Bila kita shopping barang memasak, biasanya dalam kuantiti yang banyak. Jadi bagaimana nak menyimpannya pula secara teratur agar mudah nak guna bila diperlukan.Inilah antara kelemahan bagi kebanyakan orang bila saat nak menyusun atur.
Menyimpan bahan makanan di dalam peti sejuk perlu dilakukan dengan tepat. Jika menyimpan bahan makanan di peti sejuk secara tidak tepat, akan membuat bahan makanan yang anda simpan tersebut menjadi lebih mudah rosak dan akhirnya terbuang dengan sia-sia.

Untuk itu, perlu sekali mengetahui pada peti sejuk bahagian mana sebaiknya anda menyimpan bahan makanan. Boleh tiru cara Idzyan Ismail menyusun atur dalam peti sejuknya agar kemas dan sedap mata memandang.” Saya banyak tengok facebook untuk dapat idea cara simpan makanan yang betul. Sedikit sebanyak memberi idea kepada saya untuk kemas cara saya dengan warna pink”ceritanya.
Mungkin idea ini memberi semangat dan inspirasi untuk anda menyusun atur peti sejuk jadi lebih teratur.

1. Gambar sebelum peti beku dikemas

2. Sebelum peti sejuk dikemas.

3. Saya beli botol sos banyak-banyak di shopee

4. Beli bekas dan balang kat mr diy

5. Saya basuh semua botol dan buang label yang ada kat botol tu

IKLAN

6. Refill semua sos dalam botol.

7. Saya design sticker label sendiri guna photoshop, print atas kertas sticker, dan laminate untuk bagi jadi kalis air.

8. Transfer semua barang ke bekas baru. Bekas yang bukan transparent sesuai la untuk buat simpan fries & nugget. Baru tak nampak semak. Untuk bekas transparent sesuai untuk letak ayam, ikan, udang sotong. Saya bahagi siap-siap portion untuk dua orang makan. Senang kerja untuk defrost nanti

9. Bahagian tepi peti beku, saya letak dalam bekas daging cincang dan ais krim batang. Dalam plastik saya simpan daging. Ikut portion dua org makan. Simpan dalam plastik lagi jimat ruang dan boleh guna ruang yang di tepi ni.

10. Sebenarnya bila kita transfer ke botol lain, lagi banyak ruang kita boleh guna. Kebetulan botol tu ngam-ngam dengan rak tepi ni.

11. Saya guna bakul untuk saya sorok semak dalam peti. Saya kategori kan 4 bahagian iaitu pes masakan, leftover food, baking dan breakfast.

IKLAN

12. Segala makanan yang under kategori tersebut saya simpan dalam bakul. Bakul ni boleh sorok semak dan memudahkan kita nak ambil maknan. Tarik saja bakul untuk ambil makanan yang belakang sekali.

13. Semua botol di label, Tarikh luput saya lekat tape di bawah botol. Tapi selalunya tak sampai expired pun dah habis.

INGIN MEMBELI BLENDER BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.

IKLAN

Cara Simpan Rempah Ratus Dan Bahan Masakan Supaya Tahan Lama

Microwave Kurangkah Khasiat Makanan ? ‘Andaian’ atau Fakta? Cubalah Resipi Brownie Cepat Ini.

Tip Hilangkan Kesan Minyak Pada Bekas Plastik, Hanya Guna Garam & Sabun

Perkongsian: ByIdzyan Ismail & idzyanismail