Idea Rak Dapur Rustic Dari Laci Terpakai. Jimat & Beri Manfaat Di Ruang Dapur

Share

Kalau anda pencinta seni pasti menyukai kerja seni yang dihasilkan oleh Norpadilah Binti Afandi ini sangat mengagumkan. Laci dari kayu lama ditukar menjadi rak dapur yang memberi manfaat di dapur. Bila dah dicat, hasilnya memang terserlah seninya. Anda yang berhajat nak buat sendiri ini boleh ikut langkah berikut.


1. Laci rosak dan terpakai. Kita hanya guna papan kiri kanan dan belakang sebab bahagian depan bukan kayu solid, tapi campuran habuk papan.


2. Laci terpakai macam ini dan papan 4 keping untuk buat pintu rak.


3. Guna gam kayu untuk gam papan pintu rak.


4. Bila gam kering dan kuat dalam anggaran 4 jam, boleh attach paku tembak atau stapple khas untuk perabut tu. Tapi kalau tak ada alatan itu,antara solusinya kita boleh guna bracket macam ni. Ketuk bracket bagi rata dan pakukan ke cantuman papan untuk kukuhkan lagi ketahanan pintu.


5. Boleh gosok guna kertas pasir untuk licinkan permukaan bagi memudahkan kerja mengecat nanti.


6. Kita gunting chicken wire atau dawai mata punai ( beli kat hardware ).Ikut saiz pintu dan stapple kan.



7. Pasangkan plywood di bahagian belakang dan papan rak ikut kesesuaian macam ni pada laci tadi.



8. Kita cat guna cat air biasa warna putih dengan kaedah guna kain buruk untuk bagi nampk rustic.



9. Pasangkan aksesori dan kunci. Kita guna dawai biasa dan aksesori tu tombol pintu kabinet yang dah patah, kitar semula.

Kredit: Norpadilah Binti Afandi

INGIN MEMBELI KUALI NON STICK, BOLEH LIHAT DI SINI.

IKLAN