Kalau tekak terasa nak makan pasta, boleh singgah di Mr Mac yang cukup terkenal dengan hidangan pasta yang confirm buat anda terliur. Limpahan keju yang tidak jemu untuk anda nikmati. Serius memang sedap! Lebih cheese, lebih tarik.
Mempunyai lima cawangan di sekitar Lembah Klang, Mr Mac menawarkan pelbagai hidangan makaroni dan spaghetti yang sungguh enak dan lazat. Lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Memang hidangan yang wajib dicuba oleh para pencinta cheese.
Ads
Jika anda sukakan Mac n Cheese, anda boleh cuba nikmati Signature Mr Mac. Memang terbaik. Makaroni yang lembut, ditambah dengan tortilla chips serta cheese yang lemak berkrim menjadikan ia satu hidangan yang cukup sempurna.
Selain itu, ada dua lagi menu bagi makaroni iaitu Lava Mr Mac bagi anda yang sukakan pedas dan Ocean Mr Mac, dilengkapi dengan makanan laut seperti udang harimau dan kupang.
Manakala bagi spaghetti pula, terdapat enam menu yang boleh dipilih mengikut cita rasa anda iaitu Creamy Tomato, Salted Egg, Aglio Olio, Carbonara, Bolognese dan Arabiata. Harga yang ditawarkan juga murah dan berbaloi, bermula RM10 sehingga RM20, mengikut hidangan pilihan anda.
Ads
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan pasta yang lazat di Mr Mac. Sekali cuba, anda pasti nak lagi.
Ingin menikmati Burasak, Lepat Loi juga Asam Pedas Tebu Hitam? Semuanya ada di Rumah Ketupat Cafe. Menu lain juga ada dijual antaranya ketupat nasi, ketupat palas, rendang dan serunding. Memang korang akan rasa macam hari raya kalau menjamu selera di sini. Makan sambil dengar lagu P Ramlee dan 60an di Rumah Ketupat Cafe memang feeling habis.
Kafe yang diusahakan oleh Haji Mohd Johari Awang ini berkonsepkan makanan tradisional Melayu asli.Rumah Ketupat Cafe yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam ini menghidangkan aneka jenis lauk pauk hari raya dengan rasanya yang sangat istimewa.Beroperasi sejak 1 Januari 2019.
“Kerana juadah utama di sini adalah juadah raya. Ketupat sinonim dengan hari raya, jadi kami namakan Rumah Ketupat Cafe,” cerita pemilik.
Apa istimewanya makanan di sini?
Pelbagai jenis ketupat, di bawah satu bumbung. Terutama untuk warga Johor, tak payah tunggu raya untuk lepaskan rindu makan burasak.Ketupat Nasi, Ketupat Palas, Burasak dan Lepat Loi, Rendang Ayam, Rendang Daging, Daging Masak Hitam, Nasi Minyak dan Asam Pedas Tebu Hitam antara signature makanan di sini.
pulut kuning.
ayam masak merah.
Manakala best seller makanan di sini ialah Set Talam Kendara, Asam Pedas Tebu Hitam Ikan Parang dan Ikan Jenahak, Molotov Gearbox Asam Pedas, Nasi Minyak dan Pulut Kuning.
Juadah Bugis seperti Burasak dan Lepat Loi adalah antara menu istimewa di Rumah Ketupat Cafe.Burasak dihasilkan dengan menggunakan beras dan santan dan ianya ada variasi beras pulut. Enak dimakan dengan serunding kelapa dan rendang daging. Lepat Loi diperbuat dari beras pulut dan dibalut menggunakan daun pisang yang muda.
Set Talam Kendara boleh dimakan lima hingga enam orang. Di dalam talam ada Ketupat Nasi 5 biji, Ketupat Palas 8, Burasak 5, Lepat Loi 6, Serunding Kelapa Udang Kering, Rendang Ayam, Rendang Daging, Daging Masak Hitam dan Kuah Kacang. Harga setalam RM100. Memang puas makan.
Asam pedas tebu hitam, fuuuh memang jadi idaman. Asam pedas yang cukup padu. Asam pedas gearbox banyak isi.Kuah pekat, dimasak dengan penuh kasih sayang. Tidak ada rasa perisa tambahan langsung. Pemilik akui bahan rahsia ialah guna tebu hitam untuk masak asam pedas agar ikan tak hancur.
Pendek kata puas hati makan asam pedas di sini. Rasa macam orang dulu-dulu masak.Tapi kalau tak percaya, boleh datang sendiri cuba Asam Pedas Tebu Hitam. Boleh pilih nak ikan Jenahak, Parang, Tenggiri atau Gearbox.
Asam Pedas Tebu Hitam Kepala Jenahak, harga RM25 hingga RM35. Asam Pedas yang rare, kerana dimasak menggunakan tebu hitam dan kepala ikan yang segar. Asam pedas di sini dimasak oleh pemiliknya sendiri. Dia amat teliti nak pilih ikan yang betul segar, sebab itu kena order awal sehari.
“Ikan dipilih sendiri oleh abang kat pasar, dipotong sendiri dan dimasak sendiri.Jadi, insyaaallah kualiti dan rasanya adalah terbaik,”akui pemilik.
Asam Pedas Molotov Gearbox. Memang padu, lemak berkrim disukai ramai. Tak dapat nak dihuraikan dengan perkataan, kena cuba sendiri.Asam Pedas Molotov Gearbox, harga dari RM35 hingga RM50, bergantung pada saiz.
asam pedas molotov.
Minuman yang wajib korang cuba ialah Air Hang Lipo,Jus Badang dan Kedondong Asam Boi.
Selain pelanggan datang ke kafe, khidmat penghantaran makanan juga ada. Anda boleh memesan makanan menggunakan aplikasi grab, foodpanda, Dego, Bungkusit.
“Kami akan sentiasa memastikan makanan di sini kekal autentik dan suasana yang selesa untuk semua pelanggan kami.Kepada yang belum cuba lagi juadah Rumah Ketupat Cafe, jemput datang ye,” jelasnya.
Rumah Ketupat Cafe No G9, Jalan Polo 13/51 Off Persiaran Sukan Seksyen 13, 40100 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Contact abang- 01155098055
Operasi : Setiap hari kecuali khamis 9.00 AM –7.00 PM
Bagi peminat oden, anda kini berpeluang untuk menikmati oden yang sedap dengan cita rasa masyarakat tempatan. Gerai Odeng Topoi menjual oden yang dikatakan sebagai hidangan popular dan turun temurun di Jepun. Namun kini oden semakin diminati di sini.
Menurut pemilik Gerai Odeng Topoi, Khairrul Azhar, gerainya mendapat tumpuan orang ramai yang suka makan oden. Ini kerana rasanya yang unik apabila kuah asam pedas dan tomyam digabungkan.
“Kami mula berniaga pada Ogos 2018. Kami tawarakan lebih 20 jenis pilihan bebola ayam dan kek ikan. Ada dua pilihan mi, udon dan mi shabu. Harga yang kami berikan pula sangat berpatutan. Harganya bermula dari RM1 hingga RM3 sahaja, kata Khairrul Azhar memulakan bicara.
CARI PELUANG
Menurut Khairrul, beliau membuka gerai oden kerana ingin memberikan peluang masyarakat sekitar untuk menikmati sesuatu hidangan yang belum ada dijual di kawasan sekeliling.
“Saya seorang yang cerewet bab makan. Dalam perniagaan ini, saya memilih menu yang akan menjadi kegemaran pelanggan dan yang belum ada lagi dijual di kawasan sekitar. Alhamdulillah, pelanggan suka makan oden. Selalu juga sampai tak menang tangan,” katanya.
UNIKNYA PADA KUAH
Seronok dapat makan oden.
Rata-rata ramai yang mengakui bahawa keunikan menu oden yang dijual di Odeng Topoi adalah kuahnya. Kuah yang sedap menjadikan oden lebih enak dinikmati.
“Gabungan kuah asam pedas dan tomyam berjaya memikat selera ramai orang. Boleh dikatakan ini sebagai daya tarikan oden dengan cita rasa tempatan. Kuah ini juga mendapat pujian dan saya turut sediakan kuah yang boleh dinikmati oleh semua peringkat umur. Ada orang yang sudah berumur tidak tahu apa itu oden. Tapi bila mereka dah cuba sekali, mereka akan suka, kata Khairrul mengakhiri bicara.
Ramai tu yang beratur.
INFO KEDAI
Nama gerai: Odeng Topoi Pemilik: Nor Tiara Aftikha dan Khairrul Azhar Lokasi: PJCC Taman Medan Waktu operasi: 5 petang hingga 12 malam Menu: Pelbagai jenis bebola ikan, ayam dan kuah asam pedas tomyam
Sekarang ini adalah zaman masyarakat bergerak pantas. Sibuk dengan rutin harian dan sesuatu yang disediakan dengan cepat selalunya mendapat permintaan tinggi. Sebab itulah, Vendor Cafe menawarkan jualan dengan konsep Ready Meals To Grab & Go.
Menawarkan variasi pilihan makanan yang ringkas tapi sedap, ternyata konsep yang dibawakan oleh Vendor Cafe amat menarik perhatian. Antara yang ada dijual di sini adalah makanan ringan, pencuci mulut, pembuka selera, makanan berat yang ringkas dan seleksi minuman yang menjadi kegilaan ramai.
"Setiap menu di sini ada peminatnya yang tersendiri. Namun kebanyakan yang datang ke sini kerana minuman kami yang memang sedap, kualiti yang dijamin terbaik dan promosi yang berterusan," ujar Mohd Shafizul.
MINUMAN LEBIH MENONJOL
Walaupun di sini ada menjual makanan misalnya pasta dan kek, namun minuman lebih menonjol dan mendapat sambutan sungguh menggalakkan.
"Kami memang fokus pada produk minuman. Kami tawarkan minum terbaik dengan cita rasa premium, berkualiti dan hasil yang berbeza dengan minuman yang ada di tempat lain. Atas sebab itulah, minuman kami memang selalu ada permintaan daripada pelanggan tetap dan baru," tambahnya lagi.
Antara yang mendapat sambutan adalah Original VC Milkshakes Series. Rasanya memang hebat dan ramai pengikut di media sosial mengatakan bahawa minum ini cukup lengkap rasanya bagaikan jenama minuman mahal.
HARGA BERBALOI
Dengan harga RM9 ke bawah, anda berpeluang menikmati minuman dengan cita rasa premium. Apatah lagi ini adalah produk Muslim yang sudah semestinya halal.
"Penduduk Perlis, saya menjemput semua untuk mencuba minuman kami yang sedap. Boleh juga dapatkan makanan ringkas di sini seperti pastri, pai, kuih-muih dan makanan kering yang sedia di makan," ujar Mohd Shafizul menutup bicara.
.
INFO GERAI
Nama gerai: Vendor Cafe
Pemilik: Mohd Shafizul Bin Hamid dan Haslin Illiana Binti Halim
Lokasi: Lot 22, Jalan Bintong Mewah 1, Bintong Mewah, Kangar, Perlis
Waktu operasi: 11 pagi hingga 10 malam (Isnin tutup)
Wajib cuba: Original VC Milkshakes Series
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.