Siapa yang tak suka makan roti sapu kaya kan.. Baik yang siap terus atau makan di kedai kopitiam, tapi kalau boleh berjimat tak salah untuk kamu cuba buat resipi kaya homemade ni. Paling bagus kamu boleh kawal sendiri gula takat mana yang kamu mahukan nak manis ke kurang manis! Selamat mencuba…
RESIPI KAYA NYONYA KARAMEL
BAHAN-BAHAN:
Ads
6 biji telur gred A
600ml pati santan
300gm gula halus (blh kurangkan klau x nak manis)
4 helai daun pandan, disimpul
100gram gula pasir*
160ml air panas*(*untuk gula hangus @ karamel)
CARA MEMBUAT:
1. Masak gula pasir hingga cair dan keperangan, jangan sampai gelap, nanti pahit. Sentiasa kacau semasa memasak karamel. Kemudian tuangkan air panas, tuang hingga habis, kacau hingga sebati dan sejukkan.
2. Dalam satu bekas, masukkan telur dan gula halus, kacau rata dengan whisk hingga gula larut. Tuang santan dan karamel yang telah sejuk tadi. Kacau hingga semua sebati. Tapis bancuhan tadi.
3. Tuang ke dalam periuk, masukkan daun pandan. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa hingga bancuhan kelihatan pekat. Kecilkan api, dan terus mengacau hingga ia kental, kurang lebih 11/2jam. Tutup api.
4. Keluarkan daun pandan. Isi kan kaya tadi ke dalam botol yang bersih. Biar kaya betul2 sejuk sebelum ditutup. simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.
RESIPI KAYA PANDAN NYONYA
BAHAN-BAHAN:
Ads
350 ml pati santan
3 biji telur gred A
5-6 helai daun pandan
150 gram gula pasir (tak nak manis blh kurangkan)
Secubit garam
1 helai daun pandan, disimpul
CARA MEMBUAT:
1. Daun pandan dicuci, kemudian lap kering. Potong kecil dan masukkan ke dalam blender. Tuang pati santan. Kisar hingga daun pandan hancur. Tuang dalam tapis dan perah hingga hampas daun pandan kering, asingkan. Ketepikan sebentar.
2. Pukul telur dan gula hingga larut dan berkrim, gunakan whisk. Tuang santan (no. 1) dan pukul sebati. Masukkan secubit garam, kacau rata dan tapis sekali lagi ke dalam periuk. Masukkan daun pandan yang disimpul. Masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti.
3. Masak hingga pekat, keluarkan daun pandan dan terus memasak dengan api kecil hingga kaya kelihatan kental. Masak sekejap lagi dan boleh matikan api, biarkan sekejap. Isi kaya pandan dalam botol bersih yang telah dikeringkan terlebih dahulu. Biar kaya sejuk, baru ditutup dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
Ads
Kongsi resipi: Noor Azlina Khalil
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sedapnya Ayam Bakar dan Nasi Planta ni. Sekali imbas, tengok menu macam yang beli di restoran kan? Walhal, masak sendiri je di rumah. Mudah je sebenarnya nak sediakan hidangan begini. Kos pun tak mahal berbanding yang dibeli. Saudari Nur Aisya ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS & NASI PLANTA
RESIPI AYAM BAKAR:
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz kecil @ 4 ketul whole leg
1 biji ubi kentang – beli online disini
Sedikit mentega
SAYUR BAKAR BERSAMA AYAM( boleh ubah ikut citarasa):
Brokoli
Lobak merah
Ubi kentang
Bawang holland
Cendawan Shiitake
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan-bahan kisar ke dalam kuali. Masak tanpa minyak.
2. Rasa bahan perapan. Jika ada kurang rasa ( contohnya kurang masin atau manis), boleh tambahkan perasa masa ni.
3. Seterusnya masukkan ayam ke dalam kuali.
4. Tambahkan ubi kentang yang telah dipotong.
5. Reneh ayam hingga masak dan kuah menjadi pekat. Ia penting bagi memastikan ayam masak sempurna bila dibakar nanti.
6. Jika kuah sudah pekat tapi ayam belum masak, tambah air sedikit demi sedikit sehingga ayam masak sempurna. Bila ayam sudah masak, angkat dan ketepikan.
7. Ambil ubi kentang yang direbus bersama ayam tadi. Kisar halus. Kemudian tuang kembali ke dalam kuali berisi sos.
8. Bila dimasukkan kisaran kentang, sos akan jadi pekat begini dan berlemak.
9. Masukkan ayam ke dalam tray pembakar. Susun sayur-sayuran dengan secukupnya.
10. Letak sedikit mentega di atas ayam dan bakar pada suhu 200C selama 60 minit. Bakar guna api atas bawah selama 15 minit. Selebihnya bakar guna api atas sahaja.
11. Angkat dan hidangkan ayam bersama nasi planta.
RESIPI NASI PLANTA
BAHAN-BAHAN:
Beras – bersih dan toskan
Planta secukupnya
1 hiris halia – hiris halus
Bawang besar – hiris
Garam dan sedikit gula
CARA MEMASAK:
1. Cairkan plantan dalam periuk nasi dan tumis bawang besar serta halia hingga layu sahaja.
2. Masukkan beras yang telah dibasuh & di tos. Masukkan juga sedikit gula dan garam untuk menyeimbangkan rasanya.
3. Masukkan air seperti biasa (jumlah air ikut sukatan yang anda biasa letak bila masak nasi). Masak seperti biasa.
4. Angkat dan hidangkan bersama ayam bakar tadi.
Tak tahu nak masak apa untuk makan malam? Hidangan Bihun Bakso ni antara yang boleh dicuba. Resipinya sangat mudah kerana tidak menggunakan banyak bahan. Malah menurut saudari Nur Haziqah, resipi kuah bakso ni diperolehi dari seorang youtuber Indonesia. Pasti sedap! Jom cuba.
CARA MASAK BIHUN BAKSO INDONESIA PALING SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
Bihun – dicelur
Kubis – dihiris
Daun sup – dihiris
Bawang goreng
Sos cili
BAHAN KUAH:
Bebola daging – beli yang siap dihasilkan
2 liter air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 biji buah keras – tumbuk terlebih dahulu
2 inci halia
1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing. 2. Masukkan air dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. 3. Tambahkan bebola daging dan masak hingga mendidih. Ketepikan.
BAHAN SAMBAL KICAP:
10 biji cili padi
5 ulas bawang putih
Kicap secukupnya
CARA MEMBUAT: 1. Kisar semua bahan hingga halus. Kemudian masak hingga pekat.
CARA MENGHIDANG: 1. Masukkan bihun, kubis, daun sup, bawang goreng dan sos ke dalam mangkuk. 2. Sendukkan kuah dan bebola daging dengan secukupnya. 3. Sedia untuk dinikmati.
Ada yang suka dan tidak suka rasanya, tapi selalunya kalau makan telur pindang mesti dekat majlis kahwin. Cara buatannya memang rumit tapi jika kita tidak pelajari boleh pupus jadi kenangan. Masak kena betul untuk dapat rasa dan warna yang sekata. Kalau orang masak untuk orang kahwin mesti masak 1000 biji sekali harung. Ini resipi untuk 30 biji boleh bagi lebih kepada famili yang lain.
TELUR PINDANG
BAHAN-BAHAN:
Telur Ayam Gred C 30 biji Dibasuh terlebih dahulu
Jintan RM2.00 basuh
Ketumbar RM2.00 – basuh
Garam ikut suka
1/2 kilo bawang kecil (diptong 2 atau 3)
5 batang serai diketuk
Lengkuas sebuku macam ibu jari kaki diketuk-ketuk
2 inci halia panjang diketuk-ketuk
Daun jambu batu secekak
Daun senduduk secekak
Daun serai secekak
Daun manggis secekak (kalau tidak ada pun boleh)
Kulit bawang merah
Kalau suka masukkan sedikit kicap pekat (kalau tidak letak pun tidak apa)
(daun-daun dan bahan-bahan lain harus dibasuh bersih )
CARA MEMASAK:
Terlebih dahulu buat lapisan pertama, ambil periuk dan susun daun-daun dan bahan-bahan yang lain
Masukkan sedikit garam kemudian susun telur diatas daun-daun tadi.
Kemudian susun daun-daun buat lapisan kedua dan susun telur yang selebihnya.
Susun daun-daun dekat atas telur untuk penutup telur dan taburkan garam.
Tuangkan air kedalam periuk dan boleh juga rasa air tu masin atau tidak. Air hendaklah sentiasa menutupi telur. Kalau tidak warnanya nanti tidak cantik.
Letak atas dapur dengan api yg kecil. Rebus telur pindang kalau hendak sedap rebus dalam 4 hari 3 mlm.
Bila sudah masak ambil telur direndam dengan air sejuk supaya tidak melekat. Ok sudah siap.