Asyik dengan menu yang sama, mak-mak yang masak bosan apa lagi anak dan encik suami yang makan. Apa kata anda teroka menu Thai yang menang terkenal dengan keenakan masakannya yang kaya dengan aroma herba segar seperti serai, daun limau purut dan daun basil Thai. Kalau berani mencuba ini ada tiga menu yang sangat sedap dan tidak pedas, gerenti anak dan encik suami tak percaya ini adalah air tangan anda.
AYAM PANGGANGTHAI & SOS KACANG
BAHAN-BAHAN:
Ads
500gm isi dada ayam
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan gula perang
2 sudu makan minyak sayur
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh halia yang telah dikisar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
3 ulas bawang putih
Sedikit parut kulit limau nipis
1/2 sudu teh garam
BAHAN SOS:
200gm santan
3 sudu makan peanut Butter
2 sudu makan pes kari merah
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan jus limau nipis
Sedikit garam jika perlu
CARA MEMASAK:
Potong dadu isi dada ayam 2cm X 2cm, cuci bersih dan toskan.
Campurkan semua bahan perapan, kicap cair, gula perang, minyak, serbuk kari, halia, bawang putih , serbuk jintan dan parutan kulit limau di dalam mangkuk.
Gaul rata, kemudian masukkan ayam. Gaul lagi hingga sebati.
Balut mangkuk dengan plastic wrap dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya empat jam. Perap lebih lama lebih sedap.
Bagi menyediakan sos, campurkan santan, peanut butter, gula perang, kicap cair dan pes Kari Merah Thai dalam periuk, kacau rata dan didihkan atas api sederhana hingga kuah pekat.
Tutup api dan ke tepikan.
Sementara itu, panaskan pemanggang. Cucukkan ayam yang telah diperap dengan lidi sate hingga habis.
Panggang lebih kurang 10 minit (sentiasa balik-balikkannya).
Setelah masak hidangkan bersama dengan sos kacang yang telah dimasak tadi.
SUP AYAM BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
200gm isi dada ayam | hiris nipis
100gm cendawan putih
200gm santan
1 cawan air
3cm lengkuas | hiris nipis
1 batang serai | titik
6 helai daun limau purut
6-8 biji cili padi | titik
3 sudu makan sos ikan
2 1/2 sudu makan sus limau nipis
1 sudu makan daun ketumbar cincang
CARA MEMASAK:
Masukkan air, serai, hirisan lengkuas, cili, daun limau purut di dalam periuk dan didihkan di atas dapur dengan api sederhana.
Setelah mendidih masukkan hirisan isi dada ayam dan cendawan, biarkan mendidih beberapa minit atau hingga cendawan masak.
Masukkan santan dan biarkan mendidih beberapa minit, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum tutup api, masukkan hirisan daun ketumbar.
Sedia dihidangkan.
Ads
KERABU DAGING
BAHAN-BAHAN:
450gm daging batang pinang | panggang
Sedikit minyak masak
1 cawan daun bayam
1/2 cawan daun pudina
1/2 cawan daun ketumbar
3 ulas bawang merah | hiris
6-8 biji tomato ceri | belah dua
BAHAN SOS:
1/4 cawn jus limau nipis
5 sudu makan sos ikan
4 biji cili padi | hiris
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ads
Hiris nipis daging yang telah dipanggang tadi.
Untuk menyediakan sis, campurkan sos iakn, jus limau nipis hirisan cili padi dan gula perang di dalam mangkuk, Kacau rata dan sebati.
Seterusnya masukkan hirisan daging bersama tomato ceri, daun bayam, pudina dan ketumbar di dalam mangkuk salad. Tuangkan sos dan gaul rata,
Sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ingin mengadakan Open House, tapi nak yang bajet,. Ini ada enam menu lauk paling murah berasaskan ayam, ia mudah disediakan, sedap dan ramai sukakannya. Lagi pun lauk ayam boleh dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan seperti nasi impit, ketupat palas, lemang dan aneka jenis nasi.Janji open house korang tetap meriah, tetamu berselera makan.
OPOR AYAM KUNING
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong sederhana
500ml santan pekat
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu the serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk lada hitam
3cm lengkuas | titik
2 helai daun salam
2 batang serai |titik
1 sudu makan gula perang
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
10 ulas bawang merah
3cm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
6 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Masukkan separuh santan dalam periuk, kemudian tambah ke dalamnya bahan kisar, serbuk ketumbar, jintan dan lada hitam.
Kacau rata dan biarkan ia mendidih di atas api sederhana.
Masukkan ayam kacau rata. Setelah ayam kecut, masukkan lebihan santan, asam gelugor, daun salam, lengkuas dan serai.
Terus didihkan ayam hingga ayam empuk dan kuah pekat.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa dan masak, tutup api.
Opor ayam sedia dihidangkan dengan nasi impit atau ketupat.
AYAM PALEMBANG:
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecil dan sederhana
4 batang serai | titik
2 sudu makan kerisik
1 cawan kicap pekat manis
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering | rebus dan tos
1 biji bawang besar | hiris
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm lengkuas
2cm halia
BAHAN REMPAH PENUMIS:
3cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan serdikit garam halus dan serbuk kunyit. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan rempas penumis hingga wangi.
Seterusnya masukkan bahan kisar bersama serai hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan ayam, gaul rata dan tambahkan sedikit air dan masak atas api sederhana.
Setelah ayam masak, masukkan kicap, kerisik dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api biarkan mereneh lebih kurang tiga minit.
Tutup api dan ayam sedia dihidangkan.
AYAM RENDANG MINANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong sederhana
500ml santan pekat
2 sudu makan kerisik
6 helai daun limau purut
4 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar | hiris
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
10 tangkai cili kering | rebus
5 biji buah keras
3cm lengkuas
2cm halia
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama serai dan daun limau purut.
Setelah timbul minyak dan wangi, masukkan ayam, kacau rata dan tutup seketika kuali.
Selepas 2-3 minit buka penutup dan kacau rata lagi.
Biarkan mereneh atas api sederhana hingga air ayam kering.
Masukkan santan dan asam gelugor.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah kuah pekat, masukkan kerisik dan kacau lagi.
Kecilkan api, biarkan ia mereneh lebih kurang lima minit lagi.
Tutup api dan rendang sedia dihidangkan.
AYAM SAMBAL DAUN LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana dan bersihkan
1 biji limau nipis | ambil airnya sahaja
5 helai daun limau purut | hiris halus
1 batang serai titik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 biji cili merah
10 tangkai cili kering | rebus
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar bersama serai dan hirisan daun limau purut hingga wangi.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul rata dan perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis tadi.
Kecilkan api dan biarkan mereneh seketika.
Tutup api dan ayam sambal sedia dihidangkan.
AYAM SAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana
1 biji limau nipis | ambil airnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
8 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan garam halus dan sedikit serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan ayam,goreng tadi gaul rata.
Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, renenhkan seketika baru tutup api.
Sambal ayam sedia dihidangkan.
AYAM RENDANG KERUTUP
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana
500ml santan
2 sudu makan rempah kerutup
3 sudu makan pes cili kering
3 sudu makan kerisik
4 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
3cm lengkuas
BAHAN SANGAI DAN KISAR:
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN REMPAH PENUMIS:
3cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, pes cili kering dan serai,
Kacau rata dan tambahkan rempah kerutup yang dibancuh dengan sedikit air.
Setelah pecah minyak masukkan ayam, kacau rata supaya ayam sebati dengan bahan tumisan.
Apabila ayam kecut dan air tumisan kering, masukkan santan dan asam gelugor.
Biarkan rendang mereneh atas api sederhana hingga kuah pekat.
Tambahkan kerisik, taburkan bahan sangai yang telah dikisar. Kacau lagi.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan biarkan rendang mereneh seketika hingga pecah minyak.
Jom! lari dari masakan telur yang biasa. Goreng telur mata kerbau masak berkuah tomyam yang super sedap. Nampak ringkas tapi memang puas hati bila poket mula sesak.
TOMYAM PEACH TELUR MATA KERBAU
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur (digoreng mata kerbau separuh masak)
4 batang sosej (potong 4 bahagian)
1 bungkus cendawan enoki
2 biji tomato belah 4
BAHAN B (MENUMIS):
1 bawang besar holland (dimayang halus)
3 biji bawang putih diketuk
3 tangkai cili padi
halia
BAHAN-BAHAN
2 btg serai dititik
4 helai daun limau purut
2 ketul stock tomyam
1 sudu kecil jus limau nipis
1 sudu mkn susu pekat manis
daun ketumbar
garam n perasa
CARA MEMASAK
Panaskan sedikit minyak kemudian masukk bahan menumis. Tumis sehingga wangi dan jangan garing sampai kehitaman.
Kemudian masukk air dan bersama bahan-bahan lain. Tunggu sehingga mendidih.
Sudah mendidih masukk bahan A. Biar seketika. Rasa semua sudah sedap masam-masam manis boleh tutup api.