Homemade Buat Acar Ikan Masin, Sedap Tak Perlu Beli Dah!

Share

Salah satu acar yang ramai mencari waktu puasa sebagai pembuka selera. Tidak terhad pada bulan puasa sahaja, bukan bulan puasa pun acar ikan masin jadi penambah selera kalau kurang selera makan. Wajib cuba kalau tak pernah rasa!

 

Nak beli sebotol kecik aje dah RM18. Ini maybe dalam RM10 dapat agaknya 6 botol! Tapi selalunya tak tahan lama acar ni, cepat habis!!- Ereen Hadi

 

RESIPI ACAR IKAN MASIN

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan masin ~200gm (ikan talang/ kurau/ malong)- rendam dulu sekejap untuk hilangkan lebihan masin
  • Lobak asin ~100gm potong kecil2
  • Bawang merah 8 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia dihiris memanjang
  • Cili padi 20 biji
  • Kismis (raisin)
  • Saya juga tambah (optional):
  • Buah pala kering
  • Jeruk buah salak

BAHAN KISAR:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Cili kering yg sudah diblend, dalam 3 sudu besar

 

  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • Cuka 1 1/2 cawan
  • Gula 1 1/2 cawan
  • Garam jika perlu

 

CARA MEMASAK:

Rendamkan bawang merah, bawang putih (kedua2nya dibelah 2 atau 3) dan halia (hiris memanjang)- didalam cuka (saya tak tambah air didalam . Biarkan.

Sementara itu, gorengkan ikan masin yg telah direndam dan ditoskan. Goreng sehingga garing sedikit. Dan angkat.

Dengan minyak yg sama, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili boh yg telah diblendkan kesemuanya sehingga naik minyak.

Masukkan 1 sudu besar serbuk kari daging dan tumiskan lagi sehingga naik minyak.

Setelah naik minyak, masukkan bahan2 yg telah direndam dengan cuka tadi. Masukkan cuka2 sekali dengan bahan rendaman tadi.

Imbangkan masam cuka dengan gula (saya gunakan gula merah, gula putih pun boleh)

Setelah itu masukkan cili padi, kismis dan lobak asin dan kacau2 sebentar dan masukkan sekali ikan masin. Kacau2 dengan api perlahan sehingga pekat dan likat.

Akhir sekali, perasakan garam (jika perlu), manis gula dan kemasaman cuka lauk ini.

 

Kongsi resipi: Ereen Hadi‎ 

IKLAN