras dan daun selasih memberi rasa unik pada ikan bakar.

IKAN BAKAR KAYU PUTIH BAKAR

BAHAN UTAMA:

  • 1 ekor ikan kayu putih

BAHAN SAMBAL:

  • Cili padi (iukt tahap kepedasan yang diingini)
  • Limau kasturi
  • 2 biji bawang besar- kalau kecil pakai 3 biji
  • 2 biji bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu teh garam
  • Daun selasih (daun kemangi)
  • 3 sudu minyak.

 

 

CARA MEMASAK:

1. Tumbuk semua bahan-bahan tadi kecuali limau. Perasakan dengan garam secukup rasa.

 

2. Masukkan daun kemangi dan tumbuk sekali dengan bahan tadi.

 

3. Campurkan dengan minyak dan gaul rata.

 

3. Belah dua ikan tetapi jangan sampi putus (seperti dalam gambar)

 

4. Lumurkan rata bahan sambal dalam ikan.

 

5. Bakar ikan sampai masak. Sudah masak baru perahkan limau. Siap boleh dihidangkan.

 

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Dian Fzl Nizam

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

http://www.rasa.my/lauk-campak-campak-kuoh-singgang-ikan-tenggiri-cara-terengganu/

IKLAN