Biarpun baru beroperasi, Hotel Tenera menjanjikan fasiliti yang terbaik buat tetamunya.  Hotel Tenera yang diurus oleh KPF Hotel Management Sdn Bhd merupakan 100% dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad.

Turut diberi pengiktirafan sebagai Best Outstanding 4-Star Hotel 2018 oleh Hospitality Asia Platinum Awards (HAPA.)

Hotel Tenera Penuhi Citarasa Pelanggan

Untuk tempoh kurang dari setahun beroperasi, hotel ini telah pun menyediakan pelbagai kemudahan asas dan kemudahan tambahan kepada tetamu, pihak pengurusan hotel mengambil peluang kemenangan ini untuk memasarkan hotel dan meningkatkan jualan dengan lebih tinggi.

Kemudahan tambahan juga ditambah dengan variasi yang pelbagai, termasuklah 302 bilik mewah di hotel dan 200 bilik apartmen. Apartmen terbahagi kepada tiga stail yang berbeza. Terdapat juga 3 kolam renang, gimnasium, bilik permainan, bilik mesyuarat, dewan besar kapasiti 1000 orang.

IKLAN

Hotel Tenera Penuhi Citarasa Pelanggan

Terdapat tujuh jenis restoran yang mempunyai konsep pelbagai iaitu, restoran mewah, makanan laut restoran terbuka dengan harga berbaloi iaitu Selasih Restoran, dan pelbagai lagi.Menampilkan menu yg menarik dengan harga yg mampu bilik. Hotel Tenera tampil dengan menu yang menepati citaras untuk warga muda mahupun berusia.

Hotel Tenera Penuhi Citarasa Pelanggan

IKLAN

Untuk keselesaan tetamu, 600 unit kawasan letak kenderaan disediakan, perkhidmatan buggy, live band setiap hari kecuali Isnin dan pelbagai kemudahan mesra pelanggan yang lain.

Lagi kemudahan yang baru beroperasi ialah, Serai Pool yang menampilkan dua jenis kolam renang iaitu kolam renang terbuka dan kolam renang khas untuk wanita, hijab pool, bilik penyusuan, bilik permainan dan kafe. Serai Pool mula operasi dari jam 7 pagi hingga 7 malam.

IKLAN

“Menampilkan hotel berteraskan muslim friendly, hotel ini mempamerkan kakitangan wanita yang berhijab selain kebersihan adalah identiti utama hotel dalam mengekalkan konsep itu, kata Encik Fadzly Hamzah, Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Tenera.

Hotel Tenera Penuhi Citarasa Pelanggan

Bukan hanya bilik hotel dan apartmen mewah, hotel ini juga menjanjikan pengalaman berbeza,  yang lain daripada hotel lain. Hotel ini memberikan servis mesra pelanggan dari pintu masuk hotel disambut mesra oleh bellman dan penyambut tetamu sehinggalah tetamu hotel daftar keluar dari hotel, layanan mesra dari kakitangan hotel ini merupakan salah satu faktor kemenangan mereka di HAPA.

Terletak di kawasan strategik iaitu lima minit dari laluan keluar ke lebuhraya KLIA dan ibu kota negara, Kuala Lumpur, Hotel Tenera berdekatan dengan kawasan membeli-belah dan kawasan makanan pilihan umum.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI